LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

Lagu Pendidikan Sarawak ini dinyanyikan setiap kali perhimpunandan majlis-majlis  rasmi sekolah di seluruh Sarawak. Jom kita dengar!



Mari kita menuju wawasan,
Berketerampilan bergerak seiringan,
Dari utara hingga selatan,
Kita pacu menyusur gelombang.

*Dasar dipadu cita dituju,
Bumi kenyalang saujana memandang,
Pelosok kota rantau dan desa,
Meneruskan agenda pendidikan.

Ayuh terbang kita seiringan,
Menggapai bintang menjejak awan,
Tekad yang jitu semangat juang,
Pendidikan dijulang zahirkan harapan.

Terbanglah tinggi menuju gemilang,
Laungan keramat penuh iltizam,
Rapatkan jurang satukan impian,
Semangat juang kita laungkan.

Fly Kenyalang Fly, Fly High (2x)
Kita sematkan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keanjalan Permintaan Dan Keanjalan Penawaran

Carta Pai/ Rajah Bulatan