Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 5, 2011

KARANGAN KEMAHIRAN MENGANGGAR (LITERASI NOMBOR/LITERACY NUMERICAL)

Imej
Kemahiran menganggar merupakan satu kemahiran yang perlu ada dalam setiap diri individu. Saya menggunakan kemahiran menganggar dalam kehidupan seharian.
Antara contoh kegunaan kemahiran menganggar dalam kehidupan saya ialah ketika saya memasukkan garam ke dalam masakan. Saya mengganggar berapa sudu yang saya perlukan untuk memastikan rasa masakan saya sesuai dengan kehendak selera. Dalam kemahiran ini saya melihat kuantiti masakan. Semakin banyak kuantiti masakan, semakin banyaklah jumlah garam yang saya perlukan.
Saya sering bermain bola pada waktu petang. Saya menggunakan kemahiran menganggar iaitu dalam menganggar jarak bola hantaran kepada rakan sepasukan. Begitu juga ketika saya menjaringkan bola ke dalam gawang, saya akan mengganggar jarak antara bola dan gawang. Menganggar dapat membantu dalam memastikan bola yang dihantar tepat kepada sasaran yang hendak tujukan. Dalam keluasan padang yang sudah ditandakan dengan garisan-garisan seperti garisan kotak penalti, garisan tepi, gari…