Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

ARSENAL DAN MANCHESTER CITY BERTANDANG KE MALAYSIA PADA 23 & 30 JULAI 2012

Imej
SERDANG - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi bayangan bahawa pasukan Pilihan Malaysia yang akan berdepan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai ini, bakal menjadi 'skuad bayangan' untuk kejohanan Piala Suzuki AFF.

Walaupun tiada jaminan sepenuhnya, beliau melihat dua perlawanan itu sebagai medan terbaik menguji semua pemain ekoran ketiadaan komitmen tertentu seperti Piala AFC dan perlawanan peringkat domestik kerana berehat di sepanjang bulan Ramadan.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)




"Pada Julai saya dapat menggunakan semua pemain terbaik yang saya ada, kerana tidak diganggu lagi dengan Piala AFC atau apa-apa perlawanan lain.

"Jadi kita akan tengok sama ada skuad ini boleh dikatakan bayangan Piala Suzuki AFF apabila berdepan dua pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris tetapi apa yang saya boleh katakan saya akan membawa turun semua pemain terbaik, " katanya.

The Citizens atau The Sky Blues yang dibarisi pemain termahal dunia menj…

GAMBAR B.I.G KHIDMAT KOMUNITI DI SK PINANG, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

Imej
Tahniah kepada kawan-kawan kerana kita telah berjaya menjalankan Program Bina Insan Guru di SK Pinang, Kota Samarahan, Sarawak pada 20 April 2012 yang lalu. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak SK Pinang dan Kampung Pinag serta pihak institut.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)


























SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG ENCIK CHAI KIM SHIN

Imej
Hari ini kami dikejutkan dengan pemergian salah seorang pensyarah Jabatan Kajian Sosial yang pernah mengajar kami Pengajian Sosial (Ekonomi) pada 21 April 2012. Pemergian beliau amat kami rasai kerana pengorbanan beliau dalam memberi ilmu kepada. Beliau seorang yang peramah, bertolak ansur dalam setiapa perkara, dan tidak pernah merungut atau lebih tepat mudah berjenaka di dalam kelas. Trade mark 'Bagus, ada baca!!!' sentiasa mekar dalam ingatan kami. Trade mark tersebut sering beliau guna untuk memuji pelajar-pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan beliau.

Beliau juga merupakan Penasihat 1 kepada Gerakan Pengguna Siswa IPGKTAR. Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang Encik Chai Kim Shin. Semoga roh mendiang aman di sana selepas penderitaan menghidap kanser sebelum ini.

Minum air bantu lulus periksa

Imej
LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!

Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.

Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)


Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.

Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.

Kebolehan akademik kese…

Pameran anak Mumia Inca Menjana Kontroversi di Argentina

Imej
Beberapa tahun yang lalu, sekumpulan ahli arkeologi mendapati mayat-mayat beku tiga anak-anak pribumi di puncak gunung berapi, yang mereka tentukan telah dikorbankan (dibekusejuk) untuk tujuan ritual keagamaan di Inca. Hari ini, mayat-mayat yang sempurna pemuliharaannya dipamerkan di sebuah muzium di barat laut Argentina, di mana beribu-ribu orang datang untuk melihat mereka setiap bulan. Tetapi pameran itu telah menyebabkan kontroversi, sebagai masyarakat pribumi tempatan menuntut hak pemulangan mayat-mayat tersebut. Hal ini telah menyebabkan saintis risau mengenai pemeliharaan mereka di muzium kerana banyak yang mempersoalkan pameran kemanusiaan.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)


Kisahnya bermula apabila tiga kanak-kanak, usia 6, 7 dan 15, meninggalkan bandar mereka satu hari dan berangkat ke arah puncak gunung berapi. Disertai oleh imam-imam Inca, mereka berjalan berbulan-bulan atau bertahun-tahun sehingga mereka akhirnya sampai ke Volcano Llullaillaco di barat laut Arge…

MARI BERPANTUN

Imej

INIKAH MAHASISWA KITA?

Imej
KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.
Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.
“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.
“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak me…

20 Orang Pelajar dirasuk

Imej
Bahana bermain 'Spirit Of Coin' 20 orang pelajar SMK Simunjan No.1, 94800 Simunjan, Sarawak telah dirasuk. Hal ini telah menyebabkan pihak pengurusan asrama menghubungi keluarga pelajar-pelajar yang dirasuk kerana ketidakmampuan untuk merawat anak-anak mereka yang dirasuk. Dan hari ini bertambah seorang lagi dirasuk semenjak Jumaat lalu. Kebanyakkan pelajar berada dalam ketakutan untuk menghuni asrama.

Semuanya bermula apabila beberapa orang pelajar perempuan bermain 'Spirit of Coin' bagi tujuan memanggil roh mereka yang telah meninggal dunia. Hal ini menyebabkan beberapa orang penghuni asrama menjerit dan meracau menyebabkan pihak pengurusan sekolah campur tangan bagi meredakan keadaan. Pihak pengurusan asrama telah meminta bantuan beberapa orang ustaz bagi memulihkan keadaan pelajar yang seolah dirasuk.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)




Keadaan menjadi aman seketika apabila mereka yang histeria ini berjaya dipulihkan tetapi menyerang semula. Berikutan usaha…