Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 17, 2010

Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara

3 Kaedah Penghitungan Pendapatan Negara Kaedah Keluaran Kaedah keluaran ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua firma dalam ekonomi. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK. Kaedah Pendapatan Kaedah pendapatan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan pendapatan faktor yang diterima oleh semua faktor pengeluaran. Perakaunan berasaskan Pendapatan Negara. Kaedah Perbelanjaan kaedah perbelanjaan ialah kaedah penghitungan pendapatan negara yang menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan ke atas keluaran negara. Perakaunan berasaskan KDNK dan KNK.   Di Malaysia, hanya Kaedah Keluaran (nilai ditambah) dan Kaedah Perbelanjaan diamalkan dalam penghitungan pendapatan negara.       Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah) Mengikut kaedah Keluaran, pendapatan negara dikira dengan menjumlahkan semua nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah nega