Catatan
Ilmu Mengenai Penjagaan Enjin Kereta
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur
-
JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI. 1> Minyak hitam Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km. 2> Filter Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter) 3> Spark plug 20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji. 4> Bateri kereta 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal...
Solat Jamak Taqdim , Takhir dan Qasar
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur
-
KONSEP DAN KATEGORI BAHAN BANTU MENGAJAR
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur II
-
Definisi bahan bantu mengajar(BBM): BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar: Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu: - Bahan bantu mengajar bukan elektronik - Bahan bantu mengajar elektronik - Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar Bahan bantu mengajar bukan elektronik: 1. Papan hitam atau papan tulis 2. Buku teks 3. Papan pemer atau papan buletin - Sumber pengajaran yang produktif - Untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang ...
Penggunaan Kata Hubung dengan betul
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur
-
KATA HUBUNG 1. MAKSUD: Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. 2. JENIS KATA HUBUNG: a. Kata hubung gabungan: Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka b. Kata hubung pancangan: Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila c. Kata hubungan berpasangan : Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’) Salah: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. Betul: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan Salah: -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu bol...
LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur
-
Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar! Mari kita menuju wawasan, Berketerampilan bergerak seiringan, Dari utara hingga selatan, Kita pacu menyusur gelombang. *Dasar dipadu cita dituju, Bumi kenyalang saujana memandang, Pelosok kota rantau dan desa, Meneruskan agenda pendidikan. Ayuh terbang kita seiringan, Menggapai bintang menjejak awan, Tekad yang jitu semangat juang, Pendidikan dijulang zahirkan harapan. Terbanglah tinggi menuju gemilang, Laungan keramat penuh iltizam, Rapatkan jurang satukan impian, Semangat juang kita laungkan. Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x) Kita sematkan.
RIMUP 2015
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur
-
Program Rancangan Intergrasi Muris untuk Perpaduan (RIMUP) telah dijalan pada 11-12 Ogos 2015 di SKHBS. Program ini melibatkan kerjasama tiga buah berdekatan iaitu SJK (C) Chung Hua Sebangan, SK Tungkah Dayak dan SKHBS. SKHBS merupakan tuan rumah penganjur program RIMUP kali ini. Pelbagai aktiviti dijalan. Selasa 1) Senam robik 2) Pancing botol 3) Bawa ping pong dalam sudu 4) Meleret bola guna gelung 5) Mengisi air dalam botol Program hari ini telah dirasmikan oleh Puan Jamayah dari PPD Simunjan. Rabu 1) Senam robik 2) Gotong royong 3) Tayangan video 4) Indoor aktiviti
Inilah Manusia
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Oleh
Permata Timur
-
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaik...