PENDAPATAN NEGARA
1. | Definisi pendapatan negara: Pendapatan negara adalah alat pengukur bagi menilai pencapaian ekonomi sesebuah negara. Ia merupakan nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam satu tahun. | |
2. | Cara penghitungan pendapatan negara: Terdapat tiga cara yang boleh digunakan untuk menghitung pendapatan negara, iaitu: | |
| i. | Dengan menentukan aliran pendapatan yang diterima faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah. Cara ini dinamakan cara pendapatan. |
| ii. | Dengan menentukan aliran perbelanjaan ke atas barang akhir yang dihasilkan oleh firma. Perbelanjaan tersebut terdiri daripada perbelanjaan oleh isi rumah, perbelanjaan kerajaan, perbelanjaan oleh pelabur dan perbelanjaan oleh negara-negara lain. Cara ini dinamakan cara perbelanjaan. |
| iii. | Dengan menentukan nilai output bersih atau nilai tambah yang diwujudkan oleh berbagai kegiatan ekonomi. Nilai tambah ini dapat ditentukan dengan menghitung perbezaan di antara nilai jualan sesebuah firma dengan nilai input (kecuali faktor-faktor pengeluaran) yang dibeli oleh firma atau sektor tersebut dalam menjalankan kegiatan pengeluaran. Cara penghitungan ini dinamakan cara keluaran. |
i. | Cara Pendapatan: Untuk menghitung pendapatan negara cara ini, kita perlu menjumlahkan semua pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah. Pendapatan ini diterima kerana sumbangan faktor-faktor ini menghasilkan barang dan perkhidmatan di firma-firma. Selain itu, pendapatan dari usaha individu yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan juga di ambil kira. Penghitungan pendapatan negara cara pendapatan boleh dtunjukkan dalam jadual di bawah. |
Jadual 1
Penghitungan Pendapatan Negara Cara Pendapatan
ii. | Cara Perbelanjaan: Untuk menghitung pendapatan negara melalui cara ini, jumlah perbelanjaan masyarakat keatas barang akhir yang dikira tanpa mengambil kira perbelanjaan ke atas barang perantaraan. Ia bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya pengiraan dua kali ke atas perbelanjaan. Cara penghitungannya dapat ditunjukkan dalam jadual di bawah. |
Jadual 2
Penghitungan Pemdapatan Negara mengikut cara perbelanjaan.
iii. | Cara Keluaran: Penghitungan pendapatan negara dibuat dengan menjumlahkan nilai tambah yang wujud semasa barang diproses untuk dijadikan barang akhir dari setiap kegiatan ekonomi. Penghitungan ini dapat ditunjukkan melalui jadual di bawah. |
Jadual 3
Penghitungan KDNK mengikut cara keluaran
RM juta
1. | Pendapatan Negara, Pendapatan Persendirian Dan Pendapatan Bolehguna. Pendapatan negara atau Keluaran Negara Bersih mengikut harga faktor adalah pendapatan faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan atau Keluaran Negara Kasar. Contoh pendapatan tersebut adalah pendapatan yang diterima oleh buruh, pendapatan dari sewa, bunga ke atas barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran dan keuntungan yang diperolehi dari kegiatan pengeluaran. Tidak semua pendapatan di atas diterima oleh faktor pengeluaran. Selain dari itu tidak semua pendapatan yang diterima datangnya dari kegiatan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Oleh itu perlu dibezakan di antara Pendapatan Negara dengan pendapatan yang sebenar diterima oleh individu dalam ekonomi. Pendapatan ini dinamakan pendapatan persendirian. Pendapatan ini boleh didefinisikan sebagai semua jenis pendapatan yang diterima sebagai ganjaran kepada kegiatan yang produktif atau lain-lain jenis pendapatan yang sebenar diterima oleh individu dalam sesuatu ekonomi. Pendapatan persendirian yang diterima oleh individu perlu ditolak dengan cukai pendapatan persendirian supaya pendapatan tersebut dapat dibelanjakan. Pendapatan ini di namakan pendapatan bolehguna. Oleh itu pendapatan bolehguna adalah pendapatan yang boleh dibelanjakan dan ditabungkan. Contoh pengiraan Pendapatan Negara, pendapatan persendirian dan pendapatan bolehguna dapat ditunjukkan melalui jadual di bawah. |
Jadual 4
Ulasan
Catat Ulasan