PANDUAN / NOTA PRAKTIKUM
PENGAJARAN
BERPASANGAN
1. Konsep
Satu
strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran
pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas
tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa praktikum.
2. Objektif
Melalui pengajaran berpasangan
pelajar dapat
2.1. mewujudkan
kerjasama di kalangan pelajar secara formal berasaskan ungkapan “two heads are
better than one”.
2.2. berfikir
dan berbincang mengenai teknik pengajaran pembelajaran, cara-cara meningkatkan
pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka.
2.3. berlatih dan mencuba
pelbagai kemahiran mengajar.
2.4. mengkaji kelemahan pengajaran
pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.
2.5. memerhati pengajaran orang lain dan
membina kemahiran memerhati serta menilai.
2.6. meningkatkan kreativiti.
3. Garis Panduan
3.1. Pengajaran berpasangan mengandungi
ciri-ciri berikut:
3.1.1. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:
a) Pengurusan bilik darjah dan merancang
persediaan mengajar.
b) Kemahiran mengajar.
c) Menganalisis dan mengkaji semula
kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang
berlainan.
3.1.2. Proses pembelajaran berlaku melalui:
a) perbincangan,
b) pemerhatian, dan
c) maklum balas.
3.1.3. Jenis-jenis interaksi:
a) “Tandem”: proses dalam aktiviti
pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar bersama-sama merancang dan
mengajar sesuatu pelajaran.
b) “Berpasukan” : proses interaksi dalam
aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar bersama-sama
merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan.
c) “Individu” : proses interaksi dalam
aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar berbincang bersama
tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.
3.2. Pengajaran berpasangan hendaklah
dijalankan pada minggu kedua hingga keempat Praktikum Fasa I (bagi pelajar
KDPM)/Praktikum (bagi pelajar KPLI, KPLI SR, dan KPLD).
3.3. Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah
tertakluk kepada pertimbangan pihak Jawatankuasa Praktikum, seperti menyedia
senarai semak bagi panduan membuat
pemerhatian dan perbincangan.
3.4. Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak
diberi gred.
4. Perkara-perkara Yang
Diberi Perhatian Dalam Pengajaran
Berpasangan
4.1. Pensyarah perlu menyedarkan pelajar
bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara profesional.
4.2. Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan
kelas di mana pengajaran berpasangan akan dijalankan.
4.3. Guru pembimbing/pensyarah pembimbing
memastikan pengajaran berpasangan
dijalankan.
4.4. Pelajar diberi latihan
semasa pengajaran mikro/makro.
REFLEKSI
DEFINISI
Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau
merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah
dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian
(Woolfolk, 1995)
KONSEP
Refleksi ialah Satu proses
mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta
menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan
cara
memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan
kegunaan di masa hadapan
RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI
1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam
situasi tertentu
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih
objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara)
3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunianya
dan
dunia orang lain
4. Pelatih menjadi lebih senang menerima dan kurang menghakim
5. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran
masa hadapan
PRA SYARAT UNTUK
MEMBUAT REFLEKSI
- Keterbukaan
- melihat masalah dari semua aspek
- mengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat keputusan pengajaran
- Bertangggungjawab
- bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala kegagalan
- Kerelaan
- komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran
- rajin mengajar semua murid
- dapat memenuhi keperluan profesion
KEPENTINGAN REFLEKSI
- Membuat penilaian kendiri
- Berfikir secara analitik, kritis & kreatif
- Menganalisis aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah
- Mencari alternatif dalam membuat keputusan
- Mencari jalan penyelesaian
- Mengubah tingkah laku
JENIS-JENIS REFLEKSI (SCHON, 1987)
1. Refleksi
ke atas tindakan
Refleksi terhadap
praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu sesi praktis
2. Refleksi
semasa tindakan
Refleksi terhadap
fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis
3. Refleksi
untuk tindakan
Hasil yang diperlukan
daripada kedua-dua jenis refleksi
Bertujuan memandu
seseorang ke arah tindakan masa depan
CIRI-CIRI GURU REFLEKTIF
1. Sentiasa
mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalamannya yang
telah dilalui
2. Sentiasa
berfikir tentang tujuan, isi, kandungan dan tindakan dalam konteks pengajaran
3. Sentiasa melihat sesuatu
isu, situasi atau masalah dari pelbagai
perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan
lebih sistematik
4. Berusaha
memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan
melaksanakan pengajaran
5. Boleh
menghubung kait apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan
harian
6. Sentiasa
mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam konteks
peribadi, profesion, masyarakat dan negara
SOALAN YANG BOLEH
DIKEMUKAKAN UNTUK REFLEKSI
n Apakah yang telah saya lakukan ?
n Apakah akibat / hasil tindakan saya ?
n Mengapa
terjadi demikian ?
n Apakah
perasaan saya ?
n Apakah
yang telah saya pelajari ?
n Apakah
tindakan saya selepas ini?
CADANGAN KOMPONEN REFLEKSI
n Perasaan/Bisikan
Hati
- bagaimana perasaan, apa yang dirasa
n Analisis/Penilaian
- menilai secara objektif
n Kesedaran
Baru/Harapan
- kesimpulan dari peristiwa yang berlaku
n Cadangan/Tindakan
- langkah akan diambil
CONTOH REFLEKSI 1
Saya telah melaksanakan
aktiviti kumpulan. Ini merupakan kali
pertama saya melakukan
kaedah ini. (PERISTIWA)
Saya gembira dan berpuas
hati kerana aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan
diri secara aktif.
Arahan dipatuhi dan terdapat pelajar
menyumbang idea dan
pendapat yang bernas. (PERASAAN)
Saya memulakan
pengajaran dengan membahagi kelas kepada
beberapa kumpulan
mengikut kebolehan. Saya memberi tajuk
yang sesuai untuk
dibincangkan. Saya menjelaskan langkah-
langkah dan peraturan
yang perlu dipatuhi. Saya rasa saya telah
bertindak sebagai
fasilitator yang berkesan.
(MENILAI/MENGANALISIS)
Saya menyedari kini
semua pelajar mempunyai potensi dan guru
harus menggilap potensi
mereka. (HARAPAN/KESEDARAN
BARU)
Untuk pengajaran di masa
hadapan, saya bercadang
melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu
merangsang pemikiran
pelajar seperti forum, projek, perbahasan.
(CADANGAN/TINDAKAN)
CONTOH REFLEKSI 2
Saya amat kecewa kerana
gagal memberi penerangan dengan
Berkesan disebabkan
murid di belakang kelas yang agak bising.
(PERASAAN)
Walaupun saya
menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik
perhatian murid. Mungkin
BBM tersebut tidak menarik. Atau
mungkin ia kurang jelas
(disebabkan penggunaan warna yang
kurang sesuai) bagi
murid di belakang kelas. Untuk mengawal
kelas saya telah
mengetepikan BBM dan menyuruh murid
menyalin nota di papan
kapur ke dalam buku catatan mereka.
(ANALISIS DAN KESEDARAN)
Pada masa akan datang
saya akan membina BBM yang bukan
sahaja cantik bahkan
menitikberatkan aspek warna yang
digunakan agar dapat
menarik perhatian murid. Saya juga akan
meminta pandangan dan
nasihat rakan dan guru pembimbing.
(CADANGAN/TINDAKAN)
PENULISAN JURNAL
1. KONSEP
Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa,
masalah, pencapaian atau bidang yang
perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan
menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.
2. OBJEKTIF
Pelajar dapat:
2.1. menyimpan
catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan.
2.2. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah
dijalankannya.
2.3. menjadikannya asas/panduan tindakan
susulan.
2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang
tugas
guru.
2.5. menjadikannya
sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah pembimbing/guru pembimbing.
2.6. meningkatkan kemahiran profesionalismenya.
3. GARIS PANDUAN
3.1. Pelajar dikehendaki menulis
dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum (sekurang-kurangnya seminggu sekali)
3.2. Catatan
hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan
bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan
utk tindakan pembetulan/ penambahbaikan.
3.3. Satu
jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah
yang telah dicatatkan.
3.4. Pelajar
dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah
dicatatkan.
3.5. Gunakan
jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.
3.6. Pelajar
diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum
untuk disemak.
4. PERKARA-PERKARA
YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN JURNAL
4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan
dan kritikal sahaja dicatatkan.
4.2.
Kandungan jurnal mesti
dibincang bersama antara pelajar, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.
RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL
1. Dapat
mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam
situasi tertentu
2. Membezakan antara
perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu
perkara)
3. Pelatih menjadi lebih
peka dan prihatin terhadap dunia pendidikan dan bidang tugas guru
4. Menyimpan
catatan penglibatan di sekolah semasa praktikum
5. Menjadi bahan
perbincangan dengan guru/pensyarah pembimbing
6. Pelatih dapat menyediakan
diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan
PELAKSANAAN REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL
n Guru
Pelatih dikehendaki menulis refleksi pada RPH selepas setiap pengajaran .
n Penulisan
Jurnal dibuat sekurangnya sekali seminggu yang mengandungi perkara/masalah/isu
yang lebih spesifik
DIMENSI PENULISAN JURNAL
a) Diri guru
pelatih sendiri - kemahiran mengajar
- hubungan interpersonal
- penampilan diri,
sikap, disiplin
b) Murid/pelajar - pembelajaran dalam bilik
darjah
- penglibatan, tugasan, peperiksaan
- penampilan diri,
sikap, disiplin
c) Rakan
sejawat dan persekitaran -
suasana menjalani praktikum
- interaksi
dengan guru lain
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENGAJAR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN
UNTUK REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL
n Permulaan / set induksi
n Mempelbagaikan rangsangan
n Memberi
pengukuhan
n Menyoal
n Memberi
penerangan
n Menggunakan contoh / ilustrasi
n
Menerapkan nilai dan kemahiran
berfikir
n Menggunakan Sumber P & P
n Bercerita
n Menggunakan papan kapur
n Menguruskan bilik darjah
n Penggabungjalinan & Penyerapan
n Suara,
intonasi,arahan
n Penutup
FORMAT JURNAL (1)
1. Catatan peristiwa/kejadian/masalah dan lain-lain
2.
Perasaan/pandangan terhadap catatan
3. Analisis terhadap sebab perkara itu berlaku
4.
Apakah cadangan tindakan untuk mengatasinya
5.
Tempoh masa untuk penyelesaian
6.
Cara menilai kejayaan
7.
Tindakan susulan
CONTOH JURNAL
1.
Masalah, Pandangan/perasaan : Saya selalu
menghadapi masalah dalam memberi arahan yang tepat.Setiap kali saya beri
arahan, ada sahaja sebilangan murid yang keliru dan saya terpaksa mengulangi
arahan saya. Saya rasa kecewa.
2. Analisis : Situasi ini timbul mungkin kerana (a) bahasa saya, (b) arahan
panjang
3.
Cadangan untuk memperbaikinya :
a.
baca buku tentant cara
beri arahan
b.
latih beri arahan yang
ringkas dan tepat
c.
sedia semua arahan yang akan diberi dalam RPH
d.
pastikan semua murid
beri perhatian sebelum saya beri
arahan
e.
minta pandangan rakan pelatih, guru pembimbing
dan
pensyarah pembimbing
4.
Tempoh masa penyelesaian : akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh
dua minggu
5.
Cara menilai kejayaan : saya akan memohon
kerjasama pasangan saya, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk menilai
kejayaan saya dalam aspek ini
6.
Tindakan Susulan : setiap kali saya mengajar,
saya akan menyediakan arahan saya dan berlatih sebelum saya memasuki kelas.
Saya akan beri perhatian kepada aspek ini sehingga menjadi satu kebiasaan
CONTOH
FORMAT / LANGKAH MENULIS REFLEKSI KRITIKAL
Murid-murid
di sekolah ini dan di bilik darjah saya suka buang masa, termenung atau yang
baik akan tidur. Saya selalu berfikir bagaimana saya dapat menolong murid
membuat jadual belajar sendiri, juga bagaimana saya dapat memasukkan rasa takut
jika kita buang masa, kerana masa terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja.
Untuk
menjadi contoh yang tidak buang masa susah juga. Curu harus buat apa yang
dikatakan dan untuk membuat perkara yang baik, bukan hanya di hadapan pelajar,
tetapi pada setiap masa. Saya belum di tahap itu! Seperti
sentiasa membaca, menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar. Ini
memanglah satu perkara yang agak sukar untuk saya buat sendiri.
Saya juga
seperti pelajar, saya perlu ditegur dan dinasihati oleh Guru Besar atau Guru
Panitia saya. Saya rasa semua orang begitu. Kita ini sama, manusia yang
lemah dan lalai !
Saya banyak menempuh kegaglan kerana saya kurang percaya kepada orang lain.
Oleh itu, saya kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya
sedar bahawa rakan sejawat adalah sumber yang belum saya manfaatkan. Saya tahu
Saaban akan tolong saya reka satu jadual untuk murid-murid di kelas saya. Saya
sedar bahawa murid tidak boleh berfikir seperti guru. Otak mereka belum matang.
Saya rasa kalau saya minta mereka sendiri reka jadual tentu mereka tak buat !
Saya dan Saaban akan reka satu jadual belajar sendiri untuk kedua-kedua
kelas. Saya bercadang akan berbincang mengeai strategi mengajar yang baik dalam
perkaedahan mata pelajaran Matematik dengan Saaban pada minggu hadapan kerana
saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya dalam mata pelajaran Matematik.
Saya akan bersama Saaban merancang topik Logarizam dan beliau akan bersama
saya untuk menilai pengajaran saya. Selepas itu saya akan berbincang dengannya
untuk mencari tempat sesuai untuk menampal jadual belajar sendiri untuk dilihat
oleh pelajar.
PORTFOLIO
KONSEP
n Portfolio
atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran
tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau
rekod perkhidmatan. (Teacher Education Division, Ministry of Education
Malaysia, March 1997 ‘PETEP’; Profiling Portfolios For The Teaching Practicum,
Kuala Lumpur.)
KEPENTINGAN PORTFOLIO
n Portfolio
merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah
usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk
penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan,
kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.
(Arter & Paulson, 1990)
n Portfolio
diperlukan kerana ia dapat memberi gambaran menyeluruh tentang seorang
profesional. Ia merupakan koleksi, “snopshots” tentang pencapaian Guru Dalam
Latihan (GDL) pada suatu masa, termasuk kekuatannya, bidang yang perlu
diusahakannya, harapan dan aspirasinya
CIRI-CIRI PORTFOLIO
- Portfolio mesti menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelatih: iaitu rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan
- Portfolio mempunyai matlamat berbeza dari semasa ke semasa. Oleh itu ia haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa
- Sesuatu portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu
masa, dengan syarat ia tidak bercanggah. Misalnya bahan
yang terdapat di dalamnya menggambarkan minat, objektif pelajar. Dalam masa
yang sama, ia juga menggambarkan kehendak guru dan ibubapa
- Portfolio seharusnya mengandungi maklumat yang menggambarkan kemajuan (growth)
5. Kaedah dan teknik menghasilkan portfolio
memerlukan sokongan, model dan refleksi
JENIS-JENIS PORTFOLIO
I. Portfolio Kerja
n
Koleksi hasil kerja harian pelajar
n
Mengandungi catatan, lakaran, deraf, awal,
hasil akhir
n
Milik pelajar
n
Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar
n Menggalakkan perkembangan diri melalui proses
refleksi
n
Memberi peluang guru melihat dan membuat refleksi tentang keberkesanan
pengajaranya
n
Penilaian berfokuskan penilaian formatif dan
bersifat diagnostik
II. Portfolio Dokumentari
n Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian
n Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang
dilalui untuk menghasilkannya
n
Bahan dalam portfolio menggambarkan
pencapaian pelajar sehubungan hasil pembelajaran mata pelajaran
n Kandungan portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan pelajar
n Penilaian portfolio adalah secara formatif dan sumatif
III. Portfolio Hasil
n
Koleksi bahan yang dipilih khas untuk
menggambarkan hasil terbaik seseorang pelajar
n
Hanya mengandungi hasil akhir sahaja
n
Menggambarkan pencapaian objektif
pembelajaran dalam satu-satu bidang pembelajaran
n
Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar
n Penilaian sumatif untuk menentukan pensijilan, gred, penempatan di IPT dll.
PEMILIHAN BAHAN
Pemilihan bahan
boleh dilakukan mengikut:
n
Kronologi masa
n
Kategori-kategori tertentu
n
Susunan aktiviti – mudah ke sukar
n
Kepentingan bahan – kurang penting ke yang
lebih penting
n
Cara lain yang difikirkan sesuai
FORMAT PORTFOLIO PRAKTIKUM
•
Daftar kandungan
•
Biodata / Gambar
•
Surat
Pengenalan Diri
•
Maklumat / Nota / Panduan Praktikum
•
Maklumat sekolah; Visi
dan Misi sekolah, Carta organisasi, dll.
•
Edaran pihak sekolah :
Takwim sekolah, Pengumuman dan Makluman
•
Refleksi dan Penulisan Jurnal
•
Laporan Aktiviti Kokurikulum
•
Rekod Kelas Ganti
•
Rekod / Borang / Senarai
Semak Pengajaran Berpasangan
•
Rekod Penyeliaan -
Borang Pemantauan Kekerapan Penyeliaan
•
Borang Bimbingan / Penilaian
•
Borang Kehadiran
•
Senarai Nama Murid / Pelajar
•
Soalan-soalan Latihan atau Ujian
•
Rancangan Pengajaran Tahunan
•
Huraian Sukatan
Pelajaran
•
Sukatan Pelajaran
•
Sijil / Anugerah /
Penghargaan / Surat Akuan
•
Dokumen / Bahan Lain Yang Berkaitan
•
Catatan Refleksi
TANGGUNGJAWAB
PENSYARAH / GURU PEMBIMBING
- Meminta dan mengkaji portfolio guru pelatih, pada awal atau akhir minggu apabila perlu
- Menyediakan pengalaman sekolah yang sewajarnya kepada guru pelatih
- Membimbing dan memastikan portfolio dilengkapkan oleh guru pelatih pada setiap minggu
- Membantu guru pelatih menyediakan pernyataan profesional
- Membimbing guru pelatih memahami keperluan dalam
melengkapkan folio
6. Membimbing guru pelatih memahami masalah
mereka
7. Membimbing guru pelatih membuat keputusan
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
1.
Sukan dan
Permainan
(i)
Melibatkan diri dalam
pengajaran dan persiapan pasukan
(ii)
Membantu Guru Penasihat
melatih kumpulan/pasukan dalam pertandingan
(iii)
Membantu Guru Penasihat
dalam satu pertandingan yang dirancang seperti pertandingan antara kelas,
sekolah atau karnival
(iv)
Pelajar dikehendaki
membuat laporan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio
sepanjang praktikum.
2.
Unit
Beruniform
(i)
Melibatkan diri dalam satu Unit Beruniform
yang diikuti oleh pelajar semasa di maktab.
(ii)
Membantu Guru Penasihat dalam latihan atau
perjumpaan kokurikulum unit beruniform di sekolah
(iii)
Membantu Guru Penasihat
merancang dalam menjayakan perkhemahan/kursus/latihan/lawatan/projek.
(iv)
Membantu penubuhan atau
kegiatan yang akan dibuat oleh pihak sekolah (jika perlu).
(v)
Menyelesaikan kerja atau
tugasan mengikut kurikulum unit beruniform yang diikuti di maktab (jika belum
selesai)
(vi)
Pelajar dikehendaki
membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang
praktikum
3.
Aktiviti-aktiviti
Tambahan
Sekiranya
pelajar disahkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum
di peringkat sekolah/daerah/negeri dalam bidang sukan/permainan/unit beruniform
seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian pada Tahap 4.
(i)
Merentasi desa
(ii)
Jogathon
(iii)
Hari Terbuka/Hari Ibu bapa
(iv)
Pasar Ria
(v)
Sukaneka dan sebagainya.
PENCERAPAN
KLINIKAL
1.
Konsep
Pencerapan
klinkal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri-ciri seperti
pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian,
penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu
pengajaran.
Ia satu pendekatan bimbingan yang melibatkan usaha
bersama pembimbing dan guru secara demokratik untuk menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran
di dalam dan di luar bilik darjah supaya guru lebih mahir, cekap dan peka
terhadap tugas mereka
2.
Objektif
Pensyara penyelia, guru pembimbing dan peserta kursus
bersama-sama berusaha:
(i)
memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran
(ii)
memperkembangkan potensi dan kemahiran
3.
Lingkaran
Pencerapan Klinikal
4.
Langkah-Langkah
Dalam Pencerapan Klinikal
A.
Sidang Prapemerhatian
Peringkat
ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka mental) dan
langkah-langkah
(prosedur)
bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku. Penyelia perlu berusaha
menjalinkan perhubungan dan menyakinkan guru pelatih bahawa tujuannya adalah untuk
membantu beliau dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga digunakan
untuk menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama.
B.
Pemerhatian
Dalam
peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh guru pelatih
dan membuat catatan (data) Penyelia juga menyediakan huraian data bagi
membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu
pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.
C.
Analisis
Langkah
ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembiming dan peserta kursus dengan
tujuan:
(i)
menjelaskan apa yang telah dicatat semasa
pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui.
(ii)
Merancang strategi
pencerapan yang akan dikendalikan.
Penyelia
mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian,
soalan dan kesimpulan
D.
Sidang Pasca Pemerhatian
Dalam
sidang ini pensyarah penyelia/guru pembimbing berbincang dengan guru pelatih
tentang pengajaran dengan
-
merujuk kepada perkara-perkara
(episod-episod) tertentu dalam pelajaran
-
mencari penerangan atau penjelasan
-
mengenal pasti alternatif
E.
Analisis Sidang Pasca Pemerhatian
Langkah
ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembimbing menganalisis sidang pasca
pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan membuat penilaian
kendiri.
PENSYARAH / GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR
1.
Pendahuluan
Pementoran adalah satu program sokongan
untuk peningkatan profesional para pensyarah / guru. Dengan pendedahan melalui
program ini membolehkan pensyarah / guru mengukur kemampuan refleksi secara
praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian
kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing.
Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses pencerapan klinikal
dan penilaian kendiri di kalangan pensyarah / guru pembimbing dan guru pelatih.
Oleh itu, pensyarah / guru pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu
membimbing guru-guru pelatih menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing
secara bersama.
2.
Objektif
2.1
Membentuk
asas pementoran untuk memberi sokongan semasa praktikum.
2.2
Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara
sekolah dan maktab.
3.
Tanggungjawab Mentor
3.1
Rancangan
Pembinaan Individu (individual Development Plan)
Kaunseling dan bimbingan yang spesifik
diperlukan daripada guru pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan
mengukuhkan kecekapan guru pelatih.
3.2
Mentoring
dan Maklum Balas
Pensyarah / guru pembimbing mesti
berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi guru pelatih
(mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan
bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian
klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira
dalam setiap perbincangan.
3.3
Penasihat
Strategi Kerjaya
Pensyarah / guru pembimbing memberi
bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam
organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk
meningkatkan potensi dan prestasi seseorang guru pelatih. Pensyarah / guru
pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran
sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu guru-guru pelatih
belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam bilik darjah.
3.4
Pembimbing
dalam Bilik Darjah
Mentor ini akan dilihat sebagai seorang
pembimbing, model, pemberi penjelasan dan memberi “resipi” untuk membantu para
pelatih. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik
guru pelatih akan belajar mengambil alih tugas dan tanggungjawab guru bilik
darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan guru-guru pelatih ke arah suatu
kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan
yang pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Dengan cara ini mereka akan
dihala ke arah perubahan, pertumbuhan dan perkembangan sebagai seorang guru.
3.5
Sponsoring
dan Pengantaraan
Pensyarah / guru pembimbing merupakan
penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasan membina secara berterusan dan
mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong
memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua-dua pihak. Guru pelatih perlu
mencari bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan
cadangan pensayrah / guru pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi
masalah dan maklumat secara profesional.
4.
Prinsip Bimbingan
4.1
Mendengar
lebih daripada bercakap.
4.2
Mencelah
hanya apabila perlu.
4.3
Kolaboratif
(membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah)
4.4
Komitmen
kepada perkembangan berterusan.
4.5
Belajar
mengajar menerusi inkuri penemuan dan refleksi.
4.6
Menggunakan
pengalaman mengajar guru pelatih.
4.7
Bersifat
menyokong dan bukan menyerah.
4.8
Kesedaran
dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan, dll)
Ulasan
Catat Ulasan