ARSENAL DAN MANCHESTER CITY BERTANDANG KE MALAYSIA PADA 23 & 30 JULAI 2012

SERDANG - Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberi bayangan bahawa pasukan Pilihan Malaysia yang akan berdepan Arsenal dan Manchester City pada 24 dan 30 Julai ini, bakal menjadi 'skuad bayangan' untuk kejohanan Piala Suzuki AFF.

Walaupun tiada jaminan sepenuhnya, beliau melihat dua perlawanan itu sebagai medan terbaik menguji semua pemain ekoran ketiadaan komitmen tertentu seperti Piala AFC dan perlawanan peringkat domestik kerana berehat di sepanjang bulan Ramadan.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)




"Pada Julai saya dapat menggunakan semua pemain terbaik yang saya ada, kerana tidak diganggu lagi dengan Piala AFC atau apa-apa perlawanan lain.

"Jadi kita akan tengok sama ada skuad ini boleh dikatakan bayangan Piala Suzuki AFF apabila berdepan dua pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris tetapi apa yang saya boleh katakan saya akan membawa turun semua pemain terbaik, " katanya.

The Citizens atau The Sky Blues yang dibarisi pemain termahal dunia menjadi kelab kedua dari Liga Perdana Inggeris yang mengesahkan kehadiran ke Malaysia pada 30 Julai selepas Arsenal yang akan turun berdepan Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu Rajagobal berkata dia tidak bersedia untuk membuka ruang kepada pemain-pemain import untuk digunakan dalam skuad Pilihan Malaysia untuk berdepan dua kelab EPL pada aksi persahabatan kerana yakin dengan kemampuan pemain sedia ada.

"Kenapa hendak guna pemain import?

"Lebih baik kita menggunakan pemain kita sendiri, saya tiada cadangan menggunakan pemain luar.

"Ini merupakan kesempatan terbaik buat pemain tempatan sendiri merasai pengalaman beraksi menentang pemain-pemain berkelas dunia selain memberikan motivasi sebelum saingan Piala AFF.

"Saya juga lihat peluang berdepan kedua-dua pasukan ini adalah kesempatan cukup baik daripada ke pergi ke luar negara bagi membuat persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF kerana ia berlangsung di bulan Ramadan, jadi lebih baik kita berada di sini, " katanya.

SUMBER : UTUSAN ONLINE

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH