Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2010

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan. Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.    
     Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya. Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan masyarakat melalui kebudayaan kebang…

SELAMAT BERPUASA

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan berpuasa. Semoga bulan yang mulia ini dapat anda penuhi dengan amal-amal soleh. Ketika berpuasa, jagalah pandangan mata, mulut, dan pergerakan dan lain-lain agar tidak terbatal ibadah puasa anda. Ketika berbelanja membeli juadah berbuka puasa, berbelanjalah dengan berhemah dan bijak. Semoga Allah sentiasa memberkati kita. Amiin.