Catatan

UiTM sasar lahirkan Melayu pertama penerima hadiah Nobel

SHAH ALAM 19 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensasarkan untuk melahirkan orang Melayu pertama yang menerima Hadiah Nobel melalui bimbingan serta tunjuk ajar saintis tersohor Pakistan Prof. Dr. Atta-ur-Rahman. Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan kepakaran yang dimiliki Dr. Atta-ur-Rahman, UiTM mampu merealisasikan impian itu melalui kajian dan pembangunan yang terperinci dalam bidang saintifik. "Kita yakin dengan kerjasama yang telah dijalin sejak 2005, UiTM mampu mengorak langkah memperhebatkan kajian dalam bidang sains dan teknologi dengan nasihat dan panduan daripada Prof. Atta-ur-Rahman. "Malah beberapa penuntut dan petugas UiTM juga telah dihantar ke Pakistan untuk tujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana oleh Dr. Atta-ur-Rahman di sini, hari ini. - Bernama

Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong

Imej
Petrajaya, 4 Okt.-Kami Pengajian Sosial 1111 (bimbingan pensyarah : Cik Mastura binti Jolhi) mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak telah menghadiri Majlis Mengenang Jasa Tokoh Negarawan : Tun Tugah anjuran Arkib Negara di Perpustakaan Negeri Sarawak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri beliau serta dihadiri oleh keluarga mendiang Tun Jugah. Majlis ini disertakan dengan penyerahan barangan Tun Jugah untuk disimpan di Arkib Negara. Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Program : Majlis Perasmian Program Mengenang Tokoh Negarawan MendiangTun Datuk Patinggi Temenggong Jugah Anak Barieng Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa) Masa : 9.00 pagi - 12.30 petang Tempat : Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak Program ini berkonsepkan penghayatan tokoh dengan memfokuskan kepada sumbangan Mendiang Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggong Jugah Anak Barieng bermula dari pembentukan Malaysia h...

Ibu yang kejam, tiada sifat kemanusiaan!

Imej
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini. Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini. Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu. Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini. "Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang. "Tiada siapa mengetahui meskipun rumah ters...

3 murid dihalang duduki UPSR mula ambil peperiksaan

Imej
BINTANGOR 4 Okt. - Tiga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Bintangor yang dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada awal bulan lalu, mula mengambil peperiksaan tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Meradong di sini pagi ini. Edward Ujoh Ausgutine, Idie Ganyol serta Richmend Mangi dilihat memasuki PPD Meradong kira-kira pukul 7.30 pagi dengan ditemani ibu bapa masing-masing. Ketiga-tiga murid tersebut akan menduduki ujian Bahasa Malaysia Kertas I pada pukul 8.15 pagi diikuti Bahasa Malaysia Kertas II dan Matematik Kertas I. Gambar hiasan Esok, tiga murid berkenaan akan menduduki ujian Matematik Kertas II dan Bahasa Inggeris Kertas I manakala Bahasa Inggeris Kertas II dan Sains Khamis ini. - Utusan

2011

selayang pandang smp 1111 ps ipgktar

Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun

Imej
BAITULMUQADDIS - Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di guasebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama kelmarin. Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet.   Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudiyang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap diQumran di tepi tebing Laut Mati. Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidikIsrael di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barangantik. Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean. - AP