Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 29, 2012

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Imej
Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan (Department of Publicity and Printing) pada bulan September 1945. Walau bagaimanapun sebelum itu terdapat agensi kerajaan yang menjalankan tugas-tugas perhubungan awam iaitu Malay States Information Agency yang ditubuhkan pada tahun 1926. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi. Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan yang ditubuhkan pada tahun 1961. Laporan Jabatan terawal yang terdapat di Arkib Negara ialah laporan bulanan bagi bulan September 1945 yang menyebut bahawa jabatan telah ditubuhkan semenjak 24 September 1945. Minit mesyuarat D.C.C.A.O. Conference bertarikh 22 September 1945 mencatatkan bahawa Jabatan Pu

Cikgu ‘kung fu’ guru besar

Imej
Oleh Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu. Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya. Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu. “Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kel

Fakta penting tentang masalah buasir

Tahukah anda!! (MAAF, KAMI TAK SIARKAN GAMBAR BUASIR. SILA TAIP 'BUASIR' PADA GOOGLE. Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran dan di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran. Jenis-jenis Buasir Buasir dalaman Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi proses meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku

Tarikh penubuhan Melaka 1262 bukan 1400

Imej
Kerajaan negeri bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Menurutnya, beberapa peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua buku tersebut membuktikan bahawa penubuhan Melaka bukan pada 1400 seperti dikatakan oleh sarjana Barat iaitu dari Portugis yang juga bukan berdasarkan kepada fakta sejarah. ‘‘Beberapa contoh seperti Sultan Mansur Shah menduduki takhta hampir 60 tahun dan sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah pula selama 30 tahun. Kalau berdasarkan dua sultan ini, kerajaan Melaka terbentuk lebih daripada 90 tahun. ‘‘Mustahil kerajaan Melayu Melaka ditubuhkan hanya berumur 111 tahun. Kalau mengikut catatan sejarah, Melaka yang dibentuk oleh Parames