Contoh RPH Kajian Tempatan Tahun 5 untuk panduan praktikum




RANCANGAN PERSEDIAAN HARIAN (RPH)
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Butiran Am :
Tahun                : 5 Murni
Bilangan Murid : 30 orang
Umur                  : 11 tahun.
Tarikh                : 1 Oktober 2012
Masa                  : 9.00-9.30 (30 minit)
Topik                : 3. MENGENAL NEGARA KITA
Sub Topik         : 3.1 Lokasi Malaysia
a)    Kedudukan Malaysia di Asia dan dunia.
Perincian huraian : Kedudukan Malaysia di Benua Asia dan peta dunia.

Ringkasan isi pelajaran :
       i.          Kedudukan Malaysia di Benua Asia ialah di tenggara manakala di dunia pula ialah di bahagian timur.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :
       i.          Mengetahui kedudukan Malaysia di dunia berdasarkan arah mata angin. (*PENGETAHUAN)

      ii.          Mengenal pasti kedudukan Malaysia peta dunia dan peta Asia.(*KEMAHIRAN)

    iii.          Menamakan benua-benua yang terdapat di dunia.(*NILAI)

Pengetahuan Sedia Ada
1.     Murid telah mempelajari tajuk kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Penerapan Nilai Murni
1.     Keberanian tampil ke hadapan, patuh pada arahan guru, kerjasama dalam kumpulan , kejujuran dan tidak mudah berputus asa.
2.     Berbangga dan bersyukur dengan lokasi negara yang strategik.

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Bil.
Sumber
Kuantiti
1
Peta Kosong
3
2
Buku Peta Atlas
1
3
Papan tulis
1

Prosedur Pelaksanaan
Elemen Pengurusan, Pembelajaran Bestari dan Kemahiran Generik.
Catatan, Penerapan Nilai Murni, Nilai Alam Sekitar, Unsur Patriotisme dan Sumber P&P.
Set Induksi (5 minit)

1)    Guru menunjukan buku peta Atlas.
2)    Guru akan bertanya, apakah kegunaan buku peta Atlas.
3)    Guru bertanya tentang peta kepada murid.
4)    Guru mengaitkan buku peta Atlas dengan pembelajaran.



TKP : Kinestetik

KB   : Memerhati

KBF : Menghubungkait



Nilai Murni :

-Hormati guru.

Sumber P&P:
Peta Atlas
Langkah 1 (5 minit)

1)    Guru meminta murid meneliti peta dunia berdasarkan pada peta Atlas.
2)    Murid diminta menyatakan kedudukan Malaysia berdasarkan peta tersebut.

TKP : Interpersonal

KB : Menganalisis

KBF : Memerhati

Nilai murni :
-Patuh pada arahan guru


Sumber P&P

-Peta Atlas
Langkah 2 (5 minit)

1)    Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2)    Kumpulan 1 dan 2 (menamakan benua-benua yang terdapat di peta dunia pada peta kosong)
3)    Kumpulan 3 dan 4(menandakan lokasi Malaysia di peta benua Asia .
4)    Kumpulan 5 (menamakan negara-negara di Asia Tenggara pada peta kosong).

TKP : Interpersonal dan kinestetik

KBF : Menjana idea, mengumpul dan mengelas, dan mengenal pasti.



Nilai murni

-kerjasama dalam kumpulan.


Sumber P&P

-Peta kosong
       i.          Peta dunia
      ii.          Peta Asia
    iii.          Peta Asia Tenggara

Langkah 3 (7 mint)

1)    Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil tugasan kumpulan masing-masing.
2)    Murid yang lain menyemak jawapan rakan.
3)    Guru memberi penerangan dan jawapan yang betul pada soalan-soalan yang diberi.


TKP : Verbal linguistik dan interpersonal.

KBF : Mengenal pasti


KB : Soal jawab

Nilai murni :

-Kerjasama dan berani ke hadapan kelas.

Sumber P&P :
-Peta kosong
       i.          Peta dunia
      ii.          Peta Asia
    iii.          Peta Asia Tenggara

Langkah 3 (3 minit)
1)    Guru memberi penerangan tentang benua-benua di dunia dengan saiz keluasan yang berbeza.
2)    Guru bertanya kepada murid tentang saiz benua :
                 i.          Benua manakah yang paling besar keluasannya?
                ii.          Benua manakah yang paling kecil?
TKP : Verbal linguistik dan interpersonal.

KBF : Mengenal pasti


KB : Soal jawab
Nilai murni :
Menghormati guru

Sumber P&P :
Papan tulis

Penutup (5 minit)

1)    Guru meminta murid menamakan 7 benua yang terdapat di dunia dan letaknya negara Malaysia.
2)    Murid akan membuat rumusan pembelajaran dengan bantuan guru.

TKP : Interpersonal

Unsur Patriotisme:
-Berbangga dengan lokasi negara Malaysia yang strategik.



Refleksi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH