Catatan

Tunjukkan catatan dari April 4, 2011

Asas-Asas Konsep Teori Jean Piaget (1896-1980)

Di dalam Teori Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget menenkankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebearnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970) , terkandung huraian lima konsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif individu. 3.0.1 Skema (Schema) Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubasuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa,