Catatan

Menyediakan Modal Insan yang Kreatif, Inovatif dan Berkemahiran Abad Ke-21

25. Hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju amat bergantung kepada kewujudan modal insan yang mempunyai kompetensi yang tinggi, daya kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad ke-21 berserta sikap positif dan nilai insaniah yang murni. Untuk tujuan ini, pembangunan modal insan yang bersepadu perlu melibatkan pengukuhan keseluruhan peringkat pendidikan merangkumi prasekolah, sekolah rendah dan menengah, tertiari dan pendidikan sepanjang hayat. Tumpuan pembangunan pendidikan dan latihan perlu dialihkan daripada pembangunan infrastruktur fizikal kepada peningkatan kualiti modal insan. Sistem pendidikan sedia ada perlu dinilai semula bagi memastikan setiap individu diberi peluang yang berkualiti untuk menyerlahkan potensi dan bakat secara maksimum. Pembentukan kurikulum, kaedah penilaian dan persekitaran pembelajaran perlu mengutamakan penghasilan modal insan yang inkuisitif, berkeupayaan berfikir secara kritikal dan mempunyai ciri keusahawanan. M...

JEJAKA-JEJAKA PENGAJIAN SOSIAL 709

Imej

Awan

Awan kumulus Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera . Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pembentukan awan Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini melwap menjadi titik-titik air, terbentuklah awan. Pelwapan ini boleh berlaku dengan dua cara: Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh k...

KARBON

Karbon  merupakan  unsur kimia  dalam  jadual berkala  yang mempunyai simbol  C  dan  nombor atom  6. Unsur bukan logam, tetravalen yang banyak, karbon mempunyai beberapa  bentuk allotropik : Berlian  ( galian  terkeras diketahui). Struktur: setiap atom terikat secara tetrahedron kepada empat yang lain, membentuk jaringan 3-dimensi atom enam ahli cincin bersegi. grafit  (salah satu bahan terlembut). Struktur: setiap atom terikat tiga segi kepada tiga atom lain, membentuk jaringan 2-dimensi cincin leper enam ahli; helaian leper terikat dengan lemah. Digunakan dalam  pensil  untuk menandakan  kertas . fullerene . Struktur: molekul besar setanding terbentuk sepenuhnya dari ikatan karbon tiga segi, membentuk ( spheroids ) (yang paling terkenal dan mudah ialah  buckminsterfullerene  atau bebola  bucky ). ceraphite  (permukaan teramat lembut). Struktur tidak dapat dipastikan. lonsdaleite  (herotan  berlian ). Struktur: menyerupai berlian, tetapi membentuk jaringan kristal hexagonal. karbon a...

TAMADUN INDUS

  Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 1750 SM. Ia merangkumi 60 buah kota.Antara kota-kota yang terbesar ialah Harappa dan Mohenjo-Daro.Kerajaan negara kotanya bersifat teokrasi Sumber ekonomi utama ialah pertanian , perdagangan dan perusahan.Tanaman utamanya ialah gandum , barli , padi dan kapas.Binatang ternakannya ialah lembu , biri-biri , kambing babi dan ayam.Perusahaan utamanya ialah menenun kain kapas , membuat barang-barang logam , tembikar dan barang-barang kemas serta mengukir batu. Masyarakat Indus mengamalkan polyteisme dan animisme.Mereka menyembah pokok , batu yang berbentuk lingga , lembu dan dewa.Masyarakat Indus menyambah Dewa Siva (Pashupati) dan Dewa Shakti (Mother Goddess) yang bermuka tiga.Tulisan masyarakat Indus berbentukpiktograf.Ia mempunyai hampir 400 simbol. Sumbangan tamadun Indus dalam bidang sains ialah penetapan satu sistem timbangan yang seragam.Mereka juga mengasaskan sistem ukuran lurus.Sumbangan paling ...

Tamadun Hwang Ho

  Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang. Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu. Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Mat...

Tamadun Yunani

Tamadun Yunani Empayar Yunani mengandungi 150 negara kota yang dikenali sebagai "acropolis" dan "polis".Athens dan Sparta merupakan negara kota penting yang menjadi asas Tamadun Yunani dan ia diamalkan di Athens dan rakyatnya merupakan orang pertama membentuk demokrasi di dunia.Demokrasi bermakna 'pemerintahan oleh rakyat'.Ciri-ciri demokrasi di Athens ialah : Semua warganegara lelaki mengambil bahagian dalam politik Mereka membincang dan meluluskan tindakan pemeintah di Dewan Perhimpunan Perhimpunan ini tidak boleh disertai oleh perempuan dan hamba Perhimpunan tetap diadakan sebulan sekali Semua undang-undang diluluskan dalam perhimpunan ini Rakyat akan memilih pemerintah melalui pilihan raya Terdapat tiga badan utama dalam sistem demokrasi Athens iaitu : Majlis Perhimpunan Anggotanya semua rakyat lelaki berumur lelaki 21 tahun ke atas Majlis Eksekutif Dilantik oleh Majlis Perhimpunan Mel...