TAMADUN INDUS
Tamadun Indus k.2500-1500 SM: Penemuan arkeologi menunjukkan Harappa dan
Mohenjo Daro mempunyai perancangan kotaraya yang mengkagumkan
Lokasi : Di sekitar Lembah Sungai Indus (Kawasan d sekitar sempadan India dengan Pakistan)
Bandar terancang : Tamadun ini terkenal dengan wujudnya bandar-bandar terancang yang terawal, contohnya Harappa dan Mohenjo-Daro.
Kerajaan / Pentadbiran : Setiap kota ditadbir oleh seorang pemimpin daripada golongan pendeta.
Bahasa / tulisan : Belum diterjemahkan tetapi dikenalpasti sebagai tulisan gambar (piktograf) seperti mana yang dapt dilihat daripada cop-cop motrol Indus yang dijumpai di kota-kota di Sumeria sperti Ur serta di Harappa dan Mohenjo-Daro. (Bukti wujudnya hubungan perdagangan antara bangsa)
Organisasi Sosial : Masyarakat Indus dibahagikan kepada golongan pemerintah (pendeta), rakyat biasa (Artisan, saudagar, petani) dan hamba.
Teknologi : Alat pengangkutan beroda, teknik penemuan kain kapas, barang tembikar, peralatan besi, batu-bata untukpembinaan, sistem saliran, peparitan, pembetungan, sistem perbandaran, sistem timbang dan ukur.
Agama : Percaya wujudnya banyak tuhan (poly theistic) serta konsep hidup semula selepas mati.
Seni dan Sastera : Masyarakat Indus mahir dalam bidang pertukangan (tembikar, ukiran patung, alat perhiasan emas danperak, topeng batu, gangsa dan tembaga). Puisi-puisi yang diperkenalkan orang Aryan pula dikumpulkan menjadi Vedas.
Ulasan
Catat Ulasan