RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 -RAGBI SENTUH

Copy & atur semula susunan jadual dalam RPH ini. Minta maaf kepada empunya RPH kerana tlupa nama unuk dikreditkan di sini.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

Mata Pelajaran                     : Pendidikan jasmani
Tunjang                                 : Kemahiran
Tajuk                                      : Ragbi sentuh
Sub tajuk/ kemahiran          : Menghantar dan menerima bola
Tahun                                                : 5 Pintar
Bil. Murid                               : 30 Orang
Tarikh                                     : 10 Ogos 2011
Masa                                      : 7.45 am – 8.15 am
Hasil Pembelajaran             : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
Psikomotor : Melakukan hantaran dan menerima bola 3 ragbi daripada 5 kali
 percubaan pada jarak 2 meter dengan teknik lakuan yang betul
Kognitif       : Menerangkan 2 peraturan dan undang-undang menghantar dan
                     Menerima bola ragbi
Afektif         : Bekerjasama dalam kumpulan.

Pengalaman sedia ada       : Murid pernah melihat perlawanan bola ragbi sama ada secara langsung ataupun melalui
   media massa
Penerapan nilai                   : Kerjasama dan toleransi
KBKK                                     : Menganalisis dan menilai
Penggabungjalinan                        : Bahasa Inggeris
Strategi Pengajaran                        : Kaedah arahan dan kaedah kontekstual
Alatan                                                : Kon               = 6          Bola =   10 biji           Wisel           = 1      






BAHAGIAN /
MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR


ORGANISASI

CATATAN


Permulaan
(+ / - 5 minit)


a)Pemanasan 
   badan

-“ Sharks are
   coming”


















b) Regangan
  - Tangan
  - Pinggang
  - Kaki

         
         
- Murid-murid diminta berkumpul
  setempat..
- Guru memberitahu murid supaya
  membayangkan mereka berada
  dalam laut.
- Guru akan menjerit “ sharks are 
  coming” dan murid pula perlu
  bertanya kepada guru “how many?”
- Guru akan menyebut satu nombor
  dan wakil murid perlu keluar
  mengikut bilangan yang disebut.
-Murid yang keluar akan menjadi shark dan mereka dikehendaki membentuk bulatan mengelilingi rakan-rakan membaling bola ragbi yang diberikan
Kepada rakan





-Tujuan :
1) Meningkatkan suhu badan bagi   
    persediaan melakukan regangan
    badan










-       Guru
 

-       Murid

-       Kon


-       Kon
-       Wisel

BAHAGIAN /
MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR


ORGANISASI

CATATAN

Perkembangan
(+ / - 10 minit)

  Aktiviti 1
-Menghantar    
  dan menerima
  bola ragbi



1)            Menghantar :

- Berdiri dengan kedua-dua belah
  tangan memegang bola.
- Condongkan badan ke sisi
- Mata pandang pada sasaran
- Ayunkan tangan dan hantarkan bola
  ke sisi pada aras dada penerima
- Teruskan hayunan tangan

2)            Menerima :

- Hulurkan kedua-dua belah tapak
  tangan
- Tumpu ke arah penghantar bola
- Tangkap bola dengan kedua-
  dua belah tangan.
- Serap daya bola kearah badan
- Ketika proses menghantar bola,
  murid perlu memanggil nama rakan
  mereka






- Kon
- Wisel
- Bola

BAHAGIAN /
MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR


ORGANISASI

CATATAN


Aktiviti 2
-Aktiviti bertiga









Aktiviti 3
- Aktiviti 
  berkumpulan


- Setiap pasangan diberi sebiji dan 
  murid akan membuat hantaran dan 
  terima bola









- Setiap kumpulan dibahagi kepada 
  5-7 orang murid untuk membuat 
  hantaran dan menerima bola







      
KUMPULAN BERTIGA
-       Bola ragbi

 










KUMPULAN 5 – 7 ORANG


- Kon
- Wisel
- Bola

BAHAGIAN /
MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR


ORGANISASI

CATATAN

Kemuncak
( + / - 10 minit)

Permainan Kecil
“ Paling banyak touch down”


- Murid dibahagikan kepada 2
  kumpulan iaitu A dan B
- Setiap kumpulan dibahagikan
  kepada 2 kumpulan kecil dan 
  kumpulan pertama menunggu
  digarisan permulaan dan kumpulan
  kedua di garisan penamat.
- Jika kumpulan A mengambil garisan
  disebelah kanan sebagai garisan
  permulaan maka kumpulan B akan
  mengambil garisan sebelah kiri
  sebagai permulaan.
- Murid dari setiap kumpulan
  bersedia di garisan permulaan dan
  apabila wisel ditiup, murid akan
  membuat hantaran dan menerima
  bola sambil bergerak menuju
  garisan penamat.
-Setelah tiba mereka akan memberi
  bola kepada kump mereka yang
  menunggu
- Pemenang dikira melalui berapa
  kali setiap kump sampai ke garisan
  permulaan dan penamat.



     Kanan                    Tamat
 









     Tamat                     Kiri


-       Bola ragbi
 

-       Guru

-       Murid

-       Kon





-  Kon
-  Wisel
-  Bola

BAHAGIAN /
MASA

AKTIVITI

BUTIRAN MENGAJAR


ORGANISASI

CATATAN






- Murid hanya dibenarkan berlari
  sejauh 1-2 meter dan perlu
  membuat hantaran.
- Jika bola terjatuh, murid perlulah
  membuat tap untuk meneruskan
  pergerakan.
- Apabila bola sampai kepada murid
  terakhir , murid akan menukar posisi
  dimana murid yang memegang bola
  akan duduk paling hadapan
- Murid perlu memastikan apabila
  menghantar bola, rakan perlu
  berada dibelakang sisi mereka.
- Murid perlu memanggil nama rakan
  mereka ketika menghantar bola.




Penutup
(+ / - 5 minit)


Gerak kendur dan rumusan

- Murid berlari anak sambil
  melonggar bahagian badan dan
  berhenti membuat regangan.
- Membuat perbincangan bersama
  murid berkaitan perkara penting
  menghantar dan menerima bola
  ragbi


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH