Bandar Iran, Pakistan, Mongolia paling tercemar

Bandar-bandar di Iran, India, Pakistan dan Mongolia menduduki 'carta' teratas sebagai antara bandar paling tercemar kualiti udaranya.

Menurut kajian global pertama yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bandar Ahvaz di barat daya Iran mencatat paras tertinggi partikel-partikel tercemar dikenali sebagai PM10s.
Industri berat dan penggunaan minyak kenderaan berkualiti rendah dilihat menjadi punca utama pencemaran udara di bandar berkenaan yang didiami 1.3 juta penduduk itu.
Kajian WHO itu adalah sebagai langkah 'amaran' badan dunia tersebut terhadap masyarakat antarabangsa tentang kepentingan mengurangkan pencemaran udara yang menjadi penyebab kepada anggaran 1.34 juta kelahiran pramatang setiap tahun.
WHO menambah kata, had tertinggi 20 mikrogram dalam PM10s mampu menyebabkan masalah terhadap sistem pernafasan manusia.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Ia kebanyakannya terdapat dalam sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan dari loji tenaga, paip ekzos kenderaan dan industri.
Kajian itu juga mendapati, ibu negara Mongolia, Ulan Bator mencatat purata ketumpatan tahunan PM10s sebanyak 279 mikrogram bagi setiap meter padu, diikuti sebuah lagi bandar di Iran iaitu Sanandaj dengan 254 mikrogram.
Bandar-bandar di Pakistan dan India seperti Quetta dan Kanpur termasuk ibu negara Botswana, Gaborone turut berada di tangga teratas dalam indeks pencemaran udara.
WHO menjelaskan bahawa bandar-bandar di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pula diletakkan sebagai antara yang memiliki kualiti udara bersih. - Agensi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH