Catatan

Apakah itu STRESS?

Imej
Apakah Tekanan? Tekanan perasaan itu wujud apabila kita bertindak balas dengan peristiwa-peristiwa tertentu. Ia adalah cara badan meningkat kepada satu cabaran dan bersedia untuk bertemu dengan situasi yang sukar dengan fokus, kekuatan, stamina, dan kewaspadaan yang memuncak. Peristiwa-peristiwa yang tekanan marah dipanggil tekanan, dan ia merangkumi pelbagai situasi - semua dari bahaya fizikal yang secara terang-terangan untuk membuat pembentangan kelas atau mengambil bernilai 1 semester subjek yang paling sukar anda. Tubuh manusia bertindak balas terhadap tekanan dengan mengaktifkan sistem saraf dan hormon tertentu. Hipotalamus isyarat kepada kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon adrenalin dan kortisol dan melepaskan mereka ke dalam aliran darah. Hormon ini mempercepatkan kadar jantung, kadar pernafasan, tekanan darah, dan metabolisme. Saluran darah terbuka luas untuk membenarkan lebih darah mengalir kepada kumpulan otot besar, meletakkan otot kita ...

Guru lebih stres

Imej
Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR Sumber : Utusan Online RAMAI yang pasti terkejut apabila mengetahui hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. "Kedudukan guru sebelum askar agak mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagai. Jadi tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan," kata Pengarah Urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata. Didorong perkembangan itu beliau berkata, sebagai syarikat yang mengendalikan pusat rawatan fisioterapi, pihaknya telah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru di sekolah-sekolah seluruh negara. Katanya, program itu disediakan...

Guru perlu fasih BM, BI

Imej
Oleh AZMY MOHAMED pendidikan@utusan.com.my Kementerian Pelajaran disaran supaya memperketatkan pengambilan pelajar ke institut pendidikan guru (IPG) demi meningkatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru yang fasih dalam bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI). Bagi menjayakan saranan ini, pelajar perlu mendapat kepujian dalam kedua-dua subjek di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukannya sekadar mendapat kredit untuk BM atau lulus bagi BI. Hal ini penting untuk merealisasikan dasar Memartabatkan BM Memperkasakan BI (MBMMBI) di samping untuk mengatasi masalah sekiranya guru, atas pelbagai sebab, 'terpaksa' mengajar salah satu subjek bahasa berkenaan apabila ditempatkan di sekolah. Paling tidak, dengan asas yang kukuh dalam kedua-dua subjek ini, guru terbabit tidak akan berdepan masalah besar untuk mengajar mata pelajaran bahasa walaupun mengambil opsyen subjek lain ketika di IPG.  Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) ...

ARSENAL DAN MANCHESTER CITY BERTANDANG KE MALAYSIA PADA 23 & 30 JULAI 2012

Imej
SERDANG - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi bayangan bahawa pasukan Pilihan Malaysia yang akan berdepan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai ini, bakal menjadi 'skuad bayangan' untuk kejohanan Piala Suzuki AFF. Walaupun tiada jaminan sepenuhnya, beliau melihat dua perlawanan itu sebagai medan terbaik menguji semua pemain ekoran ketiadaan komitmen tertentu seperti Piala AFC dan perlawanan peringkat domestik kerana berehat di sepanjang bulan Ramadan. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) "Pada Julai saya dapat menggunakan semua pemain terbaik yang saya ada, kerana tidak diganggu lagi dengan Piala AFC atau apa-apa perlawanan lain. "Jadi kita akan tengok sama ada skuad ini boleh dikatakan bayangan Piala Suzuki AFF apabila berdepan dua pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris tetapi apa yang saya boleh katakan saya akan membawa turun semua pemain terbaik, " katanya. The Citizens atau The Sky Blues yang dibarisi p...

GAMBAR B.I.G KHIDMAT KOMUNITI DI SK PINANG, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Imej
Tahniah kepada kawan-kawan kerana kita telah berjaya menjalankan Program Bina Insan Guru di SK Pinang, Kota Samarahan, Sarawak pada 20 April 2012 yang lalu. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak SK Pinang dan Kampung Pinag serta pihak institut. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG ENCIK CHAI KIM SHIN

Imej
Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian salah seorang pensyarah Jabatan Kajian Sosial yang pernah mengajar kami Pengajian Sosial (Ekonomi) pada 21 April 2012. Pemergian beliau amat kami rasai kerana pengorbanan beliau dalam memberi ilmu kepada. Beliau seorang yang peramah, bertolak ansur dalam setiapa perkara, dan tidak pernah merungut atau lebih tepat mudah berjenaka di dalam kelas. Trade mark 'Bagus, ada baca!!!' sentiasa mekar dalam ingatan kami. Trade mark tersebut sering beliau guna untuk memuji pelajar-pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan beliau. Beliau juga merupakan Penasihat 1 kepada Gerakan Pengguna Siswa IPGKTAR. Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang Encik Chai Kim Shin. Semoga roh mendiang aman di sana selepas penderitaan menghidap kanser sebelum ini.

Minum air bantu lulus periksa

Imej
LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air! Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak. Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak. Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :) Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu. Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan. ...