Insan Bermoral
1.0 Dimensi moral individu
1.1 Penaakulan moral
· Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran secara rasional dan berautonomi (bebas).
· Individu dpt:-
- Memahami sst isu moral.
- Mengenal pasti alternatif2 yg ada dan kesannya.
- Memberi pertimbangan yg adil dan objektif terhadap stp pilihan alternatif itu.
- Memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional.
· Rasional, bebas, normatif, tepat, tajam, kreatif, inovatif, kritis.
1.2 Emosi moral
· Mpy emosi moral spt suara batin, perasaan ini membawa kpd perlakuan individu secara moral. Emosi moral ini penting utk mengawal perlakuan, menghalang individu membuat sst yg bersifat antisosial. Cth, perasaan empati menyebabkan seseorang individu membantu org yg miskin tanpa mengira kepentingan diri.
· Inidividu dpt:-
- Mengetahui asal usul sst isu atau situasi.
- Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran org lain.
- Menyatakan perasaan diri sendiri dlm keadaan yg sama.
- Membuat keputusan yg adil dan rasional.
· Empati, simpati, murah hati, kasih sayang, belas kasihan, altruistik, sentimen, berjiwa.
1.3 Tingkah laku moral
· Merujuk kpd segala kelakuan yg dilakukan oleh individu berdasarkan nilai2 dan norma2 msryk. Dpt bertingkah laku moral, iaitu bertindak dgn penuh tanggungjwab mengikut kemampuan diri terhadap sst keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi moral.
· Bertanggungjawab, berdedikasi, berprihatinan, bekerjasama.
1.4 Ejen moral dan Penerima Moral
· Semua manusia ialah agen moral dan juga penerima moral. Apa yg beza ialah manusia mpy penaakulan rasional dan bebas perasaan dan emosi yg boleh mempengaruhi perlakuan manusia sendiri.
1.5 Perhubungan atr dimensi2 Etika
· Penaakulan, perlakuan dan perasaan individu akn membenarkan individu sentiasa berada dlm keadaan yg berjaga-jaga spy sst yg dilakukan adalah mengikut kehendak normatif di mana dia berada.
2.0 Prinsip-prinsip asas kemoralan
2.1 Altruisme
Nagel, Thomas (I970) menjelaskan perkataan altruisme sbg “sst sikap atau perbuatan yg menyenangkan org lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap org lain”. Oleh itu, altruis (altruist) ialah org yg pemurah, atau dermawan. Nagel, T. berpendapat utk memperoleh sifat altruism dlm diri sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat empati, bersifat terbuka &percaya akn org Iain, bertoleransi & boleh menerima org lain.
2.2 Keadilan (Justice) :
Istilah “keadilan” (justice) berasal drpd perkataan Latin Justus yg bermaksud “law, right”. Kini “justice”. Menurut Kamus Dewan “keadilan” bererti sifat (org, perbuatan, tindakan, keputusan, undang2 ,hukuman dll) yg wajar atau berpatutan, tidak memihak kpd mana2 (apabila memutuskan sst dan sebagainya). Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan &kelakuan yg adil terhadap diri sendiri & org lain, tidak merugikan diri&org lain, serta melayan semua org dgn cara yg saksama. Cth, dlm pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.
Keadilan penting dlm penilaian moral & prinsip ini amat berkaitan dgn pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, individu tersebut akn sentiasa berfikiran secara rasional dlm apa jua keadaan pun. Ini secara langsung membawa individu tersebut utk mengawal dirinya drpd unsur2 yg buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dsbg.
Perbezaan atr prinsip etika Altruisme & Keadilan:
keadilan adalah sst perkara (perbuatan, kelakuan & tindakan) yg rasional, manakala altruisme adalah satu sifat yg bukan sahaja amat mulia tetapi terlalu mulia.
2.3 Autonomi ( Autonomous):
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dlm memilih utk melakukan sst perbuatan atau sebaliknya, maksudnya seseorang individu tersebut bebas utk membuat apa yg diingini atau memberi sebab2 tertentu jika seseorang itu dihalang drpd melakukan apa yg dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kpd dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan. Atau, apakah jenis kemahuan yg inigin dibuat atau apakah jenis paksaan yg perlu diketepikan?
Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sbg bermoral jika dia melaksanakan sst perkara yg disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kpd autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yg berkenaan tidak berupaya utk bertingkah laku secara rasional dan adil.
Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara2 yg boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan org lain. Terutama sekali sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan org lain ataupun melakukan sst yg berkepentingan kpd diri sendiri, maka ia boleh dikatakan sbg menyalahgunakan konsep autonomi tersebut.
3.0 Profil insan bermoral
3.1 Ciri-ciri insan bermoral
· Manusia yg bermoral adalah org yg mulia akhlaknya dan tinggi keperibadiannya. Kemuliaan ini termasuk dari segi rohani dan jasmani.
· Sifat2:-
- Menjaga kebersihan dari segi fizikal atau mental.
- Memahami perasaan dan dpt menilai pandangan org lain terhadap sst situasi.
- Menunjukkan sifat murah hati, bertimbang rasa, sedia memaafkan dan saling memahami serta peka terhadap keperluan org lain sebelum mengambil tindakan.
- Mpy sikap bertanggungjawab dan berkerjasama dlm menjalankan sst tugas agar menjamin hasil yg baik dan bermutu tinggi.
- Mpy sikap berterima kasih, hormat-menghormati, mentaati jasa2, sumbangan dan hasil ketinggalan zaman.
- Mpy pengetahuan dan celik akal utk membuat keputusan sendiri yg rasional, universal dan preskriptif.
- Mpr perasaan sayang nyawa dan dirinya.
3.2 Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral
· Menyampaikan ilmu. Ilmu pengetahuan yg benar & diyakini akn menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh dlm amalannya. Guru berperanan utk menyampaikan ilmu yg berkaitan dgn nilai2 murni dlm proses melahirkan insan yg bermoral. Guru harus menyampaikan isi kandungan pddk dgn lebih berkesan tanpa mengabaikan nilai2 murni dlm menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
· Menjayakan proses pddk. Guru sejati, guru cemerlang & guru yg baik adalah guru yg menjayakan proses dari mendidik anak2 tidak tahu membaca kpd bolah membaca sehingga menjadi pemimpin Negara. Oleh yg demikian, guru seharusnya sentiasa peka kpd perubahan. Perubahan yg berkaitan dgn profesionnya & juga perubahan lain yg berlaku di sekelilingnya. Guru perlu sentiasa berpegang teguh&memikul tanggungjawab sepenuhnya utk mengajar & mendidik serta memberi teladan kpd murid2.
· Memperkembangkan kemahiran. Guru2 berperanan utk memperkembangkan kemahiran dalaman & luaran murid2. Kemahiran dalaman guru merangkumi 4 aspek utama iaitu; kemahiran sikap peribadi, kemahiran penampilan diri, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran membuat keputusan.
· Mendidik adab &budi pekerti. Selaras dgn FPK, guru berperanan utk mengembangkan potensi insan yg berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi & jasmani (JERI). Guru berusaha memastikan adab & budi pekertinya adalah ditahap yg cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kpd murid2 & msyrk sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Melahirkan pemimpin generasi akn datang. Guru adalah pemimpin bahkan juga kpd pemimpin yg sedia ada. Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan yg berat & ini adalah peranan & tugas yg terletak di bahu guru. Dilihat dari sejarah kita, ramai pemimpin Negara ini asalnya seorang guru & para pemimpin mendapat didikan dari guru.
Tag : Penaakulan Moral , Ciri-ciri Insan bermoral ,Nota PSS 3107, FPK
Ulasan
Catat Ulasan