Kemahiran Asas Berbahasa
Tatabahasa : Pengenalan
- Konsep Tatabahasa
- Tatatingkat Unit Tatabahasa
- Konsep Tatabahasa
Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa, iaitu:
- Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun.
- Salah satu cabang telaah/kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa.
- Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang/tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa.
Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya.
Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu di susun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.
- Tatatingkat Unit Tatabahasa
Dalam tatatingkat unit tatabahasa, sekurang-kurangnya terdapat lapan elemen bahasa yang dapat disusun mengikut hirarki, iaitu:
Wacana: satuan bahasa yang terlengkap/terbesar /tertinggi dengan koherensi dan kohesi yang berkesinambungan, yang mempunyai permulaan dan pengakhiran yang nyata dan disampaikan secara lisan atau tulisan. Di tandai dengan penanda wacana.
Contoh: Penanda wacana - sehubungan itu, Oleh hal yang demikian, seterusnya, oleh itu dsb.
Ayat: unit pengucapan yang paling tinggi dalan susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Contoh : Universiti Multimedia merupakan universiti swasta yang pertama ditubuhkan di Malaysia.
Klausa : unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, dan menjadi konstituen ayat.
Contoh: Saya tidak hadir kuliah hari ini / kerana saya demam.
Frasa: unit yang terdiri daripada satu susunan yang sekurang-kurangnya mengandungi dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan.
Contoh: anak burung
anak burung merpati
anak burung merpati putih
Kata: bentuk bebas terkecil, makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
Contoh: saya, bola, makan, kacang
Morfem: unit terkecil dalam bahasa yang membawa makna atau tugas tatabahasa.
Contoh: baca
membaca
bacaan
terbaca
Fonem: satuan bunyi terkecil yang dapat membezakan makna
Contoh: paya
Gaya
Raya
Saya
(Fonem /p/, /g/, /r/, /s/. membezakan makna)
Fon : unit terkecil yang dapat dipisahkan daripada rangkaian bunyi.
Contoh: kasut = /k/, /a/, /s/, /u/, /t/.
Secara gambar rajah tatatingkat unit tatabahasa dapat dibuat seperti berikut:
4. Rajah Tatatingkat Unit Tatabahasa
Ulasan
Catat Ulasan