Ayat Pasif


 

Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:


 

  1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
  2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri kedua.
  3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.


 

4.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


 

Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.


 

Contoh :

    Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin.

    Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi.

    Basikal itu terlanggar oleh bas pada bahagian tayarnya.

    Universiti Multimedia terbina oleh pekerja dalam masa dua tahun.


 

4.2 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua


 

Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-.


 

Contoh :

    Rumah itu sudah saya catkan semalam.

    Bola itu saya sepak.

    Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya.

    

4.3 Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena


 

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan.


 


 

Contoh :

    Perompak itu kena tangkap oleh polis.

    Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa.

    Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.


 

5. Ayat Tunggal


 

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.


 

Contoh :

    Ibu Fatimah doktor.

    Mereka membaca majalah itu.

    Ahmad ke pasar petang semalam.


 

6. Ayat Majmuk


 

Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara- cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.


 

Ayat Majmuk terbahagi kepada empat :


 

6.1 Ayat Majmuk Gabungan

6.2 Ayat Majmuk Pancangan

6.3 Ayat Majmuk Campuran

6.4 Ayat Majmuk Pasif


 


 


 


 

6.1. Ayat Majmuk Gabungan


 

a) Ayat Majmuk Gabungan Berurutan

b) Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan


 

6.2 Ayat Majmuk Pancangan


 

a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


 

6.3 Ayat Majmuk Campuran


 

6.4 Ayat Majmuk Pasif


 

a) Ayat Majmuk Pasif Gabungan

b) Ayat Majmuk Pasif Relatif

c) Ayat Majmuk Pasif Komplemen

d) Ayat Majmuk Pasif Keterangan


 

6.1 Ayat Majmuk Gabungan


 

Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya.


 

a) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Berurutan


 

i) Beliau memandang saya sambil tersenyum.

ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik.


 

b) Contoh Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan


 

i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali.

ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.


 


 


 


 


 

6.2 Ayat Majmuk Pancangan


 

Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.


 

a) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Relatif


 

i) Saya membeli baju yang berwarna hitam.

ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu.


 

b) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


 

i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi.

ii) Murid itu pulang untuk membaca buku.


 

c) Contoh Ayat Majmuk Pancangan Keterangan


 

i) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.

ii) Anak itu menangis kerana ia lapar.


 

  1. Ayat Majmuk Campuran


 

Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.


 

a) Contoh Ayat Majmuk Campuran


 

i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang

sudah letih lesu telah lama tidur.


 

ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu

penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak

senang hati dengannya, peraturan-peraturan itu mesti dipatuhi.


 


 

6.4 Ayat Majmuk Pasif


 

a) Contoh Ayat Majmuk Pasif Gabungan


 

i) Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi.

Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah.


 

ii) Aktif : Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ.

Pasif : Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ.


 

b) Contoh Ayat Majmuk Pasif Relatif


 

i) Aktif : Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati.

Pasif : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa.


 

ii) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta

Ahmad pula.

Pasif : Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk

kereta saya itu.


 

c) Contoh Ayat Majmuk Pasif Komplemen


 

i) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.

Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan

oleh guru.


 

ii) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak

di India.

Pasif : Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh

akhbar itu.


 


 

d) Contoh Ayat Majmuk Pasif Keterangan


 

i) Aktif : Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.

Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya.

Pasif : Abu akan membeli buku itu kalau dibenarkan oleh ayah.


 

ii) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis

perayaan itu.

Pasif : Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri

oleh Ahmad.


 

Latihan:


 

Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.


 

  1. Majalah yang saya baca itu sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
    1. bukan saja sesuai untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.
    2. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak juga.
    3. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak.
    4. sesuai bukan saja untuk orang dewasa tetapi juga kanak-kanak.


 

  1. Kakak saya belum membuat keputusan sama ada akan melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat atau England.
    1. melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat atau di England.
    2. melanjutkan pelajaran di Amerka Syarikat mahupun England.
    3. melanjutkan pelajaran di Amerka Syarikat atau melanjutkan pelajaran di England.
    4. melanjutkan pelajaran di Amerka Syarikat atau England.


 

  1. Jangankan membeli komputer, mesin taip pun saya tidak mampu.
    1. mesin taip pun tidak mampu saya membeli.
    2. membeli mesin taip pun saya tidak mampu.
    3. beli mesin taip pun saya tidak mampu.
    4. mesin taip pun saya tidak mampu.


 


 


 

  1. Penduduk-penduduk kampung itu bukan saja peramah serta saling membantu.
    1. bukan saja peramah tetapi juga saling membantu.
    2. bukan saja peramah namun saling membantu.
    3. bukan saja peramah tambahan pula saling membantu.
    4. bukan saja peramah serta saling membantu.


     

  2. Saya mengharapkan kamu dapat datang ke rumah saya petang ini.
    1. bahawa kamu dapat datang ke rumah saya petang ini.
    2. yang kamu datang ke rumah saya petang ini.
    3. kamu ke rumah saya petang ini.
    4. kamu dapat datang ke rumah saya petang ini.


     

  3. Kami menerima berita ayahnya sudah meninggal dunia.
    1. berita yang ayahnya sudah meninggal dunia.
    2. berita bahawa ayahnya sudah meninggal dunia
    3. ayahnya sudah meninggal dunia
    4. berita ayahnya sudah meninggal dunia.


 

  1. Pencuri itu menjelaskan bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
    1. tidak melakukan perbuatan tersebut.
    2. dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
    3. yang dia tidak melakukan perbuatan tersebut.
    4. bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut.


 

  1. Gubahan yang cantik itu mendapat tempat pertama.
    1. cantik itu yang mendapat tempat pertama.
    2. itu yang cantik mendapat tempat pertama.
    3. yang cantik yang mendapat tempat pertama
    4. yang cantik itu mendapat tempat pertama.


 

  1. Kita perlu yakin yang kita akan berjaya jika kita sanggup menghadapi segala cabaran.
    1. yakin kita akan berjaya
    2. yakin bahawa kita yang akan berjaya
    3. yakin bahawa kita akan berjaya
    4. yakin yang kita akan berjaya.


 

  1. Pelajar nakal yang dirotan oleh guru disiplin itu insaf akan kesalahannya.
    1. yang dirotan itu oleh guru disiplin
    2. dirotan itu oleh guru disiplin itu
    3. dirotan itu oleh guru disiplin
    4. yang dirotan oleh guru disiplin itu.


 

  1. Telegram itu menyatakan kakak akan pulang pada minggu hadapan.
    1. bahawa kakak akan pulang pada minggu hadapan
    2. yang kakak akan pulang pada minggu hadapan.
    3. Kakak pada minggu hadapan akan pulang
    4. Kakak akan pulang pada minggu hadapan


 


 

  1. Pemuda itu yang mengedarkan dadah telah ditangkap polis.
    1. yang edarkan dadah itu.
    2. yang mengedarkan dadah itu
    3. itu yang edarkan dadah
    4. itu yang mengedarkan dadah


 

  1. Ubat itu bukan saja dapat menyembuhkan sakit perut tetapi sakit kepala juga.
    1. tetapi dapat menyembuhkan sakit kepala juga
    2. apatah lagi sakit kepala
    3. malah sakit kepala
    4. tetapi sakit kepala juga


 

  1. Rumah Rajan bukan di Cheras atau Ampang tetapi Selayang.
    1. di Cheras atau Ampang tetapi di Selayang
    2. di Cheras atau di Ampang tetapi Selayang
    3. di Cheras atau di Ampang tetapi di Selayang
    4. di Cheras atau Ampang tetapi Selayang


 

  1. Melalui lawatan itu kami bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi juga pengalaman.
    1. bukan memperoleh pengetahuan saja tetapi pengalaman juga.
    2. bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi pengalaman juga
    3. bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi juga memperoleh pengalaman
    4. bukan saja memperoleh pengetahuan tetapi juga pengalaman

Jawapan Latihan Minggu 10: Ayat Pasif


 

  1. C
  2. C
  3. B
  4. A
  5. A
  6. B
  7. D
  8. D
  9. C
  10. D
  11. A
  12. B
  13. A
  14. C
  15. C

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH