Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 19, 2011

PERKAITAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM SUBJEK SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI PELAJAR.

Imej
AL

UiTM sasar lahirkan Melayu pertama penerima hadiah Nobel

SHAH ALAM 19 Okt. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensasarkan untuk melahirkan orang Melayu pertama yang menerima Hadiah Nobel melalui bimbingan serta tunjuk ajar saintis tersohor Pakistan Prof. Dr. Atta-ur-Rahman. Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, beliau yakin dengan kepakaran yang dimiliki Dr. Atta-ur-Rahman, UiTM mampu merealisasikan impian itu melalui kajian dan pembangunan yang terperinci dalam bidang saintifik."Kita yakin dengan kerjasama yang telah dijalin sejak 2005, UiTM mampu mengorak langkah memperhebatkan kajian dalam bidang sains dan teknologi dengan nasihat dan panduan daripada Prof. Atta-ur-Rahman."Malah beberapa penuntut dan petugas UiTM juga telah dihantar ke Pakistan untuk tujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Syarahan Perdana oleh Dr. Atta-ur-Rahman di sini, hari ini. - Bernama