Menyediakan Modal Insan yang Kreatif, Inovatif dan Berkemahiran Abad Ke-21

25. Hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju amat bergantung kepada kewujudan modal insan yang mempunyai kompetensi yang tinggi, daya kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad ke-21 berserta sikap positif dan nilai insaniah yang murni. Untuk tujuan ini, pembangunan modal insan yang bersepadu perlu melibatkan pengukuhan keseluruhan peringkat pendidikan merangkumi prasekolah, sekolah rendah dan menengah, tertiari dan pendidikan sepanjang hayat. Tumpuan pembangunan pendidikan dan latihan perlu dialihkan daripada pembangunan infrastruktur fizikal kepada peningkatan kualiti modal insan. Sistem pendidikan sedia ada perlu dinilai semula bagi memastikan setiap individu diberi peluang yang berkualiti untuk menyerlahkan potensi dan bakat secara maksimum. Pembentukan kurikulum, kaedah penilaian dan persekitaran pembelajaran perlu mengutamakan penghasilan modal insan yang inkuisitif, berkeupayaan berfikir secara kritikal dan mempunyai ciri keusahawanan. Mekanisme dan insentif yang kompetitif perlu diwujud bagi memastikan institusi pendidikan, latihan dan penyelidikan diterajui oleh pemimpin berprestasi tinggi, kebertanggungjawaban dan diberi autonomi yang bersesuaian serta juga mampu menarik minat serta mengekalkan pendidik dan penyelidik yang berwibawa dan berkebolehan tinggi.

26. Bagi melengkapi keperluan tenaga kerja mahir, usaha bersepadu perlu diperkenalkan untuk membuat anjakan paradigma masyarakat


 

Sumber : http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=74a76cd2-2d22-4086-904f-1c7b3c8e9a15&groupId=34492

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH