Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 19, 2011

Falsafah Pendidikan

Maksud falsafah pendidikan:
– Kajian mengenai makna, matlamat serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran.
– kajian mengenai semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat.
– berhubung rapat dengan teori perkembangan manusia.
Falsafah pendidikan tradisional dan FP moden berbeza dari cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah.

Falsafah pendidikan tradisional

– mengambil kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu.
– manusia bebas memilih kaedah untuk mencapai matlamat pendidikan.
Falsafah Pendidikan Moden
-individu boleh menentukan kdua-dua matlamat dan kedah untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Barat

Falsafah Pendidikan Barat
a. Tradisional
1. Mazhab Perennialisme
– Ciri-ciri asas semula jadi manusia adalah berbentuk universal dan tiada had masa.
– Manusia bersifat rasionaliti. oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan.
– tujuan pendidikan utama ialah…