Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). # Irama # Melodi # Warna ton # Bentuk # Harmoni # Teksur # Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada ...
Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar! Mari kita menuju wawasan, Berketerampilan bergerak seiringan, Dari utara hingga selatan, Kita pacu menyusur gelombang. *Dasar dipadu cita dituju, Bumi kenyalang saujana memandang, Pelosok kota rantau dan desa, Meneruskan agenda pendidikan. Ayuh terbang kita seiringan, Menggapai bintang menjejak awan, Tekad yang jitu semangat juang, Pendidikan dijulang zahirkan harapan. Terbanglah tinggi menuju gemilang, Laungan keramat penuh iltizam, Rapatkan jurang satukan impian, Semangat juang kita laungkan. Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x) Kita sematkan.
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Sistem Keselarasan Huruf Vokal Ejaan Gugus Konsonan Penulisan Kata Penggunaan Tanda Bacaan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1. Sejarah dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Latar Belakang Ejaan Rumi Sebelum Zaman Penjajahan. Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu telahpun mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem tulisan ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat pada hari ini. Contoh...
Ulasan
Catat Ulasan