Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 12, 2010

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH * Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Masyarakat Plural: Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk) - Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plur

SEJARAH AWAL NEGARA MALAYSIA

Penduduk Dan Kerajaan Awal Sejarah Tanah Melayu boleh dijejaki sejak Zaman Paleolitik(Zaman Batu Awal, kira-kira 35000 tahun dahulu) diikuti dengan Zaman Mesolitik(Zaman Batu Tengah kira-kira 11000 tahun dahulu),Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru kira-kira 5000 tahun dahulu) dan Zaman Logam(Zaman Gangsa Besi kira-kira 2500 tahun dahulu). Bahan-bahan arkeologi membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah diduduki oleh manusia pada zaman-zaman tersebut. Penempatan manusia Zaman Paleolitik telah dijumpai di Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) danTingkayu (Sabah). Orang Paleolitik yang tinggal di gua-gua batu kapur sejak 35000 tahun dahulu dipercayai penduduk terawal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sementara itu penempatan-penempatan manusia zaman Mesolitik (juga dikenali sebagai orang Hoabinh) yang ditemui di Tanah Melayu ialah di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil (Pahang), Jenderam Hilir (Selangor), Gua Madai dan Gua Gomantong (Sabah) dan Gua Niah (Sarawak). Suku kaum orang asli Negrito dan S