Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 9, 2015

Isu Keganasan dan Penindasan Etnik Rohingya

Imej
Penulis : Sa b eri Pendi (Institut Pendidikan Guru Kampus Tun A bdul Razak, Kota Samara h an , Sarawak) Pengenalan Pada mutakhir ini, masih terdapat etnik yang mengalami pergolakan konflik yang telah berlarutan sejak bertahun yang lalu. Jika suatu ketika dahulu dunia digemparkan dengan konflik Bosnia Herzegovina, namun pada masa sekarang masih berlaku konflik etnik iaitu di Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ialah Etnik Rohingya beragama Islam yang telah melalui pelbagai penindasan dan kekejaman pihak kerajaan Junta. Masalah mereka bukan sekadar perbalahan politik yang berlaku seperti di Mesir dan Syria, ia juga bukan sekadar perbalahan antara dua agama iaitu Islam dan Buddha. Tetapi yang lebih besar ialah ia merupakan masalah penghapusan etnik bagi etnik Rohingya. Selama beberapa tahun etnik Rohingya telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar. Mereka ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan dan lain-lain. Bantuan yang d