Catatan

Tunjukkan catatan dari September 23, 2011

RUMAH DATUK MAHARAJA LELA , RUMAH BERSEJARAH YANG TERBIAR

Imej
PASIR SALAK: Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.
Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.
“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, rumah Maharaja L…

Persepsi salah perlu diperbetulkan

Imej
USAHA meningkatkan lagi jumlah pengambilan penuntut pascasiswazah di institusi pengajian tinggi terutama di universiti penyelidikan antara langkah terbaik.
Ini kerana usaha itu bakal menjana hasil penyelidikan tinggi dan menyemarakkan kecemerlangan industri pendidikan negara di peringkat global.


Malangnya, di tengah kerancakan itu ada pihak berpendapat ia umpama mempertaruhkan masa depan mahasiswa peringkat ijazah pertama kerana bilangannya di sesetengah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa dikurangkan bagi memberi laluan kepada mahasiswa pascasiswazah.

Namun sesetengah pihak beranggapan, ia mampu mengundang konflik dan kontroversi jika tidak ditangani segera kerana membabitkan warga pengajian tinggi secara langsung.


Justeru, apakah harus dilakukan supaya tidak berterusan disalah anggap. Benarkah pendapat, masa depan mahasiswa ini ‘tergadai’ di tangan mahasiswa pascasiswazah?

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa berkata, tidak timbul…

DISAMPUK HANTU

Imej
MUADZAM SHAH: Sejak disampuk ‘hantu sekolah’ lebih lapan bulan lalu, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14, yang pada asalnya seorang remaja lemah-lembut dan patuh arahan keluarga, kini terpaksa diikat kaki dan tangannya kerana sering berkelakuan pelik serta ganas termasuk mahu keluar rumah dalam keadaan berbogel.
Keadaannya itu menyebabkan Siti Noraslinda yang dipanggil Alin oleh keluarganya sudah lapan bulan tidak ke sekolah sedangkan dia sebelum ini pelajar pintar.
Selain mempunyai kekuatan luar biasa berbanding ketika normal, Alin beberapa kali dilihat menangkap ikan di dalam akuarium rumahnya menggunakan tangan sebelum memicit ikan itu hingga mati serta mencabut sisik ikan itu satu persatu.

Ibu Alin, Siti Asiah Jaafar, 37, mendakwa anak kedua daripada empat beradik itu mula berkelakuan pelik sejak pulang dari sekolahnya Januari lalu dan ketika itu, Alin menjerit-jerit histeria selain tercungap-cungap dan meronta dengan kuat dalam usaha mahu melarikan diri daripada dipegang ahli k…

Kereta terbabas lantak tiang elektrik di Simunjan

Imej
MALANG...Kenderaan Perodua Kenari kelihatan terbalik di seberang parit setelah merempuh sebatang tiang bekalan elektrik berhampiran Masjid Daruk Hijrah.

SIMUNJAN, Ahad (18 Sept) - Penduduk di sekitar kawasan Taman Hijrah, Simunjan terputus bekalan elektrik selama lebih kurang lima belas jam apabila sebuah tiang elektik patah dirempuh oleh sebuah kenderaan awal pagi kelmarin.
Saksi iaitu Nasiman bin Men, 41, memberitahu beliau sedang menonton rancangan televisyen sekitar jam 1 pagi sebelum dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat dari luar rumahnya.
“Saya kemudiannya mendengar suara orang meminta tolong di kawasan jalan raya berhampiran dengan kediaman rumah saya ini sebaik sahaja mendengar bunyi detuman terbabit.
“Setelah bergegas keluar sebaik sahaja mendengar bunyi berkenaan, saya mendapati bahawa sebuah kenderaan Perodua Kenari berwarna hitam telah terbabas di seberang parit dengan mangsa terdiri daripada pasangan remaja lelaki dan wanita,” katanya.
Kenderaan Perodua Kenari terbabit kata Nas…

Raya juga meriah dikalangan Iban muslim Simunjan

Imej
MERIAH...Sanak saudara Tr Sebli (berjalan) dari Kampung Kesindu ketika berkunjung ke rumah beliau pada hari pertama perayaan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Sibau Rimbau, Simunjan.
SIMUNJAN, Ahad (4 Sept) – Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011 berlangsung dengan penuh meriah di Kampung Sibau Rimbau, Simunjan yang dihuni oleh majoriti penduduk Iban beragama Islam bermula dari 30 Ogos hingga 3 September lepas.
Pemberita yang mengadakan kunjungan raya di kampung berkenaan mendapati bahawa sebilangan besar penduduk masih sibuk melayan kunjungan para saudara dan rakan-rakan mereka walaupun perayaan terbabit masuk pada sambutan hari kedua.
Ketua Kampung Sibau Rimbau, Sebli bin Hasan bersama isteri Mirca Banyeng ketika ditemui di rumahnya menjelaskan bahawa suasana sambutan perayaan Hari Raya tetap meriah di kalangan penduduk Iban beragama Islam di Kampung Sibau Rimbau pada setiap tahun.
“Suasana sambutan perayaan Hari Raya di sini tidak berbeza dengan suasana perayaan Hari Raya di perkampungan Me…

Chelsea menang penalti vs Fulham

Imej
LONDON - Beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua, Chelsea bernasib baik apabila menyingkirkan Fulham menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat tanpa jaringan hingga ke masa tambahan dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge, semalam.


Skuad bimbingan Andres Villas-Boas dilihat berdepan masalah besar apabila pemain pertahanan, Alex dibuang padang dua minit sebelum rehat, kerana mengkasari pemain lawan.

Insiden itu menyebabkan pengadil memberi penalti kepada Fulham.

Namun, penalti Patjim Kasami sekadar terkena palang dan Chelsea berjaya bertahan sehingga 120 minit permainan untuk penentuan penalti.

Frank Lampard gagal menyempurnakan sepakan pertama namun itu tidak menjadi masalah apabila Moussa Dembele dan Bryan Ruiz menghampakan Fulham bagi memastikan Chelsea layak ke pusingan seterusnya.

"Semua orang saling berpandangan dan tertanya-tanya adakah sepakan terakhir yang dilakukan Ruiz masuk atau tidak. Penjaga garisan berada di situ dan keputusannya memihak kepada kit…

Kim Swee buatlah sesuatu!

Imej
KUALA LUMPUR – ‘Bagai langit dan bumi’, mungkin rumusan paling tepat menggambarkan jurang skuad Jepun dan skuad Olimpik Malaysia pada perlawanan kelmarin yang menyaksikan kita kecundang 0-2 kepada pasukan No. 1 Asia itu.

Jika tidak kerana kecekapan kapten pasukan yang juga penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, mungkin keputusan 0-2 itu bertukar kepada satu angka yang lebih menakutkan buat anak-anak buah Ong Kim Swee.

Itulah hakikatnya. Jika itulah persembahan terbaik yang dipamerkan oleh skuad Bawah 23 tahun negara, lupakan sahaja hasrat mahu mencipta sebarang kejutan ke atas dua lagi lawan yang akan ditemui dalam Kumpulan C, Syria dan Bahrain.

Beberapa jurulatih berpengalaman dan seorang tokoh bola sepak negara beranggapan selain menerima hakikat mutu bola sepak negara yang masih ketinggalan jauh di belakang negara matahari terbit itu, usaha memperbanyakkan perlawanan dengan pasukan kelas satu perlu dipergiatkan jika mahu melihat kita mampu berada dalam kelompok terbaik Asia.

Me…