Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya

Penulis : Saberi Pendi
(Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan , Sarawak)

Pengenalan

Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta.

Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang diberikan oleh penduduk dunia juga tidak semuanya telus disampaikan kepada orang Rohingya ini.

Setiap hari orang-orang Rohingya ini berhijrah mencari tempat yang lebih selamat untuk diduduki.Lebih ramai wanita-wanita dirogol oleh tentera Junta setiap hari. Masalah mereka tidak diberikan perhatian dan telah diabaikan selama bertahun-tahun.Malah tiada sebarang tindakan yang sistematik untuk melindungi dan mempertahankan mereka supaya hidup sejahtera di bumi ini.


Faktor  Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat lima faktor penyumbang kepada isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah dikenalpasti iaitu tidak diakui kewarganegaraannya , dikriminasi agama, sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya, undang-undang  ‘Citizenship Law (1982)’, dan ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia.
Faktor pertama ialah Myanmar tidak akui dan mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai warganegara dan rakyatnya kerana kumpulan itu memasuki negara tersebut pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain. Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka sahaja yang tinggal di negara tersebut sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948, yang dianggap sebagai warganegara. Justeru, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Faktor kedua iaitu dikriminasi agama Islam oleh penganut agama uddha. Hal ini kerana masjid tidak diperbaiki, penggantian  masjid dengan pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakan mereka dihadkan, dan pemaksaan keluar dari Islam dan menganut Buddha. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha. Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik .Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddha.

Pelarian Rohingya ditahan ketika memasuki negara Thailand.

Faktor ketiga iaitu sejarawan Burma menafikan kewujudan etnik Rohingya dalam sejarah Burma. Ahli-ahli sejarah Burma sendiri menyatakan bahwa suku bangsa Rohingya belum pernah ada dalam sejarah Burma, dan nama Rohingya muncul setelah tahun 1950 dan belum pernah ada sebelumnya. Oleh karena itulah, pemerintah Burma menolak kewarganegaraan mereka.State Law and Order Restoration Council (SLORC) telah menyisihkan Rohingyas kerana Rohingya adalah muslim dan agama Buddha mendominasi Burma. Ini merupakan satu diskriminasi terhadap orang-orang Islam.
Faktor keempat iaitu undang-undang  ‘Citizenship Law (1982)’ menyisihkan etnik ini. Pada 1982 pemerintah Junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘Citizenship Law (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya  apabila hanya 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta. Akibatnya tentera  Rohingya mengalami penyisihan tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
Faktor terakhir ialah ketidakpedulian segelintir masyarakat dunia. Negara jiran seperti Bangladesh menolak kemasukan pelarian  Rohingya dalam  sempadan negara mereka. Mereka tidak mengakui Roinga merupakan bangsa serumpun dengan mereka. Dasar Bangladesh telah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. Tindakan Banglades menghantar pelarian tersebut semula ke Myanmar lebih menyukarkan pelarian apabila ditindas semula oleh junta Burma.


Kesan Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya Kepada Masyarakat dan Negara
Isu keganasan dan penindasan etnik Rohingya telah memberi kesan kepada masyarakat dan negara kita. Walaupun ianya tidak berlaku di negara ini, namun kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara ini.
Antara kesan yang jelas sekali iala kebanjiran pelarian etnik ini di negara MalasiaBagi mereka, negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat untuk mencari perlindungan dengan menggunakan kad pelarian UNHCR. Mereka dibenar untuk bekerja di negara ini. Namun terdapat laporan dari media maya yang mengatakan isu pelarian Rohinga menjadi pengemis di jalanan.
Kedatangan pelarian Rohingya dalam jumlah yang banyak memerlukan kem pelarian yang besar dan mempunyai kelengkapan yang cukup bagi menampung keperluan pelarian ini. Ini memberi kos perbelanjaan yang besar kepada kerajaan dan UNHCR. Namun ianya bukan beban kerana menjadi tanggungjawab sosial dan kemanusiaan negara ini membantu pelarian tersebut.
Selain itu, isu ini mengeruhkan hubungan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Isu ini boleh memberi gambaran negatif  kekejaman penganut Buddha teradap umat Islam. Pertempuran sering berlaku antara orang Islam Rohingya dan penganut Buddha yang menyebabkan ramai orang Islam Rohingya kehilangan tempat tinggal. Walaupun berbeza kaum, namun atas nama sama agama umat Islam negara ini mengutuk keras tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim . Ianya sedikti sebanyak melahirkan rasa benci antara penganut  dua agama ini.
            Nilai kemanusiaan juga semakin hari semakin luntur dalam masyarakat. Isu penindasan seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan dan masyarakat tidak terlalu ambil peduli mengenai isu ini. Hasil pemantauan perincangan di forum Cari Gold di laman maya jelas bersetuju dengan tindakan kejam dan tiada perikemanusiaan oleh junta Burma terhadap etnik Rohingya.
Cadangan Cara Mengatasi Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya
Terdapat beberapa cadangan cara untuk mengatasi isu ini iaitu kerajaan Malaysia seharusnya menyuarakan permasalahan kronik ini di persidangan OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya. Seterusnya menagmbil inisiatif sistematik dan berterusan agar Rohingya dapat mendapatkan kewarganegaraan mereka.

Selain itu, masyarakat dunia perlu menggesa junta Burma menghentikan penindasan dan kekejaman ke atas orang-orang Rohingya dengan secepat mugkin sebelum lebih ramai lagi nyawa yang melayang. Penyiasatan hendaklah dilakukan secara menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar orang-orang Rohingya.

Peranan Association of Southest Asian Nation (ASEAN) untuk bersuara dan meminta kerajaan Junta menghentikan penyiksaan ini amat perlu kerana Myanmar merupakan salah satu anggota ASEAN. Kerajaan Junta pula mesti menyiasat kembali undang-undang yang telah digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkan. Oleh itu masyarakat Rohingya dapat diiktiraf sebagai warganegara.

Aung San Su Kyi yang pernah memenangi anugerah Hadiah Nobel yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia untuk mainkan peranan yang lebih jujur dan komited serta bertegas dengan kerajaan di Rangon untuk menghentikan kezaliman ini.



Kesimpulan

Kesimpulannya, Rohingya sebenarnya bukanlah satu ancaman kepada Myanmar. Perkara ini semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar tidak menerima orang-orang Islam di sana. Masalah ini berlarutan kerana pertubuhan seperti ASEAN tidak memandang berat perkara ini. Sepatutnya mereka meneliti setiap masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota ASEAN bukan kearah memperkasakan ekonomi sahaja tetapi soal kemanusiaan, dan keprihatinan patut dititik beratkan. Masalah orang-orang Rohingya jika tidak diselesaikan dengan segera tidak mustahil etnik ini akan terhapus dan ini juga mampu menggugat umat Islam di seluruh dunia. Semua pihak patut ambil peranan dan memperjelaskan isu ini kepada Myanmar supaya mereka mengetahui akan kezaliman yang dilakukan mereka.

Rujukan




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH