Catatan

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 5

Imej
                 Pada 25 Februari 2013, seramai 16 orang guru pelatih dari PISMP 1111 Pengajian Sosial semester 5 dan seorang pensyarah pembimbing telah bersama-sama melaksanakan program Bina Insan Guru di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching. Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah bertemakan ‘benchmarking’ atau penanda aras satu sekolah pilihan di mana kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian sekolah tersebut daripada aspek-aspek seperti infrastruktur, pengurusan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan amalan budaya sekolah. Sesi bergambar bersama Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar                   Kami sebulat suara bersetuju untuk membuat penanda aras di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching pada 25 Februari 2013 .  Pada mulanya kami merancang untuk mengadakan lawatan penanda ...

Kita Berjaya! (Pementasan Drama : Kg Empuyak Hilir)

Imej
Penulis : Admin Bilangan penonton tidak diberkurangan dan setia hingga ke akhir pementasan drama Kg Empuyak Hilir. Kamboh, memang kamboh! Kg Empuyak Hilir terasa di India buat sementara waktu apabila lagu Kuch Kuch Hota Hai dimainkan dan usik-mengusik oleh Ken (terlupa wataknya..he) terhadap Preesha. Memang menggamit kalbu. SMP 1111 TESL, PS, SNS , BM & P. AGAMA 'Senduk-senduk Fifily' oleh Gadafi amat menarik yang diselitkan scene kaum Cina. Walaupun dalam DSS sejuk namun panas terasa oleh lakonan mereka. Unsur suspen yang diterapkan berjaya membuat penonton ternanti-nanti akan kelangsungan jalan cerita drama yang dipentas. Unsur-unsur kecindan Abu anak ketua kampung yang dilakon oleh Solahuddin dan Tok Mudin oleh Hipni membuat penonton tidak kering gusi. Banner Iklan Unsur-unsur seram juga diselitkan dengan bacaan-bacaan mantera (bukan original mantera & mantera tidak penuh) dan kemunculan Ipok oleh Mohd Khalid Kamsaini membuatkan penonton dal...

Jom Semak Daftar Pemilih Secara Online

Imej
INFO PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA PENGGUNA, PIHAK SPR TELAH MENAMBAH SATU LAGI PAUTAN (LINK) BARU UNTUK MEMUDAHKAN TUJUAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.     SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ( LINK 1)     SEMAKAN DAFTAR PEMILIH (LINK 2)    SEMAKAN DAFTAR PEMILIH UNTUK SEISI RUMAH    ( Untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak) Sumber : SPRM

Kronologi terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah 2013

Imej
Terlebih dahulu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo Gambar kenangan Allahyarham Insp Zulkifli (kiri) dan Allahyarham Kpl Sabaruddin bersama keluarga masing-masing Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina – Bernama 9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu 11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian a...

Konsep-konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Sosial

Imej
Nota PSS3110 Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran  adalah konsep-konsep asas yang penting dalam bidang pendidikan dan mempunyai maksud dan melibatkan proses yang berlainan. Popham (2000) menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim.   Selepas anda membaca nota ini akan dapat menghuraikan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam Pengajian Sosial. Nota ini menerangkan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Nota ini juga akan menerangkan kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial. Seterusnya menyenaraikan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.   1.0    Pengujian Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid (Azizi, 2008). ...

Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus Mengenai Guru

Imej
Betapa besarnya tanggungjawab guru dan betapa besarnya kesan buruk jika guru gagal dalam mendidik anak muridnya. Lihat gambar di bawah : Sumber : AFFI CHANNEL FB PAGE GROUP

KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPGKTAR

Imej
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas! Mari bersama kita meriahkan Karnival Permainan Tradisional IPGKTAR 2013! Bersama mempertahankan warisan budaya kita!