Raya juga meriah dikalangan Iban muslim Simunjan

MERIAH...Sanak saudara Tr Sebli (berjalan) dari Kampung Kesindu ketika berkunjung ke rumah beliau pada hari pertama perayaan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Sibau Rimbau, Simunjan.
SIMUNJAN, Ahad (4 Sept) – Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011 berlangsung dengan penuh meriah di Kampung Sibau Rimbau, Simunjan yang dihuni oleh majoriti penduduk Iban beragama Islam bermula dari 30 Ogos hingga 3 September lepas.

Pemberita yang mengadakan kunjungan raya di kampung berkenaan mendapati bahawa sebilangan besar penduduk masih sibuk melayan kunjungan para saudara dan rakan-rakan mereka walaupun perayaan terbabit masuk pada sambutan hari kedua.

Ketua Kampung Sibau Rimbau, Sebli bin Hasan bersama isteri Mirca Banyeng ketika ditemui di rumahnya menjelaskan bahawa suasana sambutan perayaan Hari Raya tetap meriah di kalangan penduduk Iban beragama Islam di Kampung Sibau Rimbau pada setiap tahun.

“Suasana sambutan perayaan Hari Raya di sini tidak berbeza dengan suasana perayaan Hari Raya di perkampungan Melayu dalam negeri ini dengan adanya aktiviti bermain bunga api, gotong-royong membuat lemang dan sebagainya.

“Sebagai seorang penduduk Iban yang beragama Islam, saya dan ahli keluarga yang lain berasa amat bangga kerana dapat bersama penduduk Islam di negeri ini untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun,” katanya.

Zaidi Ibrahim, 38, pula merasa amat gembira kerana sempat memeriahkan suasana perayaan Hari Raya pada tahun ini bersama anak-anak dan isteri setelah sekian lama bekerja di perantauan orang.

Menurut beliau adalah tidak mudah bagi penduduk Iban yang bekerja di syarikat perkapalan luar negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut perayaan penting bersama keluarga.

“Saya berasa amat bersyukur kerana dapat pulang ke kampung (Sibau Rimbau) untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga setelah tiga bulan berada di perantauan untuk mencari rezeki.

“Menerusi perayaan Hari Raya Aidilfitri inilah saya berkesempatan untuk beramah mesra dengan anak-anak dan isteri disamping sahabat handai yang lain sebelum dipanggil semula untuk bekerja di luar negara,” katanya.

Tinjauan rambang juga mendapati bahawa terdapat beberapa buah perkampungan Iban di kawasan Batang Hulu Simunjan yang turut memeriahkan suasana sambutan perayaan raya ini termasuk Kampung Ruan dan Samalatong.
Tamat.


Sumber : Himpunan berita-berita dari Sri Aman

Ulasan

  1. Salam I'M SARAWAKIAN adakah anda yang menulis artikel ini?

    Apakah maksud anda 'written by I'm sarawakian' ? adakah ia melambangkan kita sebagai Orang Sarawak atau nama peribadi anda sendiri?

    Artikel ini ditulis oleh saya dan disimpan di dalam blog milik saya iaitu sriamannews.blogspot.com sesudah perayaan raya tahun lepas.

    Tidak salah mengambil artikel ini untuk siaran di blog anda tetapi jika boleh sertakan juga asal link berita ini.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wslm.. saya sebagai pentadbir blog ini minta maaf atas artikel yang saya ambil dari blog sriamannews.blogspot.com.

    Saya terlupa hendak letak link untuk artikel tersebut. Al-maklumlah saya tertarik dengan artikel anda.

    Ya, saya berasal dari Sarawak iaitu Simunjan.

    Di sini, saya minta izin artikel ini kekal dalam blog saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH