Golongan kata


 

2.3.1 Kata nama


 


Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :


 

2.3.1.1 Kata nama khas

2.3.1.2 Kata nama am

2.3.1.3 Kata ganti nama


 

2.3.1.1 Kata nama khas diberi kepada orang, binatang, tempat, atau benda. Nama khas ditulis huruf awalnya dengan huruf besar.


 

Contohnya :

Datuk Seri Syarifah Syawati

Raja Ahmad

Salleh Abbas

Ananas comosus ( nanas )

Si Belang ( harimau )

Menara Kuala Lumpur

Proton Perdana


 

2.3.1.2 Kata nama am adalah nama umum yang diberikan bagi menyebut segala benda, perkara, proses, kejadian, keadaan, dan konsep yang abstrak.


 

Contoh :

kilang

lembu

tasik

mimpi

hantu

sekolah

guru

bapa

perpisahan

Kata ganti nama terbahagi kepada lima jenis iaitu :

  1. kata ganti nama orang
  2. kata ganti nama pertanyaan
  3. kata ganti nama umum
  4. kata ganti nama penunjuk
  5. kata ganti nama hubungan


 


 

  1. Kata ganti nama orang adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama orang seperti saya, dia, mereka, kami, awak, dan lain-lain.


 

  1. Kata ganti nama pertanyaan adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti perkataan nama dalam ayat tanya seperti apa, siapa, dan mana.


 

iii) Kata ganti nama umum adalah perkataan yang dipakai bagi mengganti nama umum yang tidak tentu seperti apa (bagi benda atau barang), siapa (bagi orang), mana (bagi keupayaan atau perolehan), bila (bagi masa), bagaimana (bagi hal atau cara).


 

iv) Kata ganti nama penunjuk adalah perkataan-perkataan yang dipakai bagi mengganti nama benda yang ditunjuk atau yang dirujukkan itu. Kata ganti nama penunjuk dalam bahasa Melayu ialah perkataan itu dan ini.


 

v) Kata ganti nama hubungan adalah perkataan yang menggantikan perkataan nama dalam rangkaikata atau ayat. Kata ganti nama dalam bahasa Melayu ialah yang.


 


 

2.3.2 Kata kerja


 

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis, iaitu :


 

  1. Kata kerja aktif transitif
  2. Kata kerja aktif tak transitif
  3. Kata kerja pasif


 


 


 

2.3.2.1. Kata kerja aktif transitif


Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan
menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.


 

Contoh:


 

  1. Samad membacakan ayahnya surat.
  2. Pengarang itu menulis buku.
  3. Aminah sedang mencuci pakaian.
  4. Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.


 

  1. Kata kerja aktif tak transitif


 

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.


 

Contoh :


 

  1. Pegawai itu berkereta ke pejabat.
    1. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
    2. Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
    3. Gadis itu tersenyum.
    4. Padi sedang menguning.
    5. Pemuda itu sedang berbual.


 


 


 


 

2.3.2.3 Kata kerja pasif


 

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.


 

  1. Kata kerja pasif berawalan ber- sseperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya.
  2. Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya.
  3. Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya.


 

2.3.3 Kata Adjektif


 

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan sangat.


 

2.3.3.1 Darjah Penghabisan


 

Darjah penghabisan dalam bahasa Melayu dinyatakan dengan menggunakan cara-cara berikut:


 

  1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama
  2. yang + ter- + kata adjektif
  3. paling + kata adjektif
  4. kata adjektif + sekali
  5. yang + ter + amat atau sangat
  6. amat atau sungguh atau sangat + adjektif + sekali


 


 

  1. se + kata adjektif + gandaan + kata nama


 

sepandai-pandai tupai

setinggi-tinggi gunung

sekeras-keras batu

sebaik-baik manusia

secantik-cantik bunga


 

  1. yang + ter- + kata adjektif


 

yang terbesar

yang terpandai

yang tertinggi


 

  1. paling + kata adjektif


 

paling besar

paling pandai

paling tinggi

paling lemah

paling baik


 

  1. kata adjektif + sekali


 

besar sekali

pandai sekali

tinggi sekali

lemah sekali

baik sekali


 

  1. yang + ter- + amat atau sangat


 

yang teramat pandai

yang teramat mulia

yang teramat tinggi

yang tersangat lemah

yang tersangat baik

yang tersangat cantik


 

  1. amat atau sangat atau sungguh + adjektif + sekali

    amat cantik sekali

    sangat cantik sekali

    sungguh cantik sekali

    amat pandai sekali

    sangat pandai sekali

    sungguh pandai sekali


 

2.3.4Kata Tugas


 

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. Jenis-jenis kata tugas ialah:


 

  1. kata hubung
  2. kata seru
  3. kata tanya
  4. kata perintah
  5. kata pangkal ayat
  6. kata bantu
  7. kata penguat
  8. kata penegas
  9. kata nafi
  10. kata pemeri
  11. kata sendi nama
  12. kata pembenar
  13. kata arah
  14. kata bilangan


 

Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok iaitu :

  1. kata penyambung ayat
  2. kata praklausa
  3. kata prafrasa


 

2.3.4.1 Kata Penyambung Ayat


 

Kata penyambung ayat ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis iaitu ayat majmuk.

Berikut diberikan beberapa contoh:

dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, setelah, jikalau, sungguhpun, supaya, semasa, sewaktu.


 

2.3.4.2 Kata Praklausa


 

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan-perkataan ini adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengayaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.

Berikut diberikan beberapa contoh.

Kata Seru: aduh, cis, wah, aduhai, amboi, oh, eh, wahai.

Kata Tanya: berapa, bila, bagaimana, apa, siapa, mana.

Kata Perintah: jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap.

Kata Pembenar: ya, benar, betul.

Kata Pangkal Ayat: maka, adapun, alkisah, arakian, hatta.


 

2.3.4.3 Kata Prafrasa


 

Kata prafrasa ialah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif yang berfungsi sebagai membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.

Berikut diberikan beberapa contoh.

telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, mahu, hendak, harus, mesti, boleh, dapat, terlalu, paling, agak, sekali, amat, sangat, sungguh, kah, tah, lah, juga, pun, sahaja, bukan, tidak, ialah, adalah.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH