Unsur-Unsur Asing dalam Bahasa Melayu


 


 

Pengaruh Bahasa Sanskrit


 

  • Bahasa Sanskrit dibawa oleh orang India yang datang berdagang dan mengembangkan agama Hindu.
  • Bahasa Sanskrit disebarkan melalui golongan pendeta agama, epik Ramayana dan Mahabharata.
  • Aspek yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah aspek kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi.


 

Kosa Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit


 

  • Pembelajaran : bahasa, kata, bicara
  • Sifat : mesra, merdu, dahaga
  • Tubuh manusia : kepala, lidah, bahu, nadi, sendi
  • Barang Perniagaan : kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta
  • Waktu/Masa : senjakala, hari, dinihari (sebelum terbit fajar, lebih kurang pukul 3 pagi), purnama (bulan/month), tadi
  • Barang yan gboleh dilebur/permata : emas, raksa(mercury), timah, manikam(jewel), permata(jewel,gem), mutiara(pearl)
  • Perkakas : gergaji, kecapi(lute), sejenis alat bunyi-bunyian seperti gitar.
  • Persaudaraan : saudara, suami, isteri, ayah
  • Bunga dan tumbuhan : teratai, seroja, melati, melur, angsana
  • Kebesaran : raja, maharaja, baginda, paduka, putera, puteri, bendahara
  • Agama dan falsafah : dosa, pahala, puasa, neraka, dewa
  • Istilah lain : asmara, cinta


 

Imbuhan Pinjaman


 

  • Maha : mahasiswa
  • Tata : tatabahasa
  • Pra : prasejarah
  • Eka : ekabahasa
  • Dwi : dwibahasa
  • Tri : tridimensi
  • Panca : pancaindera


 

Pengaruh Bahasa Arab


 

  • Agama : Islam, nabi, tarikat, baligh, sujud
  • Ilmu : tarikh, kitab, falsafah, hisab (matematik)
  • Hukum : wajib, haram, adil, tertib, makruh
  • Adat : kaum, umat, sedekah, salam, fakir, musafir, nikah, ziarah
  • Kejadian : wajah, insan, wujud, dunia, akhirat, salji, haiwan


 


 

Pengaruh Tamil, Hindustan, dan Parsi


 

  • Bahasa Tamil : kari, kapal, katil, sami, jodoh, mahligai, kolam
  • Bahasa Hindustan : roti, kerani, curi, lucah, kapas, topi, guni, kanji
  • Bahasa Parsi : taman, medan, dewan, bandar, baju, gusti, jam, kahwin, saudara, nakhoda


 

Pengaruh Bahasa Cina


 

  • Makanan : mi, tauhu, lai, the, mihun, samsu
  • Pakaian dan barangan : tocang, kekwa, gincu, koyok, sempoa, bak
  • Rumha dan perkakas : loteng, beca, dacing, cawan, pongkes, tanglung, teko
  • Manusia dan hal-ehwalnya: tauke, cincau, kuntau, tongsan, tokong, angpau, kongsi, apek


 

Pengaruh Portugis Belanda dan Siam


 

  • Portugis : baldi, bangku, bomba, bola, beranda, dadu, jendela, garfu, gereja, kapitan, kebaya, keju, kemeja, meja, mentega, palsu, paderi, peluru, sepatu, tuala, bendera
  • Belanda : duit, kamar, rokok, kantor, senapang, laci
  • Siam : makyong

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH