Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2015

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

Imej
Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis  rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar!



Mari kita menuju wawasan,
Berketerampilan bergerak seiringan,
Dari utara hingga selatan,
Kita pacu menyusur gelombang.

*Dasar dipadu cita dituju,
Bumi kenyalang saujana memandang,
Pelosok kota rantau dan desa,
Meneruskan agenda pendidikan.

Ayuh terbang kita seiringan,
Menggapai bintang menjejak awan,
Tekad yang jitu semangat juang,
Pendidikan dijulang zahirkan harapan.

Terbanglah tinggi menuju gemilang,
Laungan keramat penuh iltizam,
Rapatkan jurang satukan impian,
Semangat juang kita laungkan.

Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x)
Kita sematkan.


RIMUP 2015

Imej
Program Rancangan Intergrasi Muris untuk Perpaduan (RIMUP) telah dijalan pada 11-12 Ogos 2015 di SKHBS.

Program ini melibatkan kerjasama tiga buah berdekatan iaitu SJK (C) Chung Hua Sebangan, SK Tungkah Dayak dan SKHBS. SKHBS merupakan tuan rumah penganjur program RIMUP kali ini.

Pelbagai aktiviti dijalan.

Selasa
1) Senam robik
2) Pancing botol
3) Bawa ping pong dalam sudu
4) Meleret bola guna gelung
5) Mengisi air dalam botol

Program hari ini telah dirasmikan oleh Puan Jamayah dari PPD Simunjan.

Rabu
1) Senam robik
2) Gotong royong
3) Tayangan video
4) Indoor aktiviti