Laporan Lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak , Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Institut Sukan Negara Satelit Sarawak (ISN) dan Gimnasium Negeri Sarawak.


Halaman yang terdapat dalam laporan ini :

A.
Pengenalan
B.
Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri
C.
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan sukan
D.
Program pembangunan sukan
E.
Undang-undang dan pentadbiran sukan
F.
Isu-isu dalam sukan
G.
Nilai dan etika dalam sukan
H.
Kesimpulan
I.
Refleksi guru pelatih







A. Pengenalan


B. Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri
Dalam aspek ini terdapat empat cabang aspek yang ditekankan iaitu:
1 . Perlembagaan organisasi badan sukan kebangsaan
2. Pentadbiran organisasi sukan
3. Pengendalian mesyuarat
4.Belanjawan dan pengurusan kewangan

3.     Pengendalian mesyuarat
Mesyuarat adalah satu perbincangan formal di antara tiga individu atau lebih untuk mencapai objektif bersama melalui proses komunikasi. Mesyuarat juga berbeza mengikut keahlian, organisasi dan objektifnya. Tujuan pengendalian mesyuarat dalam Majlis Sukan Negeri (MSN) adalah untuk mengawal dan menilai kegiatan pertubuhan sukan dari semasa ke semasa, menyelaraskan kegiatan dan pentadbiran pertubuhan agar sistematik, menyebarkan maklumat, rancangan baru dan perubahan agar sistematik, menyebarkan maklumat, rancangan baru dan perubahan dalam pertubuhan, mendapatkan suara majoriti dan sambutan atau tentangan secara spontan serta mendapatkan nasihat dan pandangan dan mengetahui tindak balas terhadap soalan. Menurut MSN lagi, terdapat pelbagai jenis-jenis mesyuarat yang dijalankan antaranya ialah Mesyuarat Agong Tahunan, Mesyuarat Luar Biasa, Mesyuarat Jawatankuasa, Taklimat dan sebagainya. Dalam mengendalikan mesyuarat terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh pihak MSN. Antaranya ialah
Sebelum mesyuarat
·       Menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda bersama pengerusi
·        Membincangkan tujuan
·       Membuat tempahan bilik mesyuarat
·       Menentukan kertas kerja kementerian/ jabatan/ unit (dalam masa 15 hari)
·       Menghantar surat jemputan
·       Menyadiakan kemudahan bilik
·       Menentukan kehadiran
·       Perbincangan pra mesyuarat
·       Maklumat mengenai etika mesyuarat kepada ahli
Semasa mesyuarat
·       Memulakan mesyuarat
·       Mengawal perbincangan
·       Beri penjelasan jika perlu
·       Mencatat minit msyuarat/ kehadiran atau tindakan
·       Merumus mesyuarat
Selepas mesyuarat
·       Menyediakan draf minit
·       Meluluskan dan mengedarkan minit
·       Susunan nama kehadiran ahli
·       Pelaksanaan keputusan mesyuarat
·       Laporan maklum balas oleh urusetia
·       Menentukan format maklumbalas dari kementarian/ jabatan / unit
·       Mesyuarat post mortem

4.     Laporan belanjawan dan pengurusan kewangan
Sumber kewangan MSNS seperti yang termaktub dalam Akta, sebuah tabung MSNS diwujudkan dan semua urusan kewangan dikawal oleh Majlis. Sumber Kewangan MSNS datangnya daripada:
·       Geran tahunan Kerajaan Negeri
·       Penajaan
·       Pendapatan daripada projek-projek yang diusahakan oleh MSNS
·       Pendapatan daripada pelaburan
·       Sumbangan dan derma daripada pihak swasta.
Dalam menguruskan kewangan, perancangan perlu ada bagi memastikan perancangan  dalam penentuan misi, matlamat, objektif dan keutamaan yang hendak dicapai. Aktiviti yang terbaik perlu dipilih bagi memastikan matlamat dan keutamaan yang telah ditetapkan tercapai. Ini untuk mengelakkan wang digunakan terhadap aktiviti yang tidak mempunyai keutamaan untuk dilaksanakan. Belanjawan perlu ada sebagai 1 perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar sosio-ekonomi seperti yang dinyatakan dalam rancangan 5 tahun negara. Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu ada pengawalan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dilaksana mengikut pelan kerja yang telah ditetapkan melalui sistem-sistem perakaunan, laporan dan audit yang ditetapkan. Penilaian dilakukankan untuk memastikan keberkesanan sesuatu program/aktiviti yang dilihat daripada hasil atau output yang dicapai.
Prinsip utama dalam pengurusan kewangan ada 2 iaitu legaliti dan akautabiliti. Legaliti adalah pengurusan kewangan yang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah digubal khas untuk bidang tersebut. Undang-undang/peraturan seperti perlembagaan persekutuan, akta prosedur kewangan 1957, arahan perbendaharaaan dan surat pekeliling perbendaraan negeri. Akautabiliti merujuk kepada amanah yang dipikul untuk melaksanakan tugas. Matlamatnya adalah untuk mencapai 1 kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan bahawa pengurusan wang awam adalah dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam menyediakan sistem berkesan bagi pegawai awam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.



C. Pengurusan Pendidikan Jasmani dan sukan
Membuat keputusan
Di dalam pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan ini, pihak MSN, ISN dan Kompleks Belia dan Sukan ini mempunyai jawatankuasa yang tersendiri. Oleh itu, apa-apa perkara yang memerlukan keputusan akan diputuskan oleh jawatankuasa tersebut. Sidang mesyuarat akan diwujudkan di peringkat induk dan kemudiannya perkara tersebut akan dibincangkan bersama.

Penilaian

Melalui aspek penilaian terdapat tiga yang akan dinilai iaitu daripada perspektif pentadbiran dan perancangan masa hadapan. Penilaian yang dibuat terbahagi kepada dua iaitu penilaian terhadap sumber manusia dan penilaian terhadap projek dan infrastruktur. Penilaian sumber manusia adalah meliputi penilaian terhadap kakitangan, atlet, peserta pentadbiran, jurulatih pasukan program sukan manakala penilaian terhadap projek dan infrastruktur adalah seperti kurikulum, peralatan dan kemudahan sukan. Kebertanggungjawab dalam penilaian ini boleh diperoleh melalui rujukan norma kriteria dan bancian, ujian penilaian prestasi kendiri, ujian bertulis atau catatan ringkas , anekdot atau portfolio, inventori, fail, anugerah, penghornatan dan rekod pencapaian.

Di dalam penilaian ini, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah mengenal pasti perkara yang hendak dinilai samada jurulatih, guru ataupun pengurus kurikulum. Penilai yang akan menilai pula perlu dikenalpasti dan individu yang akan kira data atau akses data. Selain itu, orang yang bpleh melihat keputusan penilaian perlu dipilih. Akhir sekali sistem sebaran maklumat, kutipan data dan tarikh proses jangka siap  perlu ditubuhkan.
Selain itu, pemilihan instrument penilaian perlu dilakukan. Instrument penilaian ini perlulah berbentuk pengiraan dan analisis data. Selain itu, penilaian keatas staf perlu dirancang dengan teliti dan keputusannya bolehlah digunakan untuk kenaikan pangkat. Untuk penilaian prestasi pula bersesuaianbentuk kerja dengan instrument dan kriteria penilaian yang digunakan. Penilaian perlulah berdasarkan tret, atribut dan sifat. Dimensi penilaian bolehlah mencakupi daripada aspek pengetahuan, kebolehharapan, berkemahiran, hubungan dengan staf, perancangan dan hubungan yang baik dengan orang awam.
Komunikasi
Komunikasi daam organisasi adalah sanbat penting dan ianya merupakan proses untuk mrncopta dan bertukar mesej dalam rangkaian hubungan yang saling bergantung antara satu sama lain untuk menyelesaikan perkara yang berlaku dalam persekitaran yang tidak menentu. Jenis-jenis komunikasi yang terdapat dalam arena sukan adalah samada berbentuk komunikasi sehala dan komunikasi secara dua hala dimana pihak pentadbiran menghantar maklumat dan berkehendakkan maklum balas dengan cepas. Proses komunikasi secara berkesan dapat dimaksimumkan mungkin dengan jenis-jenis komunikasi tersebut.
Antara medium komunikasi yang digunakan oleh pihak MSN, ISN dan Kompleks Belia dan Sukan dalam mempromosikan sebarang aktiviti yang dianjurkan adalah melalui poster yang dibentang, surat khabar mahupun melalui laman web. Di sini mereka dapat menyebarkan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan isu semasa dan aktiviti semasa yang dijalankan oleh mereka. Antara contoh laman web ialah http://www.jbssarawak.gov.my/, dan http://www.kbs.gov.my/ .
Antara halangan komunikasi yang timbul adalah seperti bahasa pengantar yang digunakan kurang difahami penerima dan mesej yang kompleks dan kabur.

D. Program Pembangunan Sukan
Aspek yang dirangkumi dalam program pembangunan sukan adalah seperti berikut:
§  Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran
§  Pembangunan Jurulatih
§  Kenal Pasti Bakat
§  Pembangunan Atlet

1. Aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran
Program pembangunan sukan melibatkan aspek perancangan, pengelolaan dan pentadbiran. Terdapat pelbagai tujuan bagi pembangunan sukan. Antaranya adalah melaksanakan program pembangunan sukan dari peringkat akar umbi secara menyeluruh ke semua daerah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan program latihan yang sistematik dan berkesan secara berterusan dalam jangka masa panjang. Bukan itu sahaja, pembangunan sukan  juga bertujuan untuk melahirkan atlet remaja yang berpotensi dan layak untuk mewakili negeri dalam kejohanan SUKMA dan seterusnya mewakili negara.
Pembangunan sukan bukan sahaja menitikberatkan tentang pembangunan atlet semata-mata, malah ia juga menjurus kepada pembangunan jurulatih dan pegawai sukan di mana ia bertujuan untuk melahirkan pegawai sukan dan jurulatih yang berkualiti serta lebih efisen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pembangunan sukan juga akan memantau perlaksanaan program latihan yang dijalankan di setiap pusat latihan.
Di dalam aspek perancangan, objektif utama program pembangunan sukan adalah memberi penekanan terhadap penambahbaikan institusi dan organisasi bagi meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan pencapaian yang lebih baik dalam sukan.  Terdapat tiga teras strategik dalam pembangunan sukan. Berikut merupakan tiga teras strategik yang digariskan dalam pembangunan sukan.


Berdasarkan pengisian yang telah disampaikan oleh pihak Kompleks Belia dan Sukan, terdapat pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan telah dianjurkan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Berdasarkan sesi soal jawab yang dijalankan, antara aktiviti yang dijalankan oleh Kompleks Belia dan Sukan adalah aktiviti di ibu pejabat, program-program sukan, program belia untuk pembangunan sosial dan bengkel/kursus ekonomi. Mereka menyatakan bahawa program-program ini terbuka kepada belia dan masyarakat. Mereka mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan masyarakat untuk membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan masyarakat Malaysia selaras dengan teras kedua yang digariskan dalam pembangunan sukan.
Secara umumnya, program pembangunan sukan merangkumi pembangunan atlit, jurulatih dan kepegawaian. Antara program yang dijalankan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak adalah Program Pusat Cemerlang, Program Sukan Pilihan, Penganjuran pelbagai kursus yang meliputi aspek urusan sukan dan sains sukan dan Bantuan Klinik Kejurulatihan dan Kem Bakat untuk atlit.
MSNS merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Sosial yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program sukan berprestasi tinggi. MSNS dan persatuan-persatuan Sukan Negeri bekerjasama untuk mengendalikan dan melaksanakan program-program pembangunan sukan khususnya Program Pusat Cemerlang. Bukan itu sahaja, MSNS juga menyediakan peruntukan kewangan dan memberi bantuan dalam hal-hal penyediaan jurulatih sepenuh masa dan jurulatih asing, bantuan latihan, peralatan sukan, pendedahan dan penyertaan dalam pertandingan.
Pengarah MSNS, Francis Nyurang Ding menegaskan bahawa persatuan-persatuan sukan perlu bekerjasama dengan pihak mereka bagi mengenalpasti sukan-sukan yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Berikut merupakan kenyataan beliau yang menyatakan bahawa tanggungjawab ke arah pembangunan sukan merupakan tanggungjawab yang harus dipikul bersama:
“Program pembangunan sukan menuntut kerjasama erat antara MSNS dan persatuan-persatuan sukan dalam negeri. Ini kerana tanggungjawab kita lebih kepada menyediakan fasiliti serta latihan kepada para atlet”.
(Sumber: Utusan Borneo, 4 Oktober 2012)
         
Kenyataan ini jelas menunjukkan betapa pentingkan kerjasama daripada MSNS dan persatuan sukan dalam negeri. Kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak ini akan dapat merealisasikan visi MSNS. Memandangkan visi MSNS adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai Kuasa Sukan di Malaysia, MSNS perlu memainkan peranan yang proaktif dalam pembangunan sukan di Negeri Sarawak. Berdasarkan pengisian yang disampaikan oleh pihak MSN, aspek-aspek seperti peningkatan ilmu dan kemahiran, latihan, penggubalan strategi, taktik, kaedah dan sistem perlaksanaan program-program sukan sangat dititikberatkan. Bukan itu sahaja, bagi tujuan pembangunan sukan, pihak MSNS menjalankan penyelidikan sukan dan kajian secara mendalam.
Di bawah aspek pengelolaan, kemudahan-kemudahan sukan akan ditingkatkan. Sebilangan kemudahan sukan yang sudah sedia ada di peringkat negeri
dan daerah juga akan dinaik taraf di bawah program pembangunan sukan. Bukan itu sahaja, inisiatif untuk membuat penyelenggaraan dan penjagaan kemudahan turut diusahakan di samping membuat penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai penggunaan kemudahan tersebut. Sesungguhnya, langkah ini diaplikasikan oleh pihak Kompleks Belia dan Sukan. Kami difahamkan bahawa mereka akan menyelenggara segala kemudahan secara berkala. Bukan itu sahaja, kemudahan-kemudahan seperti gelanggang bola keranjang, bola jaring, badminton, futsal, dewan serbaguna dan kolam renang akan sentiasa dijaga dari segi kebersihan. Prosedur penggunaan kemudahan di sini adalah mengikut waktu operasi dan dibuat menerusi sistem tempahan. Tempahan juga boleh dijalankan secara dalam talian di samping membuat tempahan di kaunter pejabat Kompleks. Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk menyelenggara segala kemudahan yang terdapat di sini. Di gimnasium pula, kami difahamkan bahawa  setiap alat yang terdapat di gimnasium merupakan tanggungjawab pihak jurulatih yang bertugas. Setiap kerosakan akan direkodkan dan akan digantikan dengan alat atau kemudahan yang baru sekiranya terdapat peruntukan daripada pihak atasan.
Dalam proses penyeliaan atlet pelapis, usaha akan digiatkan untuk menyediakan lebih ramai atlit muda bagi menyertai pertandingan pada peringkat
antarabangsa melalui program latihan dan kejurulatihan
yang sistematik. Menurut soal jawab yang dijalankan dengan pihak gimnasium di MSN, mereka menyediakan program latihan kepada para atlet dengan berpandukan jadual yang dibuat oleh pihak persatuan. Para atlet akan dilatih secara berkumpulan mengikut kemampuan dan ketahanan diri mereka. Mereka akan dibimbing oleh jurulatih yang juga merupakan bekas-bekas atlet. Ternyata pihak MSN menyediakan tenaga jurulatih yang benar-benar berkelayakan dan bertauliah. Kami difahamkan bahawa ada di antara jurulatih merupakan bekas atlet lompat tinggi, wushu, tinju, angkat berat, lompat jauh dan sebagainya.
Dari segi pembangunan sukan sekolah pula, pihak MSN berkolaborasi dengan pihak sekolah bagi membimbing murid-murid yang berbakat dalam sukan. Mereka menggunakan pendekatan yang lebih bersistem di mana proses mengenalpasti dan
menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan menengah dijalankan bagi mewujudkan asas yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi. Bukan itu sahaja, lebih ramai guru pendidikan jasmani akan ditempatkan di sekolah rendah manakala mata pelajaran olahraga dan
gimnastik pula dijadikan sebahagian daripada kurikulum pendidikan.
Program pembangunan sukan sekolah juga diperkukuhkan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada, membina sekolah sukan baru, penglibatan dan penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa dan penyediaan lebih ramai jurulatih yang berkelayakan dan berkebolehan. Sekolah juga digalakkan untuk menganjurkan aktiviti selepas waktu sekolah agar pelajar berpeluang untuk menambah baik kemahiran mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang berkelayakan. Bukan itu sahaja, akses bagi kemudahan dan kompleks sukan akan disediakan kepada pelajar termasuk kemudahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menggalakkan pelajar aktif dalam sukan. Kompleks Belia dan Sukan menyediakan kemudahan kepada para pelajar sekolah. Pada hari lawatan tersebut, pihak Kompleks turut dikunjungi oleh pihak sekolah yang menggunakan kolam renang untuk tujuan pengajaran. Pihak gimnasium MSN juga menawarkan perkhidmatan bimbingan kepada orang umum. Hal ini memantapkan lagi penglibatan umum dalam sukan.
Program kejurulatihan juga akan ditingkatkan. Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program
pembangunan atlet manakala bekas atlet dan atlet sedia ada
yang berpengalaman akan digalakkan untuk mengikuti
latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih. Menurut pihak gimnasium MSN, mereka akan dihantar untuk mengikuti seminar dan kursus kejurulatihan bagi meamntapkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut.
Pada peringkat pentadbiran pula,  badan yang bertanggungjawab dalam pembangunan sektor sukan adalah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Pertubuhan dan Persatuan Sukan. Antara aspek yang diberi penekanan dalam pembangunan sukan adalah sekolah kerajaan dan sekolah swasta, Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) dan Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM), pengurusan, kejurulatihan, kemudahan sukan, yayasan sukan, intensif dan biasiswa.
Bagi MSNS, hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran diawasi oleh dua badan yang bertanggungjawab untuk mengawasi, mengawal dan melaksanakan perkara ini. kedua-dua badan tersebut adalah Majlis dan Jawatankuasa Pengurusan. Majlis merupakan Jawatankuasa Tertinggi yang mengawal dan mengawasi hal ehwal MSNS. Ia dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan anggotanya terdiri daripada agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan sukan. Persatuan-persatuan sukan pula diserapkan sebagai gabungannya.
Jawatankuasa Pengurusan pula bertanggungjawab untuk membantu mengendalikan hal-ehwal berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran MSNS. Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa ini dilantik oleh Pengerusi Majlis. Seorang Pengarah serta beberapa orang kakitangan lain yang telah dilantik akan membantu jawatankuasa ini untuk mengendalikan urusan dan pentadbiran harian MSNS.


2. Pembangunan jurulatih
Institut Sukan Negara (ISN) merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan sukan negara. Selain itu, salah satu objektif ISN yang menjurus kepada pembangunan jurulatih adalah membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih.
Antara misi MSNS yang menjurus kepada pembangunan jurulatih adalah untuk melatih dan menghasilkan tenaga pengurusan dan jurulatih sukan yang bertaraf antarabangsa. Justeru, pihak MSN memastikan bahawa para jurulatih akan dihantar untuk mengikuti kursus dan seminar kejurulatihan. Di ISN pula, para jurulatih akan mengikuti kursus kejurulatihan anjuran MSN pada setiap tahun. Kami juga difahamkan bahawa para jurulatih di MSN merupakan atlet kebangsaan. Oleh yang demikian, agensi sukan telah mengenal pasti jurulatih yang berkelayakan untuk memberi latihan yang teratur kepada para atlet.
Pihak MSN juga telah memilih calon jurulatih yang benar-benar berminat dalam bidang sukan. Menurut kenyataan daripada seorang jurulatih kebangsaan di gimnasium MSN, beliau menyatakan bahawa sukan dan dirinya memang tidak dapat dipisahkan. Beliau amat gembira kerana dapat memberi sumbangan dari segi kejurulatihan kepada para atlet. Pihak jurulatih yang dipilih juga mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi. 

3. Kenal pasti bakat           
Kenal pasti bakat atau juga dikenali sebagai ‘Talent Identification Device’(TID). Ianya bermatlamat mencungkil bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diberi latihan untuk program di bahagian pembangunan atlet. Memainkan peranan bagi pelapis untuk mewakili negara dalam sukan.
Kenal pasti bakat dilakukan melalui 2 cara iaitu cara pertama dengan mengadakan suatu program khas yang diadakan dipusat-pusat tertentu mengikut zon di seluruh Malaysia. Program ini diadakan bagi melalui beberapa ujian yang dilaksanakan oleh MSN dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Cara keduanya ialah pemilihan atlet-atlet sekolah yang bertanding di peringkat daerah (MSSD) dan negeri (MSSN) serta seterusnya ke peringkat kebangsaan (MSSM). Mereka yang berjaya dalam pemilihan peringkat kebangsaan akan ditempatkan di sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pemilihan biasanya dibuat setahun sekali di peringkat umur 12 tahun.
      Pemilihan pemain merupakan satu proses yang amat penting dan sukar. Seseorang jurulatih memikul beban yang berat semasa memilih pemain kerana terdapat perbezaan yang ketara antara pemain yang baik dengan pemain yang tidak baik. Kewujudan kumpulan pemain yang baik tetapi tidak sesuai merumitkan lagi proses pemilihan. Pemilihan pemain yang kurang sesuai akan mengakibatkan pembentukan satu pasukan yang lemah, malah menghapuskan peluang pemain yang benar-benar berpotensi untuk terus bergiat dan maju.
1.    Pemilihan Atlet

i.                 Pemilihan Berstruktur
Satu pelan perlu dirancang untuk menentukan struktur atau peraturan pemilihan pemain dijalankan secara adil dan hanya pemain yang benar-benar sesuai dipilih. Para pemain yang terlibat dalam proses pemilihan perlu diberitahu terlebih dahulu tentang prosedur yang akan diambil supaya mereka dapat bersedia dari segi psikologi. Proses pemilihan pemain melibatkan pemilihan objektif dan subjektif.

ii.               Pemilihan Objektif

      1.          Tahap kemahiran asas dan kemahiran khusus atlet perlu dinilai termasuk
             pemerhatian terhadap kemahiran istimewa yang dimiliki atlet. Misalnya  
             dalam sukan badminton, kemahiran asas yang diperlukan adalah seperti
             membuat servis, pukulan drive, pergerakan digelanggang dan smesy.
      2.          Tahap kecergasan atlet adalah penting dalam aspek pemilihan. Oleh itu
                   komponen kecergasan berasaskan kemahiran atlet perlu diuji supaya
                   jurulatih dapat mengenal pasti tahap kecergasan atlet yang dipilih dalam
                   aspek ini.
3.             Kesesuaian seseorang atlet untuk bermain dalam permainan individu atau
                berpasukan perlu diberi pertimbangan. Permainan berpasukan
                memerlukan tahap penyesuaian diri yang tinggi dengan rakan
                sepasukannya. Selain itu, umur dan pengalaman atlet juga merupakan
                kriteria pemilihan yang penting.
      iii.      Pemilihan Subjektif
           1. Bergantung kepada penilaian peribadi jurulatih terhadap seseorang atlet.
            Pemerhatian terhadap sifat atletnya seperti sanggup berkorban untuk
            mencapai kejayaan, berdisiplin, dapat dilatih, berdedikasi, bersemangat,
                 gigih, mudah menyesuaikan diri dan tidak sombong semasa sesi latihan
                 dapat memberi gambaran subjektif yang menyeluruh kepada jurulatih
                 berkenaan seseorang atlet. Seseorang pemain mungkin mempunyai tahap
                 kemahiran yang tinggi tetapi sentiasa menimbulkan masalah dan memberi
                 pengaruh yang tidak baik kepada ahli lain dalam pasukan tersebut.
            2. Jurulatih juga boleh menggunakan saluran lain seperti melihat rekod peribadi
              atlet atau mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan yang
              mengenali atlet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai atlet
              tersebut.

2.    Identifikasi Bakat
Bakat seseorang atlet sebenarnya dapat dilihat dari segi bakat satu dimensi, bakat pelbagai dimensi, bakat satu sukan dan bakat dalam pelbagai sukan (Brown, 2001). Jadual 1 di bawah menunjukkan jenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu, manakala Jadual 2 menunjukkan sembilan ujian teras yang dapat dijalankan untuk tujuan identifikasi bakat.

Jadual 1  Jenis ujian untuk mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan atlet berdasarkan faktor prestasi tertentu
Faktor Prestasi
Ujian mengenal pasti bakat dan tahap kecergasan

Struktur tubuh badan
- Ketinggian                           
 - Jarak rentang lengan
- Ketinggian semasa duduk  
  - Jism badan

Tindak balas dan koordinasi
- Masa tindak balas            
 - Keupayaan menangkap
- Keupayaan membaling

Penglihatan

- Penglihatan konvergen       
 - Persepsi dalaman
- Penglihatan Pinggiran           
- Mata dominan

Kestabilan
- Dirian bangau                      
- Pusingan bangau

Kekuatan dan kuasa

-Balingan bola                         
- Bangun tubi
- Balingan beban (peluru 3 kg)
- Lompatan menegak
Kelajuan dan keupayaan memulihkan pecutan
-Lari pecut 40 m
- Pemulihan pecutan
Ketangkasan
-Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan)

Daya tahan
- Daya tahan ‘crunch’               
- Tekan tubi
- Lari ulang-alik                          
- Larian 800 m
Kelembutan
-Duduk berjangkau
- Ekstensi belakang

Mental
- Skala 1
- 5 terhadap lima faktor
- Inventori Eysenck’s Personality
  
Sumber:
Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual 1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.





                  Jadual 2  Ujian sembilan teras untuk tujuan identifikasi bakat             

Faktor Prestasi

Ujian teras identifikasi bakat
Struktur tubuh badan
1. Ketinggian
2. Jarak rentang lengan
3. Ketinggian semasa duduk
4. Jisim badan
Kekuatan dan kuasa
5. Balingan beban (peluru 3 kg)
6. Lompatan menegak
Kelajuan
7. Lari pecut 40 m
Ketangkasan
8. Ujian Keanjalan Hexagon (ujian lompatan)
Daya tahan
9. Larian ulang-alik atau larian 800 m

Sumber:
Majlis Sukan Negara (1995), Talent Identification & Fitness Testing Manual
1997-1998, Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara, Jadual 3, hlm 6.

4. Pembangunan atlet
          Kejayaan sukan bagi sesebuah negara adalah bergantung terhadap perancangan yang baik dan berkesan dalam pelbagai aspek seperti pembangunan jurulatih, pembangunan atlet, prasarana sukan dan pelbagai kemudahan yang lain. Kalau dilihat dari segi pembangunan atlet, negara kita juga tidak ketinggalan dalam mencari bakat dari akar umbi iaitu semenjak di bangku sekolah rendah lagi, seterusnya berterusan ke sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya lagi.
          Dalam hal ini, panel jurulatih terbaik yang dilantik sama ada di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan, haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti bakat-bakat yang terbaik agar tidak terlepas pandang terhadap atlet sukan yang berbakat. Untuk itu pembangunan atlet yang telah terpilih haruslah meliputi perancangan program latihan yang terancang samada dalam aspek kecergasan fizikal, kemahiran, pemakanan, sahsiah dan sebagainya lagi.

1.    Merancang program latihan
Latihan yang berkesan bermula dengan perancangan latihan yang rapi. Seorang jurulatih seharusnya merancang program latihan dengan memberi penekanan pada beberapa aspek penting seperti teknik permainan (kemahiran sukan), taktik permainan, pelaziman dari segi fizikal, fisiologi dan psikologi serta pengetahuan permainan (termasuk undang-undang permainan).

2.    Bentuk program latihan
Terdapat dua bentuk program latihan, iaitu program latihan jangka pendek yang mengambil masa kurang daripada dua tahun dan program latihan jangka panjang yang mengambil masa antara dua hingga empat tahun.

3.    Latihan kemahiran psikologikal (LKP)
LKP merujuk kepada latihan kemahiran mental atau psikologikal yang dijalankan secara sistematik dan konsisten (Weinberg dan gould, 1999). Apabila berlakunya kegagalan dalam sesuatu perlawanan, terdapat juga jurulatih yang jarang memikirkan kemungkinan kegagalan atlet disebabkan masalah psikologi seperti takut, tidak tenteram dan sebagainya. Jurulatih gagal memahami kepentingan LKP dan kesannya terhadap peningkatan prestasi sukan. Sesungguhnya , kekuatan mental menyumbang antara 50% hingga 95% terhadap peningkatan prestasi sukan.

4.    Pemakanan atlet
Dalam bidang sukan, pencapaian atlet dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu genetik, latihan dan pemakanan. Walaupun faktor genetik tidak dapat diubah, namun faktor latihan dan pemakanan dapat diubah. Pada kebiasaannya, jurulatih dapat menangani faktor latihan dengan baik dan berkesan tetapi gagal memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pemakanan atlet semasa mereka membuat persiapan menjalani latihan. Sebenarnya pemakanan sukan yang seimbang dapat membantu atlet kita untuk meningkatkan prestasi sukan dan tahap kesihatan yang baik.

5.    Sahsiah
Pembangunan dalam aspek sahsiah juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan seorang atlet yang komited terhadap hala tujunya dalam bidang sukan yang diceburinya. Keperibadian yang cemerlang dalam sukan bakal melahirkan sikap yang baik dan disenangi oleh pelbagai pihak. Sukan berkumpulan melibatkan ahli yang ramai seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola jaring dan sebagainya amat menuntut  keharmonian sikap yang terbaik dikalangan setiap atlet.

6.      Kerangka program latihan
Kerangka program latihan ialah alat yang digunakan oleh jurulatih untuk merancang, mengarah dan memandu atlet bagi menjalani latihan sepanjang tahun. Di dalam setiap program latihan, terdapat periodisasi. Periodisasi boleh dikatakan tempoh atau jangka masa. Periodisasi merupakan proses pembahagian pelan tahunan kepada beberapa fasa latihan kecil supaya program latihan yang dirancang dapat dijalankan secara teratur. Tujuan kerangka program latihan adalah untuk memudahkan penyediaan progran latihan. Dengan adanya periodisasi, jurulatih akan berasa lebih mudah untuk meramalkan hasil atau pencapaian untuk dijadikan garis panduan bagi menentukan pencapaian puncak yang betul dan tepat semasa fasa pertandingan utama. Kerangka program latihan membantu jurulatih dan atlet menjalankan latihan dengan lebih teratur dan bersistematik. Ini juga memudahkan proses pemantauan dan penilaian dilakukan oleh jurulatih terhadap atlet yang dilatih.
i.                 Fasa-fasa latihan
Satu kalender latihan bagi seseorang atlet boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi. Setiap fasa adalah terdiri daripada kitaran makro dan kitaran mikro serta mempunyai matlamat yang berbeza.

Fasa persediaan
Fasa persediaan dibahagikan kepada dua, iaitu persediaan umum dan persediaan spesifik. Fasa persediaan umum memberi tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh terutamanya dalam aspek kardiovaskular, daya tahan otot dan kekuatan asas sebelum atlet menjalani latihan pembinaan komponen fizikal yang diperlukan dalam sukan yang diceburinya. Isipadu latihan bagi persediaan umum adalah tinggi (85%-100%) dan intensiti latihan adalah sederhana (40% - 70%). Jangka masa bagi fasa ini adalah 6 hingga 14 minggu. Ujian pra kecergasan diperlukan dalam fasa persediaan umum.
Persediaan khusus memberikan penekanan khusus kepada komponen-komponen fizikal yang lebih dominan dalam sesuatu sukan. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6 – 10 minggu. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan-sukan yang berasaskan daya tahan sementara intensiti latihan ditingkatkan sehingga 90%. Isipadu latihan diturunkan sedikit kepada 65%-85% bagi sukan-sukan yang berasaskan kekuatan dan kelajuan.
Fasa pertandingan
Fasa pertandingan dibahagikan kepada dua, iaitu pra-pertandingan dan pertandingan. Fasa ini memberi penekanan khusus kepada komponen fizikal dalam sukan yang dilatih. Tujuan fasa pertandingan adalah untuk meningkatkan atau mengekalkan tahap kecergasan. Latihan bagi fasa ini dilakukan dalam situasi permainan kecil, permainan sebenar melalui simulasi permainan. Isipadu latihan masih tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan sementara intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. Latihan bebanan ditumpukan bagi meningkatkan dan mengekalkan kuasa serta daya tahan otot. Jangka masa bagi fasa ini adalah antara 6-8 minggu. Ujian pasca kecergasan diperlukan bagi fasa ini.
Fasa pertandingan memberi tumpuan kepada pengekalan kecergasan optimum yang diperlukan oleh sukan yang diceburi. Isipadu dan intensiti amat diperlukan bagi memastikan atlet berada pada prestasi puncak terutamanya pada hari pertandingan sebenar. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar atau melalui ujian masa atau jarak atau ketinggian. Kaedah latihan seperti latihan bebanan untuk pengekalan daya tahan otot bagi sukan berasaskan kelajuan dan kekuatan boleh diteruskan tetapi kekerapan latihan perlu dikurangkan. Jangka masa bagi fasa pertandingan bergantung kepada format pertandingan.

Fasa transisi
Fasa transisi mengambil masa lebih kurang 6-10 minggu. Tujuan fasa transisi pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. Jangka masa fasa masih bergantung kepada pertandingan. Rehat aktif adalah amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tujuan fasa ini adalah menilai prestasi diri dan keberkesanan program dan merancang sesi latihan yang akan datang.


ii.               Isipadu
Isipadu adalah jumlah kerja atau aktiviti latihan yang perlu dilakukan oleh  seseorang atlet.

iii.             Intensiti Latihan
Intensiti latihan merujuk kepada kualiti kerja yang yang dikenakan seperti kelajuan larian atau ulangan maksima (repitition maxsimum). Intensiti rendah tidak meningkatkan tahap kecergasan. Intensiti terlalu tinggi mengganggu proses pembangunan kecergasan kecederaan.
Terdapat komponen-komponen yang diberi keutamaan mengikut fasa. Komponen-komponen tersebut adalah latihan atau pembinaan fizikal, latihan atau pembinaan psikologi, latihan atau pembinaan teknikal (kemahiran) dan latihan atau pembinaan taktikal (strategi). Penekanan kepada komponen-komponen ini diberi mengikut kitaran latihan.  Jurulatih perlu memahami konsep-konsep isipadu, intensiti dan rehat supaya program yang dirancang menghasilkan kualiti pada akhir latihan.







 

Kesimpulan   


Keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa program pembangunan sukan yang terancang melibatkan pembanguan jurulatih, pengenalpastian bakat dan juga pembangunan atlet merupakan satu program terancang yang di susun secara sistematik agar dapat memenuhi keperluan negara dalam melahirkan jaguh sukan untuk mewakili negara hingga ke peringkat dunia. Keutamaan bakat muda bermula dari peringkat agar umbi haruslah dikenal pasti, dipupuk dan dibentuk sebaik mungkin. Semua pihak perlulah memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan efisien. Untuk memastikan kesemua perancangan itu diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikan kepada semua untuk mereka fahami. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu dalam merealisasikan hasrat ini.

E. Undang-undang dan pentadbiran sukan
Dalam aspek ini, terdapat dua cabang aspek yang ditekankan iaitu :
Ø  1. Kaitan Undang-Undang Dan Sukan
Ø  2. Liabiliti Perundangan Dalam Sukan

1.     KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN
Undang-undang merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Ia berfungsi untukmenjadikan kejohanan atau pesta permainan dikendalikan dengan adil dan tersusun.
Jika undang-undang tidak dibentuk , maka ianya akan memberikan kesan seperti wujudkan kecelaruan dan kekeliruan serta mungkin wujud penyelewengan dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan kejohanan sukan yang dianjur. Undang-undang permainan
        Peraturan am kejohanan

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG?
        Peraturan am dicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan kejohanan atau pesta permainan dari segi pentadbiran.
        Undang-undang permainan adalah piawai dan diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan atau persatuan sukan antarabangsa.

KEPENTINGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
        Menjadikan kejohanan menjadi lebih tersusuan.
        Menjadi rujukan utama jika terdapat masalah.
        Mengawal perjalanan atau pertandingan.
        Dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan dalam sesuatu kejohanan.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN
        Undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard yang digunakan pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa.
        IAAF telah menetapkan undang-undang kejohanan olahraga. Oleh itu, setiap kejohanan yang dianjurkan oleh diperingkat antarabangsa mestilah mengguna pakai garisan panduan undang-undang tersebut.

ELEMEN PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG
        Keselamatan
        Keadilan
        Keseronokan
        Etika pertandingan

PENGUATKUASA PERMAINAN
        Pegawai pertandingan yang akan diiktiraf sebagai pegawai yang bertauliah setelah mereka lulus peperiksaan kepengadilan atau kepegawaian yang dianjurkan oleh persatuan sukan antarabangsa atau badan gabungannya.

TUJUAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
        Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja.
        Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan.
        Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan.
        Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif.
        Mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika permainan dijalankan dalam permainan.

PERATURAN AM
        Undang-undang yang telah dibina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan sesuatu kejohanan.
        Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan.
        Bergantung kepada pihak penganjur dan  tiada pegawai yang tetap.
        Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang permainan yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia.

FAKTOR DALAM MERANGKA PERATURAN AM
        Faktor persekitaran.
        Berbeza mengikut tempat.
        Hak mutlak penganjur.





PENGUATKUASA PERATURAN AM
        Jawatankuasa teknikal disiplin yang dilantik dalam sesuatu kejohanan.

TUJUAN
        Mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran supaya kejohanan lancar dan tidak bermasalah.
F. Isu-isu dalam sukan.
          Di dalam bidang sukan ini, terdapat banyak isu yang sering sahaja timbul dan menjadi permasalahan. Isu ini timbul mungkin kerana pemain atau jurulatih yang tidak memberi komitmen sepenuhnya dalam sukan. Ketimbulan isu-isu dalam sukan ini telah menyebabkan imej bidang sukan menjadi kotor dan dipandang rendah. Terdapat beberapa isu dalam sukan dan disini, kami akan mengupas mengenai isu-isu terbabit.
Wanita dan sukan.
          Isu pertama adalah wanita dan sukan. Wanita sering sekali dipandang serong oleh segelintir masyarakat dan ada pihak yang menganggap bahawa wanita tidak boleh menyertai sukan yang dianggap sukan lelaki seperti sukan bola sepak dan bola lisut. Ada juga pihak yang mengatakan bahawa wanita tidak patut terlibat sebagai pemain dalam apa-apa saja jenis sukan. Selain itu, agama islam juga menghalang wanita daripada menyertai sukan yang mendedahkan aurat dan sukan yang mempunyai pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.
           Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab. Dalam sukan, islam telah menggariskan panduan dan memperkeras persoalan menutup aurat. Justeru, perkaitan di antara sukan dan penglibatan kaum wanita turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan oleh Islam bertujuan sebagai suatu penetapan bagi mencipta garis keseimbangan di antara hal wanita Islam di dalam sukan dan kepentingan dalam memelihara maruah dan kedudukannya sebagai seorang Muslim.
          Soal menutup aurat menghalang seorang wanita untuk menunjukkan perestasi sebenar dalam sukan adalah kurang benar. Kita lihat sendiri pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.
          Oleh itu, disini kita dapat lihat bahawa, wanita juga bersukan tetapi mereka bersukan dengan syarat dan peraturan sendiri. Wanita juga ada bermain bola sepak dan permainan-permainan lain seperti olahraga dan renang. Wanita juga setanding dengan lelaki dalam bidang sukan.
Sukan dan media massa.
          Peranan media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. 
          Berikutan dengan fungsi media massa diatas, media massa juga memain peranan penting untuk membantu dan memajukan bidang sukan di negara kita. Media massa dapat memberitahu isu semasa yang berlaku dalam bidang sukan kepada penaraju sukan dan atlit-atlit yang terlibat khasnya dan kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya. Media massa juga adalah satu platform bagi pihak-pihak tertentu untuk menerangkan atau menggambarkan peraturan-peraturan yang baru dalam sukan-sukan tertentu. Selain itu, ia juga dapat mempromosikan satu-satu kejohanan yang telah atau bakal dianjurkan oleh satu-satu organisasi.
          Media massa juga memegang peranan penting untuk memberitahu kepada umum isu-isu semasa yang berlaku dalam sukan. Ia juga memberitahu hal atau perkara yang sedang berlaku kepada atlit-atlit yang mempunyai ramai peminat dan penyokong. Selain itu, media massa juga akan melapor keadaan semasa sesebuah pasukan. Hal ini dapat membantu pengurus-pengurus pasukan untuk merancana strategi untuk dalam menentang pasukan lawan mereka itu nanti.
          Disini, tidak dapat saya nafikan bahawa fungsi media massa adalah sangat penting didalam memajukan sukan disatu-satu tempat atau satau-satu pasukan. Orang yang pandai menganalisis media massa akan mendapati bahawa itu adalah salah satu kekuatan yang akan dapat membantu mereka dalam mengatasi kelemahan pihak lawan.
Politik dan sukan.
          Seperti yang kita sedia maklum, politik merupakan satu kuasa yang dapat mencorak sesuatu bidang atau aspek dalam kehidupan kita. Campur tangan politik dalam sukan ini boleh menyebabkan perkara yang negatif atau positif. Ia bergantung sepenuhnya kepada ahli politik itu sendiri. Ahli politik dapat menjadikan sukan sebagai pelaburan yang berbaloi untuk mereka.
          Seperti yang kita tahu, banyak organisasi sukan Malaysia dipegang oleh ahli politik sendiri. Hal ini membolehkan badan sukan terbabit bergerak dengan lancar. Badan sukan di Malaysia, memerlukan duit untuk sentiasa bergerak. Duit yang mereka dapat adalah bergantung kepada jumlah tiket yang dibeli oleh rakyat Malaysia dalam sukan-sukan tertentu. Akan tetapi, sukan di Malaysia tidak dapat menarik minat rakyatnya dan gagal memberi pulangan yang memberangsangkan. Oleh itu, kehadiran ahli politik memegang tampuk atasan dalam badan sukan tertentu telah menyelamatkan sukan di negara Malaysia ini. Dengan menggunakan pengaruh yang ada pada diri ahli politik tersebut, para penaja akan berpusu-pusu memberi tajaan mereka dan ini sekaligus dapat membantu badan sukan tersebut bergerak dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
          Walaupun ada mengatakan bahawa ahli politik yang terlibat dalam bidang sukan adalah teruk. Dan ada yang mengatakan bahawa disebabkan ahli politik tersebut memegang tampuk pemerintahan dalam badan sukan tertentu telah menjadikan badan sukan tersebut tidak maju dan masih berada di takuk yang lama. Ada juga yang mengatakan bahawa ahli politik tersebut ingin meraih undi simpati dan ingin sekali mendapat hadiah kerana jasa beliau dalam memimpin sesebuah badan sukan. Akan tetapi, kehadiran ahli politik ini telah menjadikan badan sukan kita bernyawa semula dan dapat menjalankan aktiviti seperti yang dirancang. Kerajaan Malaysia juga menyokong  bidang sukan ini dengan memberi dana yang lebih untuk pemajuan sukan teras. 8 sukan teras yang dipercayai dapat membawa nama Malaysia ke persada dunia telah diberi perhatian khusus oleh kerajaan malaysia.
          Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan satu dasar iaitu satu murid satu sukan dimana dasar ini ingin menjadikan murid tersebut mahir dalam satu sukan yang mereka minati. Murid itu juga hanya menumpukan diri dalam sukan yang dipilihnya dan hal ini membolehkan mereka menkadi pemain bertaraf antarabangsa. Ini segaligus membuktikan bahawa kerajaan sentiasa peka dan sentiasa menyokong bidang sukan. Politik dalam sukan adalah sesuatu yang positif.
Insentif dan athlit.
          Insentif adalah bayaran atau ganjaran kepada seseorang kerana berjasa atau telah melakukan yang terbaik. Hanya athlit yang terbaik dan mengharumkan nama baik negara layak mendapat insentif dari kerajaan negeri mahupun pusat. Insentif-insentif seperti ini membolehkan athlit untuk merasakan usaha mereka dalam sukan tertentu itu dihargai dan dipandang serius oleh kerajaan.
          Isu yang berkaitan dengan insentif ini biasanya adalah kerajaan membuat janji palsu dan tidak membayar insentif seperti yang dijanjikan. Selain itu, sikap sesetengah pihak yang menggunakan bajet insentif athlit yang diberikan oleh kerajaan digunakan untuk pembinaan benda lain. Hal ini telah mendatangkan isu, gaji athlit tidak dibayar. Athlit yang tidak dibayar gajinya oleh pihak atasan telah melakukan rusuhan dan mereka tidak lagi berusaha bersungguh-sungguh dalam sukan yang mereka masuki itu.
          Isu ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan. Hal ini kerana, semua athlit yang mewakili Malaysia boleh dianggap sebagai pekerja kerajaan. Sediakan insentif awal bagi mereka yang bertanding dan jangan hanya menabur janji kosong kepada athlit. Insentif ini juga adalah untuk memberik dorongan dan motivasi tambahan kepada athlit yang bakal mengharumkan nama baik Malaysia. Maka jika kita tidak membayar insentif kepada athlit yang layak, kita dianggap telah mengkhainati usaha yang dilakukan oleh athlit terbabit.
Perjudian dan sukan.
         Definisi perjudian menurut kamus dewan edisi ke-3 (1997) bermaksud permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Semua permainan yang menggunakan wang sebagai pertaruhannya adalah dianggap perjudian. Menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu (1990) didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan, mempertarungkan dan meggadaikan yang melibatkan sebagai pertaruhan. Manakala petikan kata-kata “perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan” :Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 6 (2007). Disini, kita boleh lihat bahawa segala taruhan yang menggunakan duit atau barang berharga dalam satu-satu permainan dianggap perjudian.
         Mengapa isu perjudian dalam sukan ini muncul. Ada 3 perkara asas yang boleh dikaitakan mengenai kemunculan unsur perjudian ini melibatkan sukan-sukan terkenal seperti bola sepak dan badminton. Yang pertama adalah disebakan kewangan. Wang adalah benda yang dapat menggambarkan status sosial seseorang. Semakin banyak wang, semakin tinggi pengaruh seseorang itu. Disebabkan ingin wang yang lebih, perjudian ini telah berlaku. Mereka secara tidak sengaja atau sengaja telah melakukan pertaruhan dalam apa-apa permainan. Selain itu, ada juga orang yang berjudi ini adalah disebabkan mereka inginkan hiburan yang lebih. Meraka mempunyai wang yang banyak dan mempunyai status dan pengaruh yang tinggi. Akan tetapi hidup mereka bosan dan kosong. Disebabkan alasan itu, mereka perlukan hiburan yang sebenar. Mereka ini telah menjadikan bidang sukan ini sebagai salah satu platform untuk mereka berseronok. Hal ini sekaligus menyebabkan sukan menjadi mangsa tempat mereka untuk berjudi dan berseronok. Yang ketiga pula adalah disebabkan kewujudan bookie. Bookie bermaksud individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam menguruskan perjudian dalam sukan. Individu ini merupakan orang tengah yang mengendalikan urusan taruhan oleh orang-orang yang menyertainya. Selain itu, bookie ini bertugas untuk mengagihkan wang kemenangan kepada sesiapa saja yang menang mengikut jumlah taruhan yang telah diberikan. Kewujudan bookie dalam dunia sukan menjadikan dunia sukan dicemari dengan unsur perjudian.
         Dalam dunia sukan ini, terdapat dua jenis perjudian yang sentiasa berlaku. Jenis yang pertama adalah menentukan dan mengatur perlawanan. Perjudian ini sering berlaku dalam permainan bola sepak piala dunia. Biasanya, orang yang melakukan perjudian jenis ini akan membuat sogokan kepada athlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan. Wang sogokan yang banyak menjadikan athlit atau pegawai terbabit rabun mata dan menerima wang tersebut. Ini bermakna, keputusan perlawanan sudah ditentukan oleh pihak yang memberi wang sogokan terbabit. Jenis perjudian yang kedua adalah perjudian yang melibatkan keputusan pertandingan. Ini adalah jenis perjudian orang biasa, mereka bertaruh keputusan sesuatu pertandingan sebagai contoh pertandingan bola sepak. Ada juga yang bertaruh untuk keputusan jumlah jaringan. Perjudian ini  biasanya dilakukan secara rahsia atau underground dan hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh menyertainya. Nilai taruhan biasanya berubah mengikut ratio taruhan kepada pasukan terbabit.
         Kesan rasuah dan perjudian kepada bidang sukan. Banyak kesan yang akan berlaku disebabkan dua perkara ini. Kesan pertama adalah ia boleh mencemarkan imej sukan negara. Perjudian seumpama ini boleh menyebabkan sukan di negara kita tidak maju dan masih berada di takuk yang lama. Kemajuan athlit tidak lagi menjadi soal utama apabila keputusan perlawanan telah pun diatur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, mutu sukan merosot. Orang luar hanya akan melihat sukan di negara kita hanya dijadikan tempat perjudian. Mutu dan kualiti sukan di negara kita tidak akan meningkat. Kesan lain adalah kepercayaan peminat sukan akan terjejas. Peminat fanatik atau setia sesuatu pasukan akan hilang kepercayaan. Hal ini boleh menyebabkan mereka tidak lagi menyokong sukan terbabit. Sukan yang tidak diberi sokongan menyebabkan sukan itu mati dan tidak dapat bergerak disebabkan orang sudah tidak meminati sukan itu lagi. Kesan terakhir adalah perjudian ini dapat menjejaskan hubungan dalam pasukan. Hubungan yang dimaksudkan ini adalah hubungan antara pemain ke pemain atau pemain ke pengurus pasukan. Jika pengurus pasukan menerima rasuah. Jelas sekali pemain hilang kepercayaan kepada pengurus pasukan mereka. Hal ini boleh meruntuhkan pasukan terbabit dan susah untuk pasukan itu kembali berada di trek yang betul.
         Cara mengatasi gejala perjudian dalam sukan. Terdapat beberapa cara iaitu yang pertama rakyat Malaysia harus menghayati dan mengamalkan rukun negara. Rukun negara ini dapat membantu kita untuk menyemai semangat cintakan kepada negara dan kita tidak sanggup untuk melihat mutu sukan negara merosot. Kita juga boleh memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian ini pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Jika ia disemai awal dalam diri remaja sekolah, hal ini mungkin dapat menyebabkan kesedaran mereka bahawa perjudian ini adalah sesuatu yang teruk dan mereka mungkin tidak terlibat kepada perjudian ini. Selain itu, kebajikan athlit juga perlu dijaga dengan baik. Jika kebajikan mereka dijaga, mereka mungkin sekali tidak mengambil rasuah.
Cabaran sukan negara.
         Sukan negara kini mempunyai cabaran yang sangat getir untur dilalui. Untuk membangun dalam bidang sukan adalah sesuatu perkara yang bukan senang untuk dicapai. Infrastruktur dan fasiliti sukan perlulah bertaraf dunia. Kedua perkara ini penting untuk memajukan sukan negara kepada taraf yang lebih tinggi. Negara kita masih kekurangan infrastruktur dan fasiliti sukan ini. Hal ini mungkin disebabkaan kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membangunkan kemudahan-kemudahan ini.
         Selain itu, sukan negara kita juga harus sentiasa berusaha untuk melahirkan world class player yang dapat dibanggakan oleh negara kita. Kelahiran pemain bertaraf dunia kita terlalu sedikit dan dapt dihitung melalui jari. Nama-nama seperti Nicol David dan Lee Chong Wei mungkin hanya dapat bertahan dalam masa 3-4 tahun dalam bidang sukan masing-masing. Kita harus memikirkan cara supaya pemain bertaraf dunia di Malaysia sama jumlahnya dengan negara-negara maju lain seperti jepun dan korea. Selain itu, sukan negara juga harus memikirkan pembangunan athlit itu sendiri. Athlit yang dipupuk dari kecil atau dari sekolah rendah lagi mungkin dapat digilap bakatnya untuk menjadi penaraju utama dalam sukan yang diminati mereka. Meraka juga, mungkin sekali dapat menjadi athlit bertaraf dunia yang akan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Selain itu, pembangunan athlit seperti ini harus memakan masa yang panjang, sukan negara tidak boleh berputus asa dan sentiasa memberi tumpuan seratus peratus kepada athlit yang ingin mereka bangunkan.
         Cabaran lain bagi majlis sukan negara adalah kebajikan athlit. Athlit merupakan manusia biasa. Kebajikan mereka harus dijaga. Kita tidak boleh melayan mereka seperti hamba dan tidak juga boleh melayan mereka seperti raja. Kebajikan seperti gaji mereka yang perlu dibayar setiap bulan dan memberi sedikit insentif ketika mereka berjaya mengharumkan nama negara adalah penting supaya mereka sentiasa bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa mencuba untuk menjadi terbaik daripada yang terbaik. Selain itu, majlis sukan negara harus menghasilkan lebih banyak lagi pusat kecemerlangan athlit. Hal ini kerana, jika pusat kecemerlangan dihasilkan dengan lebih banyak maka ramai athlit yang akan memasukipusat kecemerlangan ini. Ramai athlit bermaksud sukan di negara kita mempunyai ramai penggerak yang akan membawa sukan negara kita kearah yang lebih cemerlang.

G. Nilai dan etika dalam sukan.
          Dalam sukan terdapat berberapa nilai dan etika yang patut dipatuhi oleh semua orang termasuk athlit dan pengurus sukan. Nilai dan etika ini merupakan peraturan yang tidak dapat diubah dan ia adalah  sesuatu yang harus dipatuhi semua pihak. Peraturan seperti ini dapat memastikan pertandingan atau satu-satu perlawanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang ketidak adilan atau berat sebelah berlaku.
          Nilai pertama yang harus dipatuh oleh semua athlit atau pemain setiap pasukan adalah permainan bersih atau lebih dikenali sebagai fair play. Permainan bersih ini amat penting kerana ia dapat memastikan semangat kesukanan oleh semua pihak tanpa mengira lawan atau kawan. Permainan yang bersih ini diperlukan bagi memastikan perlawanan antara kedua pihak tidak akan menimbulkan kemarahan dari kedua-dua belah pihak. Tidak dinafikan juga, permainan seperti permainan bola sepak yang banyak melibatkan kekerasan antara kedua-dua belah pihak ini banyak menimbulkan salah faham dan boleh sekali melibatkan pergaduhan. Permainan bersih ini perlu bagi mengelakkan pergaduhan antara kedua-dua pihak yang bertanding. Selain itu, permainan bersih ini jelas sekali dapat mewujudkan perpaduan antara kedua pihak yang bermain lebih-lebih lagi permainan yang melibatkan dua negara yang berbeza seperti pada peringkat antarabangsa. 
          Selain itu, salah satu undang-undang penting dalam sukan adalah undang-undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan bahan. Bahan yang dimaksudkan adalah ubat-ubat atau lebih merisaukan lagi penggunaan dadah. Banyak yang dadah boleh lakukan kepada pemain, dadah dapat meningkatkan kekuatan dan stamina pemain dan ini boleh mengakibatkan permainan berat sebelah antara kedua-dua pihak. Selain daripada kesan buruk dadah yang dapat menyebabkan sistem tubuh seseorang itu rosak adalah antara sebab utama penggunaan bahan seperti dadah adalah dilarang sama sekali. Sesiapa yang menggunakan dadah dalam apa jua permainan dan pertandingan akan dianggap mencemar nama baik sukan dan boleh menyebabkan dia digantung dari apa-apa jua pertandingan peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Penyalahgunaan bahan lain seperti steroid adalah dilarang sama ssekali dalam beberapa jenis sukan. Selain itu, pengambilan minuman akohol sebelum permainan bermula juga adalah ditegah dan akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya itu. Larangan ini dibuat adalah untuk menjaga imej sukan dan tidak mahu mengatakan bahawa sukan menyokong penggunaan dadah.
          Etika lain yang perlu dipatuhi oleh pengurus pasukan dan athlit adalah mereka dilarang sama sekali bertindak ganas dalam sukan-sukan yang mereka sertai. Keganasan dalam sukan adalah sesuatu yang patut dielakkan kerana sukan adalah satu medium untuk mencapai perpaduan dan keselamatan antara kedua pihak bukan tempat untuk mencari pergaduhan dan melakukan kacau bilau.keganasan yang dilakukan oleh mana-mana pihak tidak dapat dimaafkan. Keganasan yang berlaku antara pihak yang bertanding hanya bolehmenyebabkan perlawanan terhenti dan ia akan mengganggu proses kelancaran perandingan terbabit. Selain daripda mencetus sifat dendam dan irih hati kedua-dua belah pihak, keganasan seperti ini boleh menjadi parah apabila ia melibatkan isu perkauman. Jadi adalah lebih baik keganasan dalam sukan ini harus dielakkan bagi memastikan kesejahteraan antara semua pihak dan perpaduan kaum dan negara sentiasa dalam keadaan baik.
          Nilai dan etika dalam sukan adalah sangat penting kerana ia dapat membawa imej baik sukan negara. Jika nilai dan etika ini dipatuhi oleh semua orang. Maka tidak hairanlah sukan di negara kita ini akan lebih mendapat sambutan. Tidak kira apa yang berlaku, nilai dan etika ini patut disemai dalam diri pemain sejak dari sekolah rendah lagi supaya jika mereka besar dan dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa, mereka tidak akan berkelakuan tidak senonoh dan melanggar peraturan dengan sesuka hati mereka.




H. Kesimpulan
Dengan berakhirnya aktiviti lawatan, diharap guru pelatih mempunyai input-input dan pengalaman yang berguna dalam melaksanakan tugas sebagai guru. Selain lawatan ini sebahagian daripada penilaian dalam kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, lawatan ini turut menjadi salah satu aspek pendidikan yang perlu dikuasai oleh semua bakal guru sebagai penambahan dan pengukuhan pengetahuan pengurusan serta pentadbiran dalam sukan. Secara tidak langsung, guru-guru pelatih dapat memperkayakan pengalaman diri secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Apabila guru dapat menyiapkan dirinya dengan pelbagai ilmu pengetahuan, maka guru mampu menyediakan diri murid secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial juga.
          Dalam pada yang sama, guru pelatih didedahkan tentang struktur pentadbiran serta organisasi Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. Lawatan ini turut meningkatkan pengetahuan guru-guru pelatih tentang kemudahan serta peralatan terkini yang terdapat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. Guru pelatih dapat mengetahui bagaimana atlit-atlit dilatih menggunakan kemudahan yang disediakan. Di samping itu, guru pelatih mengetahui pengurusan serta pentadbiran undang-undang di Majlis Sukan Negeri dan Institut Sukan Negeri. Lawatan ini memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam dunia sukan. Guru pelatih juga dapat mengetahui cara mengurus sukan dan prosedur-prosedur mengenalpasti bakat atlit. Ini sangat berguna kepada guru kerana di sekolah kelak, guru dapat menggunakan ilmu yang ada untuk memastikan bakat dan mengembangkan bakat murid tersebut. Akhir kata, lawatan ini mampu membudayakan amalan kerja berpasukan dan membekalkan ilmu pengurusan serta pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan yang berkualiti dalam kalangan guru pelatih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH