Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 18, 2015

Penggunaan Kata Hubung dengan betul

KATA HUBUNG
1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:
a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka 
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila 
c. Kata hubungan berpasangan :
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)
Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. 
Betul: 
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan 
Salah: 
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. 
Betul:
-Anda bol…