PERANAN PARA PENDIDIK DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG KREATIF, INOVATIF DAN BERKEMAHIRAN ABAD KE-21

Cabaran pendidik dalam melahirkan pelajar sekolah yang berguna seterusnya mahasiswa kelas pertama.
Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara. Mereka merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kedudukan para pendidik sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang. Di tangan pendidik sendiri, martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan itu sendiri. Antara cabaran yang perlu diharungi oleh para pendidik hari ini adalah:
Cabaran Pertama:
Mempertingkatkan Profesionalisme.
Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha untuk mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Para pendidik perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan
1
keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Cabaran Kedua:
Kemahiran Dalam Penggunaan ICT.
Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada para pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para pendidik mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Mereka juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020.
Pendidik juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini, masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh pendidik dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Cabaran Ketiga:
Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak.
Pendidik yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Pendidik yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
2
Modal insan dapat mencapai kematangannya dengan pengisian kaedah menakluk persekitaran dan cernaan pengalaman. Perkara utama adalah untuk menyediakan pendidik dan masyarakat yang berbudaya berfikir. Negara kita mempunyai masyarakat berbudaya belajar, tetapi adakah pembelajaran itu sendiri mampu untuk merangsang usaha berfikir?
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan, telah ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan modal insan yang berkualiti, menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
Cabaran Keempat:
Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan Kreatif.
Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Untuk itu, para pendidik harus melaksanakan anjakan dengan ’membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’.
Cabaran Kelima:
Menyedari Tanggungjawab.
Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan dan wawasan, para pendidik perlu melaksanakan tanggungjawab seperti:
1. Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, serta memupuk nilai murni.
3
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka.
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Cabaran Keenam:
Menjadi Pendidik Berkualiti.
Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang pendidik perlu mempunyai ciri-ciri yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti para pendidik dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB) adalah untuk meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan para pendidik yang lebih efisien.
Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan dapat melahirkan generasi yang berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak pasaran dunia pada alaf baru ini.
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu dalam kalangan kita semua. Oleh yang demikian, profesion pendidikan adalah merupakan satu profesion yang tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 9 :
4
Maksud: Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Cabaran Ketujuh:
Menjadi Pendidik yang Berkesan.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang pendidik yang berkesan itu? Ia merangkumi sebagaimana yang berikut:
1. Bersikap profesional.
2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
3. Kaya ilmu pengetahuan.
4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
5. Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.
6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan pelajar.
9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
5
11. Mempastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
14. Berupaya membentuk perwatakan pelajar dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada Pengajaran & Pembelajaran di sekolah.
SOALAN 2:
Adakah wujud perbezaan mentaliti antara mahasiswa dahulu dan mahasiswa masa kini.
Perbezaan mentaliti antara mahasiswa suatu ketika dahulu dan mahasiswa masa kini sememangnya wujud. Tidak perlu lagi kita menoleh ke belakang, tetapi apa yang perlu diinsafi oleh mahasiswa hari ini adalah, kehebatan pemikiran, kekuatan jati diri, kemampuan untuk mentadbir dan mengurus negara sehingga disegani oleh dunia Barat, kejayaan tokoh-tokoh korporat tempatan di arena global serta pengiktirafan dunia kepada rakyat negara ini sudah cukup untuk membuktikan kehebatan mahasiswa suatu masa dahulu pada hari ini.
6
Namun begitu, mahasiswa hari ini boleh menjadi lebih hebat daripada itu sekiranya mereka mempunyai kualiti dan ramuan yang secukupnya bagi melonjakkan mereka sebagai modal insan atau mahasiswa kelas pertama. Kita memerlukan profil mahasiswa kelas pertama untuk memperkasakan mentaliti yang mengandungi antara lain sifat-sifat seperti berikut:
1. Sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah serta mendisiplinkan diri dalam setiap perlakuan dengan suruhan, peraturan, undang-undang, nilai dan etika yang terdapat dalam ajaran agama.
2. Berpengetahuan dan sentiasa terlibat secara aktif dalam proses mencari ilmu. Mahasiswa hari ini hendaklah berkeupayaan untuk memahami sesuatu dengan tepat berdasarkan fakta-fakta yang benar dan di peringkat yang tinggi iaitu di peringkat hikmah.
3. Mampu menggunakan ilmu dan pengetahuan untuk kebaikan diri dan masyarakat.
4. Terbaik dan terkehadapan dalam pelbagai bidang.
5. Matang dari segi emosi dengan menunjukkan sifat-sifat keseimbangan dan kesederhanaan.
6. Sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik terhadap sesuatu isu atau permasalahan.
7. Belas, kasih sayang dan ihsan sesama manusia dan makhluk yang lain.
8. Merendah diri tetapi teguh rasa hormat diri.
9. Sentiasa bersedia untuk belajar sepanjang hayat.
10. Jujur dan tulus dalam semua perkara.
7
SOALAN 3:
Mahasiswa terbabit dalam masalah gejala sosial. Dalam pembentukan mahasiswa kelas pertama, apakah cara terbaik untuk berhadapan dengan ancaman dan cabaran tersebut.
Mahasiswa adalah tergolong dalam kelompok generasi muda. Oleh hal yang demikian, generasi muda sering menjadi perhatian anggota masyarakat. Pembinaan warga muda terutamanya mahasiswa yang utuh keperibadiannya amat perlu dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Apatah lagi negara kita Malaysia, menjadikan Wawasan 2020 sebagai sasaran utama untuk melengkapkan maksud kemajuan mengikut acuan sendiri.
Negara yang maju dan makmur menghadapi setiap cabaran yang dibawa oleh perubahan pentas dunia, memerlukan mahasiswa yang mampu mengharungi serta mengendalikan pelbagai cabaran tersebut dan sempurna. Inilah yang disebutkan oleh seorang tokoh sarjana Islam iaitu Malik Bennabi, dalam pandangannya berhubung peranan dan kedudukan generasi muda dalam sesebuah masyarakat. Menurut beliau, ‘segala-galanya bergantung kepada golongan ini (generasi muda). Jika lemah generasi muda, maka lemahlah masyarakat tetapi jika kuat generasi muda, maka kuatlah masyarakat yang dibina’.
Ahli psikologi menyatakan, generasi muda terdiri daripada mereka yang sedang dalam proses pembinaan diri termasuk sahsiah dan keperibadian. Dalam peringkat ini, seseorang itu mengalami perubahan peribadi yang benar-benar mencabar sama ada dari aspek mental, fizikal mahu pun emosi. Pembinaan sahsiah diri banyak membabitkan soal mental dan emosi. Kerana itu, kejayaan pembinaan sahsiah yang unggul sebagai benteng yang ampuh dari sebarang permasalahan sosial, banyak bergantung kepada kejayaan pembinaan emosi dan mentaliti yang unggul.
Penghayatan terhadap agama adalah jawapan terbaik bagi menangani segala ancaman berkaitan permasalahan sosial generasi muda hari ini. Sama ada
8
agama mempunyai peranan atau tidak untuk memartabatkan seseorang, ia bergantung kepada individu itu sebagai penganut agama dan peranan yang diberikan kepada agama serta perspektif individu tersebut terhadap agama.
Agama merupakan pegangan hidup dan kepercayaan, himpunan sejumlah prinsip dan peraturan yang memerlukan penghayatan. Walaupun agama mempunyai prinsip dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak akan bermakna dan mendatangkan manfaat sekiranya ia tidak dihayati dan diamalkan.
Agama Islam telah menentukan hala tuju yang perlu dimainkan oleh individu dan masyarakat agar dapat membentuk insan yang seimbang dalam aspek jasmani, rohani dan intelek. Islam memandang bahawa kehadiran agama adalah bertujuan untuk mengubah masyarakat (an-nas) dari kegelapan kepada cahaya; dari zulmat kepada an-nur, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam ayat 1, surah Ibrahim:
Maksudnya: Alif, Laam, Raa. Inilah Kitab (al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman-dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.
Menurut al-Quran, Islam datang untuk membawa perubahan dan pembangunan. Prinsip perubahan dan pembangunan ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam ayat 11, surah al-Ra’d:
Maksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.
Oleh yang demikian, Islam sebagai agama yang syumul menegaskan bahawa, perubahan sosial hendaklah bermula dengan perubahan individu iaitu diri manusia itu sendiri.
SOALAN 4:
Sejauh mana pendidikan di IPT dapat melahirkan modal insan masyarakat hari ini.
9
Abad ke-21 menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada umat manusia. Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi dengan jarak fizikal dan sempadan masa tidak lagi menjadi penghalang kepada interaksi bersama untuk mencipta kemakmuran.
Berlatarbelakangkan keadaan ini, rakyat Malaysia sedang gigih berusaha merealisasikan Wawasan 2020 bagi mewujudkan sebuah negara maju yang mana setiap warganya boleh mencapai potensinya, kemakmuran mampu diperoleh bagi mereka yang sanggup bekerja keras, bijak menggunapakai kreativiti dan berani melakukan inovasi.
Selain itu, mereka yang berjaya akan menggunakan sebahagian kekayaannya bagi membantu golongan yang ketinggalan, manakala kerajaan akan menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan tidak berupaya, fakir dan daif.
Sesungguhnya, kemajuan dan kemakmuran tidak datang menggolek pada fajar 1 Januari 2020 – tarikh simbolik bagi memfokuskan segala usaha kita. Apa yang akan dituai nanti bergantung kepada apa yang kita labur serta semai selama ini.
Bagaimanapun, kita masih belum terlambat kerana Malaysia mempunyai potensi yang besar. Jika kita dapat mengikis budaya ambil mudah, cepat selesa dan cepat berpuas hati, kita mampu mencapai matlamat kita yang tersendiri dalam era globalisasi ini.
Berdasarkan statistik dalam bidang pendidikan yang menjadi teras usaha pembangunan modal insan, kita mempunyai asas memberangsangkan kerana 95 % daripada rakyat kita celik huruf.
Di samping itu, 20 % daripada bajet tahunan negara diperuntukkan untuk pendidikan. Apa yang diperlukan ialah menggunakan infrastruktur pendidikan ini secara optimum dan menambah baik secara berterusan infrastruktur sedia ada supaya lebih berupaya untuk menghadapi cabaran masa depan. Kita
10
tidak boleh lagi mengambil kaedah menempel untuk menyelesaikan masalah pembangunan modal insan, sebaliknya harus mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu.
Kita perlu memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada pendidikan pra-sekolah. Kita perlu memastikan pendidikan peringkat rendah melahirkan anak yang mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) sekurang-kurangnya dalam dua bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) sebaik menamatkan Tahun Tiga.
Kita juga perlu menanamkan sifat ingin tahu yang kuat serta semangat penemuan dalam diri kanak-kanak. Adalah memilukan jika ada lagi di kalangan anak-anak kita yang selepas enam tahun melalui pendidikan rendah, masih gagal menguasai kemahiran asas 3M secara baik dan amat malang lagi jika selepas menamatkan pendidikan rendah dan menguasai kemahiran 3M, mereka tidak mempunyai semangat ingin tahu yang kuat atau semangat penemuan.
Matlamat pendidikan seharusnya bertujuan mengembangkan potensi pelajar, bukan mematikan semangat mereka. Pada peringkat pendidikan menengah pula, para pelajar haruslah disediakan dengan asas kukuh dalam bidang sains, teknikal dan vokasional mengikut minat mereka. Pendidikan peringkat ini perlu mengukuhkan kebolehan mereka untuk berfikir secara kritis, memupuk kreativiti dan inovasi.
Pendidikan pengajian tinggi dan pasca menengah pula perlu mampu melahirkan graduan yang bukan saja cemerlang akademik, tetapi juga mempunyai semangat berdikari, daya juang, daya tahan dan daya keusahawanan yang tinggi.
Memilih kerja dan siswazah menganggur tidak harus wujud dalam kosa kata mereka. Graduan institusi pengajian tinggi (IPT) perlu sedar dalam dunia yang mendatar hasil globalisasi, mereka harus bersedia menambah baik kemahiran dan ilmu pengetahuan secara berterusan. Mereka harus menerima hakikat
11
apa yang mereka pelajari di IPT boleh menjadi tidak relevan dengan keperluan mutakhir pasaran kerja. Jika kita gagal melakukan anjakan dalam bidang pembangunan modal insan dengan segala kelebihan yang kita miliki kerana kita suka mengambil mudah, kita akan ketinggalan dan terkapai-kapai dalam menghadapi dunia mendatar seperti kata pepatah ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran’. Dalam era globalisasi, ini bermakna kegagalan.
FAKTA NOMBOR
Peratusan rakyat yang menerima pendidikan di Malaysia:
88.3 % - Mendapat pendidikan pra-sekolah.
98.49 % - Memasuki Tahun Satu.
85.55 % - Meneruskan pengajian menengah rendah.
96.72 % - Meneruskan pengajian menengah atas.
Selain itu, untuk kita mengecap kejayaan berterusan dalam persekitaran globalisasi yang mana persaingannya amat sengit, kita perlu menangani unsur yang boleh menghalang kita mencapai kejayaan iaitu sifat dan sikap suka ambil mudah, cepat berasa selesa dan berpuas hati dengan sesuatu pencapaian.
Persatuan pelajar merupakan organisasi sekumpulan pelajar yang ditubuhkan di IPT untuk melaksanakan beberapa program atau aktiviti yang bersesuaian dengan objektif sesebuah persatuan tersebut.
Untuk itu, aktiviti pembangunan diri mahasiswa haruslah didokong oleh persatuan-persatuan pelajar. Matlamatnya perlu jelas, iaitu untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang akademik, cemerlang akhlak dan budi pekerti serta berdaya saing melalui ciri seperti berikut:
1. Berpengetahuan luas, mampu mengolah dan menganalisis maklumat serta berfikir secara bersepadu dan konseptual.
12
2. Kritis, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran baru serta peka kepada kepedulian sosial, keadilan sejagat dan solidariti antarabangsa.
3. Mempunyai harga diri, keyakinan diri, sedia bekerjasama dan mampu berdikari berdasarkan nilai-nilai murni.
Semua perkara ini boleh dilaksanakan melalui program yang dikategorikan seperti berikut:
1. Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian.
2. Pembangunan Kepimpinan.
3. Pembangunan Akademik dan Kerjaya.
4. Pembangunan Kemasyarakatan atau Sosial.
Akhirnya, program seperti ini akan melahirkan:
1. Mahasiswa yang beriman, bertaqwa dan mengamalkan nilai-nilai murni.
2. Mahasiswa yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
3. Mahasiswa yang mempunyai daya saing yang tinggi.
4. Mahasiswa yang mempunyai ketahanan mental.
5. Mahasiswa yang sihat dan cergas.
6. Mahasiswa yang bertoleransi dan bekerjasama.
7. Mahasiswa yang mempunyai sahsiah dan personaliti.
13
8. Mahasiswa yang berketrampilan dan memiliki daya komunikasi berkesan.
9. Mahasiswa yang kreatif.
10. Mahasiswa yang mempunyai patriotisme dan kemasyarakatan.
11. Mahasiswa yang mempunyai daya keusahawanan.
12. Mahasiswa yang berilmu, berakhlak, amanah dan istiqamah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH