Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 21, 2011

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

TAKRIF TAMADUN ISLAM
Berkisar di sebalik tiga istilah utama umran, hadarah,madaniyyah.

SARJANA ISLAM
Naquib Al Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah
Al-Syirazi-perbincangan ttg sesuatu kekuasaan,kehebatan,kemakmuran,kemajuan sesuatu bangsa,pemerintahan yang berilmu,beradab,kemajuan industri,pembangunan ekonomi

PRINSIP-PRINSIP TI
1. Memelihara agama
Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama,manusia bebas memilih agama masing-masing….
Firman Allah SWT….surah Al Baqarah
“tiada paksaan dalam beragama”
Menyerah diri kpd Allah dgn mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan larangan…

2. Memelihara nyawa atau jiwa
Menjamin nyawa atau jiwa daripada pencerobohan manusia lain
Larangan membunuh dan membunuh diri
Firman Allah…Surah Al Maidah 5:32
Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,…

Pengenalan dan Konsep Asas Tamadun

PENGENALAN ILMU TAMADUN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MELAYU

Pengenalan Tamadun
Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun
sama ada dari perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari
kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan
konsep tamadun.

Islam – madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun
Barat - civilization-kebendaan- material

Definisi:
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:

Bahasa Inggeris
Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.

Bahasa Arab
Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-‘umran, al-bunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.


Bahasa Melayu

Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan d…