Chelsea menang penalti vs Fulham

LONDON - Beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua, Chelsea bernasib baik apabila menyingkirkan Fulham menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat tanpa jaringan hingga ke masa tambahan dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge, semalam.


Skuad bimbingan Andres Villas-Boas dilihat berdepan masalah besar apabila pemain pertahanan, Alex dibuang padang dua minit sebelum rehat, kerana mengkasari pemain lawan.

Insiden itu menyebabkan pengadil memberi penalti kepada Fulham.

Namun, penalti Patjim Kasami sekadar terkena palang dan Chelsea berjaya bertahan sehingga 120 minit permainan untuk penentuan penalti.

Frank Lampard gagal menyempurnakan sepakan pertama namun itu tidak menjadi masalah apabila Moussa Dembele dan Bryan Ruiz menghampakan Fulham bagi memastikan Chelsea layak ke pusingan seterusnya.

"Semua orang saling berpandangan dan tertanya-tanya adakah sepakan terakhir yang dilakukan Ruiz masuk atau tidak. Penjaga garisan berada di situ dan keputusannya memihak kepada kita, " kata Villas-Boas.

Sementara itu di Manchester, pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya Owen Hargreaves mampu menjadi sandaran utama untuk pasukannya mendapatkan kejuaraan, selepas pulih daripada kecederaan.

Hargreaves diturunkan ketika City memperoleh kemenangan ke atas Birmingham 2-0 dengan menjaringkan gol pembukaan pasukannya.

Hargreaves tidak dapat diturunkan hampir tiga musim kerana kecederaan kaki yang berulang.

Bekas pemain England itu juga dilepaskan oleh Manchester United pada hujung musim lalu selepas kelab juara Liga Perdana tersebut menolak tawaran bermain secara percuma.

Akhirnya Mancini mengambil keputusan mendapatkan Hargreaves melalui perpindahan percuma sehari sebelum tarikh tutup perpindahan. - Agensi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH