Modul Kemahiran Cara Hidup Sihat : Aktiviti Fizikal
Jika paparan tidak jelas..sila klik link ini. KLIK. Ataupun hubungi kami . KLIK.
1.
PENGENALAN
Kehidupan moden sekarang ini dan kemudahan yang ada menjadikan kita tidak
aktif – seperti amalan menonton tv, video dan bermain permainan komputer terlalu
lama. Kehidupan yang tidak aktif boleh menyumbang kepada terjadinya
kegemukan dan risiko mendapat penyakit.
Kita perlu hidup cergas dan aktif untuk sihat. Kehidupan yang aktif dari segi fizikal
adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Setiap pelajar boleh
menjadi sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti fizikal/senaman yang sesuai
dan secukupnya berasaskan prinsip-prinsip latihan. Bersenam dan bersukan adalah
salah satu aktiviti fizikal yang menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Ianya
boleh membawa faedah sekiranya dilakukan dengan betul. Mereka ini lebih
bertenaga dalam melakukan kerja-kerja di sekolah dan di rumah.
Pelajar yang cergas dan aktif ialah mereka yang mengambil bahagian dalam
aktiviti sukan, permainan dan riadah. Amalan hidup aktif dan bersenam perlu
dipupuk di peringkat awal kanak-kanak agar ia akan menjadi satu budaya hidup
dan dilaksanakan secara berterusan setiap hari sepanjang hayat. Sebagai golongan
pelapis generasi akan datang, mereka perlu hidup cergas dan sihat agar mereka
dapat memberikan sumbangan secara optima kepada kemajuan negara sejajar
dengan konsep ‘Rakyat Sihat, Negara Maju’.
2.
KANDUNGAN MODUL
Unit 1 :
Badan Cergas Otak Cerdas
Unit 2 :
Aktiviti Kecergasan Menyeronokkan
Unit 3 :
Mari Bersenam Dengan Betul
1.1
Objektif Pembelajaran
Di akhir unit ini
i.
Kumpulan sasar / pelajar dapat menilai tahap amalan kecergasan diri.
ii.
Kumpulan sasar / pelajar dapat menyebut faedah-faedah mengamalkan cara
hidup aktif dan cergas.
1.2
Isi Kandungan
a. Tahap amalan kecergasan diri
b. Faedah-faedah mengamalkan cara hidup aktif dan cergas
1.3
Masa
: 30 minit
1.4
Aktiviti
1. Edarkan BLK 1.1 (Kertas Nilai Amalan Kecergasan) kepada semua kumpulan
sasar / pelajar.
2. Minta kumpulan sasar / pelajar tandakan (Å¡) bagi gambar yang menunjukkan
amalan harian mereka.
3. Minta kumpulan sasar / pelajar jumlahkan bilangan tanda (Å¡) bagi kolum ‘A’
dan kolum ‘B’.
4. Berikan tahap amalan kecergasan kepada kumpulan sasar / pelajar mengikut
skor yang diperolehi seperti berikut:
Markah Kolum A
Markah Kolum B
Tahap Amalan
3
0
Cemerlang
2
1
Baik
1
2
Memuaskan
0
3
Tidak Memuaskan
Catatan:
Skor yang diperolehi menggambarkan amalan kecergasan dan bukan
tahap kecergasan yang sebenar.
UNIT
1
Badan
Cergas
Otak
Cerdas
5. Minta kumpulan sasar / pelajar tulis tahap pencapaian amalan kecergasan di
dalam kertas penilaian masing-masing.
6. Beri pujian kepada mereka yang mendapat pencapaian tahap cemerlang
dan baik.
7. Motivasikan kumpulan sasar / pelajar untuk mengamalkan semua amalan di
kolum ‘A’.
8. Minta kumpulan sasar / pelajar berikan faedah mengamalkan cara hidup cergas
dan aktif. Beri pujian kepada mereka yang dapat memberi jawapan.
9. Tulis jawapan di atas papan hijau.
10. Nyata dan tulis faedah yang tidak disebutkan.
1.5
Alat Bantu Mengajar
• BT 1.1
- Transparensi Pengenalan Hidup Cergas
• BT 1.2
- Transparensi Faedah Mengamalkan Cara Hidup Aktif
• BLK 1.1
- Lembaran Kerja Kertas Nilai Amalan Kecergasan
( berikan contoh orang yang aktif bersukan dan berjaya dalam
kerjaya / pelajaran )
Contoh :
Nicole David
adalah juara remaja dunia
sukan ‘squash’ yang mendapat pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia
Pengenalan
Hidup Cergas dan Aktif
Badan Sihat
Otak Cerdas
4
Hidup cergas
dan
aktif
adalah
penting
untuk
kesihatan tubuh badan
FAEDAH MENGAMALKAN CARA
HIDUP SIHAT
• Otak cerdas
• Badan sihat
• Meningkatkan stamina (meningkatkan daya tahan
jantung, paru-paru dan peredaran darah)
• Mengurang/mencegah penyakit seperti tekanan darah
tinggi, serangan jantung, angin ahmar, sakit sendi,
kanser usus dan diabetes.
• Mencegah kegemukan
• Membantu mengawal berat badan
• Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot.
• Menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal (segak).
• Meningkatkan prestasi dalam sukan.
• Berupaya bertindak semasa kecemasan
(contoh dikejar anjing)
5
BT 1.2
6
Kertas Nilai Amalan Kecergasan
Adakah saya seorang yang mengamalkan
cara hidup cergas
Panduan
i. Sila tandakan (
Å¡
) bagi gambar yang menunjukkan amalan harian
anda di dalam petak yang disediakan
ii. Hanya satu pilihan bagi setiap bilangan
Saya selalu membantu keluarga
melakukan kerja di rumah
Saya jarang membantu keluarga
melakukan kerja di rumah
Saya lebih suka menonton
televisyen daripada bermain /
bersukan
Kolum A
Kolum B
Jumlah (Å¡)
Jumlah (Å¡)
Tahap Amalan Kecergasan
BLK 1.1
Saya jarang bermain dengan
kawan-kawan atau dengan
keluarga
Tiap-tiap hari saya bermain /
bersukan dengan kawan-kawan
atau dengan keluarga
Saya lebih suka bermain atau
bersukan daripada menonton
televisyen atau bermain komputer
UNIT
2
Mari
Bersenam
Dengan
Betul
2.1
Objektif Pembelajaran
Di akhir unit kumpulan sasar / pelajar akan mengetahui, memahami dan
mempraktikkan cara bersenam dengan betul.
2.2
Isi Kandungan
a. Prinsip senaman
b. Konsep FITT
c. Panduan Senaman
2.3
Masa
: 30 minit
2.4
Aktiviti
Aktiviti 1
: MEMANASKAN BADAN
a. Kumpulan sasar / pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (10 orang
satu kumpulan)
b. Minta mereka buat satu bulatan dan lari setempat/lari kapal terbang/lari ulang
alik/ lari rama-rama dan pelbagai pergerakan regangan selama 3 – 5 minit.
c. Buat aktiviti regangan mengikut panduan (cara-cara regangan) untuk selama
5 minit. (BT 2.1)
Aktiviti 2
: AKTIVITI SENAMAN
a. Kumpulan sasar / pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (10 orang
satu kumpulan)
b. Setiap orang diberi satu belon yang belum ditiup.
c. Arahkan mereka meniup belon masing-masing sehingga sebesar bola sepak
dan ikat.
d. Kepit belon dengan menggunakan kedua belah lulut dan berjalan ke hadapan
selama 1 minit
e. Arahkan pelajar menghadap rakan masing-masing dengan jarak 2 meter.
f.
Minta mereka membalingkan belon dengan kedua belah tangan kepada rakan
masing-masing sebanyak 5 kali secara bergilir-gilir (3 minit).
g. Melambung belon ke atas sambil bergerak ke arah dalam bulatan dan keluar
balik tanpa berpusing ke belakang bersama belon. Ulang 2 hingga 3 kali.
h. Berlari mengelilingi padang atau kelas sambil melontar belon ke atas selama
2 minit.
i.
Timang belon dengan menggunakan kaki selama 2 minit.
j.
Dapatkan pasangan. Ikat belon ke arah luar kaki dan cuba pecahkan belon
pasangan masing-masing
Jenis Aktiviti Senaman Lain Yang Dicadangkan
a. Lari zig-zag
b. Lari ambil bola
c. Lari berganti-ganti
d. Gelung rotan
e. Skipping
f.
Merangkak dalam gelung rotan
Aktiviti 3
: MENYEJUKKAN BADAN
a. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan (10 orang satu kumpulan)
b. Arahkan pelajar berdiri dalam bulatan
c. Fasilitator berdiri di tengah bulatan
d. Buat aktiviti regangan untuk menyejukkan badan mengikut panduan cara
menyejukkan badan.(BT 2.1)
2.5
Alat Bantu Mengajar
• BT 2.1 - Transparensi Panduan Melakukan Regangan
• BT 2.2 - Transparensi Aktiviti Fizikal Adalah Menyeronokkan
• Risalah
• Belon, wisel, tali skip dan gelung rotan
• Jam randik
2.6
Lokasi
Di padang/di dalam dewan/kelas kosong
Panduan Melakukan Regangan
Sebelum menjalankan aktiviti fizikal seperti barjalan atau berjoging,
kita perlu melakukan pergerakan memanaskan badan. Anda boleh
melakukan regangan untuk selama 5 minit (ikut gambar rajah).
Selepas berjalan atau berjoging, anda perlu ulangi regangan.
Lakukan regangan untuk elakkan kecederaan atau rasa sakit.
Regangan Memanaskan Badan
Lakukan regangan bermula dari bahagian kepala hingga ke kaki.
Regangan Menyejukkan Badan
Lakukan regangan bermula dari bahagian kaki hingga ke kepala
BT 2.1
9
hidup aktif dan cergas.
b. Faedah-faedah mengamalkan cara hidup aktif dan cergas
tahap kecergasan yang sebenar.
kerjaya / pelajaran )
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia
HIDUP SIHAT
kanser usus dan diabetes.
melakukan kerja di rumah
melakukan kerja di rumah
televisyen daripada bermain /
bersukan
kawan-kawan atau dengan
keluarga
bersukan dengan kawan-kawan
atau dengan keluarga
bersukan daripada menonton
televisyen atau bermain komputer
mempraktikkan cara bersenam dengan betul.
b. Konsep FITT
c. Panduan Senaman
masing-masing sebanyak 5 kali secara bergilir-gilir (3 minit).
pasangan masing-masing
b. Lari ambil bola
c. Lari berganti-ganti
d. Gelung rotan
e. Skipping
f.
b. Arahkan pelajar berdiri dalam bulatan
c. Fasilitator berdiri di tengah bulatan
d. Buat aktiviti regangan untuk menyejukkan badan mengikut panduan cara
• BT 2.2 - Transparensi Aktiviti Fizikal Adalah Menyeronokkan
• Risalah
• Belon, wisel, tali skip dan gelung rotan
• Jam randik
kita perlu melakukan pergerakan memanaskan badan. Anda boleh
melakukan regangan untuk selama 5 minit (ikut gambar rajah).
Selepas berjalan atau berjoging, anda perlu ulangi regangan.
Lakukan regangan untuk elakkan kecederaan atau rasa sakit.
Ulasan
Catat Ulasan