PENGENALAN MAKROEKONOMI
DEFINISI MAKROEKONOMI
- Menjelaskan kegiatan ekonomi secara
menyeluruh (agregat) iaitu mengkaji kegiatan dan interaksi sektor isirumah, firma, kerajaan dan negara asing yang menentukan tingkat pencapaian ekonomi. - Kegunaannya: Untuk mengukur tingkat pencapaian ekonomi sesebuah negara, melalui beberapa petunjuk atau pembolehubah ekonomi iaitu pendapatan negara, guna tenaga, pengangguran, inflasi, imbangan pembayaran & pertumbuhan ekonomi
PEMBOLEH UBAH EKONOMI
Data statistik mengenai kegiatan ekonomi yang
digunakan sebagai alat pengukur untuk menilai
prestasi ekonomi sebuah negara:
Terdapat 5 pemboleh ubah yang utama:
1. Pendapatan Negara.
2. Guna Tenaga & Pengangguran
3. Inflasi
4. Imbangan Pembayaran
5. Pertumbuhan ekonomi
a. Pendapatan Negara / Keluaran Negara
- Jumlah
pendapatan faktor yg diterima oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun. Pendapatan ini meliputi sewa (tanah), faedah/bunga (modal), upah & gaji (buruh) & untung (pengusaha)
- Jumlah nilai barang-barang akhir & perkhidmatan yg dapat dihasilkan oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun.
b. Guna Tenaga & Pengangguran
GUNA TENAGA
- Jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja dan digunakan dalam sektor-sektor ekonomi untuk menghasilkan keluaran negara
- Jumlah tenaga buruh adalah jumlah penduduk dlm usia kerja (15 – 64 th) yg sedang bekerja & yang sedang aktif mencari pekerjaan (tidak termasuk pelajar, pesara, suri rumah tangga dan OKU).
PENGANGGURAN
- Jumlah tenaga buruh yang sanggup dan mampu bekerja, tetapi tidak mendapat pekerjaan pada tingkat upah tertentu.
- Kadar pengganguran merupakan satu ukuran perbandingan jumlah pengangguran dengan jumlah tenaga buruh.
- Diukur dengan formula berikut
RUMUS:
1. Jumlah Tenaga Buruh
= Jum Guna Tenaga + Jum Penganggur
2. Jumlah Guna Tenaga
= Jum Tenaga Buruh – Jumlah Penganggur
3. Jumlah Penganggur
= Jum Tenaga Buruh – Jum Guna Tenaga
RUMUS :
4. Kadar Guna Tenaga .
= Jum Guna Tenaga x 100%
Jum Tenaga Buruh
5. Kadar Pengangguran
= Jum Penganggur x 100%
Jum Tenaga Buruh
GUNA TENAGA PENUH (GTP)
- Secara teorinya semua tenaga buruh dalam sesebuah ekonomi telah digunakan sepenuhnya.
(Tiada pengangguran dalam ekonomi)
- Mengikut konsep ekonomi, GTP merupakan satu keadaan dimana kadar pengangguran berada kurang daripada 4%.
- Semakin tinggi kadar Guna Tenaga / semakin rendah kadar pengangguran. Maka semakin tinggi keluaran negara. Begitu juga sebaliknya.
c. INFLASI
Definisi
- Kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
- Tingkat Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara
Fenomena inflasi
- Terlalu banyak wang mengejar sedikit barang
RUMUS:
Kadar Inflasi
= IH1 – IH0 x 100%
IH0
di mana,
IH1 = IH tahun semasa
IH0 = IH tahun asas @ tahun sebelumnya
- Inflasi menyebabkan nilai wang semakin kecil, kuasa beli berkurang & kos hidup masyarakat meningkat seterusnya taraf hidup rakyat menurun.
d. Imbangan Pembayaran
- Merupakan satu penyata kewangan yang menunjukkan segala urusniaga antarabangsa di antara negara itu dengan negara-negara asing untuk tempoh setahun.
- Dapat menunjukkan aliran mata wang asing yang masuk ke dalam negara dan aliran wang ke luar negara
3 keadaan Imbangan Pembayaran:
1. Imbangan lebihan
- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara > jumlah nilai pembayaran negara tersebut.
2. Imbangan seimbang
- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara = jumlah nilai pembayaran negara tersebut.
3. Imbangan kurangan (defisit)
- jumlah nilai penerimaan sesebuah negara lebih kecil daripada jumlah nilai pembayaran negara tersebut.
e. Pertumbuhan Ekonomi
(a) Perubahan dalam pengeluaran barang & perkhidmatan pada tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya
(b) Peningkatan & perkembangan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan jumlah pengeluaran brg – brg yg sebenarnya
(c) Kadar Pertumbuhan Ekonomi
= KDNK benar 1 – KDNK benar 0 X 100%
KDNK benar 0
KDNK benar 1 = tahun semasa
KDNK benar 0 = tahun asas
Ulasan
Catat Ulasan