Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun

Imej
BAITULMUQADDIS - Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di guasebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama kelmarin.
Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudiyang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap diQumran di tepi tebing Laut Mati.
Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidikIsrael di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barangantik.
Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean. - AP

Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati

Imej
PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.
“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.
Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dik…

'Negaraku' berkumandang di dasar laut

KUALA TERENGGANU: Siapa sangka lagu kebangsaan ‘Negaraku’ boleh berkumandang di dasar laut?
Mustahil? Tetapi itulah yang dilakukan oleh 22 penyelam pada 29 Julai yang lalu di Galeri Dasar Laut Pulau Bidong, Terengganu, untuk meraikan hari kemerdekaan ke-54.

Para penyelam ini adalah peserta program Selaman Merdeka anjuran Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (CoRal Malaysia) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan ia adalah program pertama seumpamanya di negara ini.

Juan Mata ketepikan rasa hormat

Imej
VALENCIA, Sepanyol - Penyerang Chelsea, Juan Mata akan mengetepikan rasa hormat apabila bertemu bekas rakan sepasukan di Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi esok.
Penyerang berusia 23 tahun itu berpindah ke Stamford Bridge pada Ogos lalu dan mencatat rekod pembelian yang termahal buat Chelsea dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara.
Pada final tahun 2008, skuad The Blues sema- kin hampir untuk memenangi gelaran berprestij di Eropah itu apabila sepakan penalti John Terry tersasar.
Sejak itu, trofi Liga Juara-Juara menjadi sasaran utama Chelsea yang bimbingan pengurus baharu, Andres Villas-Boas.

Mata dianggap sebagai pemain penting pada pertemuan menentang Valencia ini selepas dia meluangkan masa selama empat tahun bersama kelab itu.
"Ia bakal menjadi satu perlawa- nan yang istimewa buat saya dan saya melalui tempoh yang hebat di sana (Valencia) dan kini, keutama- an saya adalah Chelsea. Saya akan melakukan yang terbaik," kata Mata.
Sementara itu, Vi…

Skuad bola wanita ada semangat baharu

SKUAD bola sepak wanita kebangsaan yang dibentuk semula bermula dengan semangat baharu apabila menumpaskan Singapura 2-0 dalam perlawanan persahabatan sulung di republik itu, Sabtu lepas. Jurulatih Jacob Joseph berkata, kemenangan itu hasil daripada gabungan pemain baharu yang kebanyakannya pemain futsal di peringkat kebangsaan.
“Kemenangan ini sememangnya satu bonus buat pasukan negara kerana Singapura mempunyai pemain hebat dan telah lama dibentuk. Malah, ia mempunyai sembi- lan kelab bermain dalam liga bola sepak wanita republik itu.
“Tetapi bagi pasukan negara, mereka semua rata-ratanya baharu dan masih kurang pendedahan pada perlawanan antarabangsa,” katanya semalam.
Pada perlawanan di Stadium Jalan Besar itu, gol skuad negara dijaringkan Siaaya Ajad pada minit ke-12 dan Norsuriani Mazli (68).
Jacob yang pernah memimpin skuad wanita ketika temasya sukan SEA 2001 Kuala Lumpur berkata, beliau kagum dengan semangat para pemainnya kerana mampu menghadapi pelbagai rintangan denga…

Polisi animasi perlu jelas

Imej
SEMUANYA bermula pada 1983 apabila industri animasi tempatan mencatatkan sejarah menerusi penayangan filem animasi pendek pertama bertajuk ‘Hikayat Sang Kancil’ di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Filem pendek garapan Anandam Xavier itu menjadi titik permulaan meneroka bidang yang sejak sekian lama menjana keuntungan besar kepada industri filem luar negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Antara 1984 dan 1987, beberapa lagi filem animasi pendek dihasilkan atas sokongan Filem Negara seperti Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan lain-lain. Lebih 10 tahun selepas itu, filem animasi cereka pertama bersandarkan kisah legenda kepahlawanan Hang Tuah pula diterbitkan iaitu filem Silat Lagenda yang diarahkan oleh Hassan Abd Muthalib.


Bagaimanapun, kejayaan paling membanggakan sudah pasti dicetuskan sekumpulan anak muda lulusan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang bernaung di bawah syarikat Les Copaque Production menerusi f…

Malaysia VS Austaralia Coming Soon

Imej
SYDNEY - Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan.

Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober.
Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC.
Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer.
"Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka," katanya.
Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada…

PBB akan bincang keanggotaan Palestin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Majlis Keselamatan PBB akan bersidang hari ini untuk memulakan proses menimbang permohonan Palestin bagi menjadi anggota badan dunia itu. Kenyataan itu dibuat kelmarin oleh Presiden Majlis Keselamatan PBB, Nawaf Salam yang juga Duta Lebanon.
Menurutnya, majlis itu sudah bersidang tengah hari kelmarin dan memutuskan untuk membuat pertimbangan selama dua hari.
Amerika Syarikat menyatakan ia akan menggunakan kuasa veto bagi menghalang Palestin daripada menjadi anggota PBB. - AP

AIRASIA Bhd (AirAsia) optimis kerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS

AIRASIA Bhd (AirAsia) optimis kerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS) mampu meningkatkan perolehan kedua-dua syarikat terutama dalam operasi latihan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), jualan dan pengagihan serta katering, sekali gus membantu menyaingi Singapore Airlines (SIA) pada masa depan.
Pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kerjasama operasi itu terutama MRO mampu menjadi saingan yang hebat kepada SIA kerana kedua-duanya menjadi syarikat penerbangan terkemuka dengan kekuatan masing-masing.

“Sudah lama Malaysia menjadi hab kedua berbanding Singapura dan ia patut diubah dengan gabungan ini kerana kita mampu membentuk dua syarikat penerbangan lebih hebat untuk bersaing dengan pesaing daripada luar negara serta menukar mentaliti pelanggan mengenai kedudukan negara dalam sektor ini.
“Kunci utama difokuskan untuk memacu kepada matlamat ini ialah memperhebatkan strategi menjana perolehan dari sudut kargo, rangkaian perniagaan, memperkukuhkan hab logistik…

Bandaraya Terapung

Imej
SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond.
Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut.
Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri, beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung.

Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini.


Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya.

Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang berg…

Balasan Kepada Peragut Durjana

Imej
JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.
“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebaga…

Kanak-kanak Maut Akibat 50 Sengatan Tebuan

JERTIH: “Saya sebak melihat arwah yang dalam keadaan lemah meminta air minuman sambil mengadu kepanasan,” kata Rakiah Ismail, 31, ibu kepada Tengku Hafizul Hafiq Tengku Anuar, 5, yang maut akibat disengat tebuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pengkalan Nyireh dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Tengku Hafizul yang cedera teruk di seluruh badan dengan kira-kira 50 kesan sengatan, termasuk 20 di kepala meninggal dunia di Hospital Besut selepas empat jam menahan derita.

Menurut Rakiah, arwah sempat meminta air daripadanya selepas diserang kumpulan tebuan itu.
“Ketika itu, arwah dalam keadaan lemah selain mengadu kepanasan sebelum dihantar jiran ke hospital untuk rawatan.

“Saya tak sangka arwah meninggal dunia kerana selepas disengat, dia masih sedar. Tetapi, sejam sebelum meninggal dunia pada jam 5 petang, tubuhnya menggigil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Rakiah berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama ar…

Bandar Iran, Pakistan, Mongolia paling tercemar

Imej
Bandar-bandar di Iran, India, Pakistan dan Mongolia menduduki 'carta' teratas sebagai antara bandar paling tercemar kualiti udaranya.

Menurut kajian global pertama yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bandar Ahvaz di barat daya Iran mencatat paras tertinggi partikel-partikel tercemar dikenali sebagai PM10s.
Industri berat dan penggunaan minyak kenderaan berkualiti rendah dilihat menjadi punca utama pencemaran udara di bandar berkenaan yang didiami 1.3 juta penduduk itu.
Kajian WHO itu adalah sebagai langkah 'amaran' badan dunia tersebut terhadap masyarakat antarabangsa tentang kepentingan mengurangkan pencemaran udara yang menjadi penyebab kepada anggaran 1.34 juta kelahiran pramatang setiap tahun.
WHO menambah kata, had tertinggi 20 mikrogram dalam PM10s mampu menyebabkan masalah terhadap sistem pernafasan manusia.

Tak sampai 2 saat klik iklan di bawah... :)



Ia kebanyakannya terdapat dalam sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang dilepaskan dari …

Cardiff City tawar Safee satu lagi sesi latihan

Imej
KUALA LUMPUR - Aksi memikat 'Harimau Berantai Malaya', Safee Sali pada ujian dan latihan hampir dua minggu di Cardiff City, mendorong pengurus kelab bola sepak Liga Kejuaraan England itu, Malky Mackay menawarkannya satu lagi sesi latihan bagi tempoh yang sama pada masa hadapan.
Menyifatkan penyerang handalan Asia Tenggara itu sebagai kebanggaan negaranya dan kelab Pelita Jaya Indonesia, Mackay berkata: "Kami memintanya agar kembali ke sini bagi dua minggu lagi pada masa hadapan, kerana ia akan memanfaatkan semua pihak yang berkenaan.

"Dalam tempoh ujian 10 hari itu (sejak 12 hingga 26 September), Safee menunjukkan sikap dan etika kerja yang terpuji ketika menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cara latihan kami di Cardiff City.
"Memang ada perubahan besar dan gaya serta tahap bola sepak yang berlainan di sini tetapi dia mampu menyesuaikan diri dan menerapkannya dengan baik," katanya," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelab The Blue…

Murid Tahun 4 Ketua Penyamun

BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.
Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.

Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dic…

RUMAH DATUK MAHARAJA LELA , RUMAH BERSEJARAH YANG TERBIAR

Imej
PASIR SALAK: Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.
Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.
“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati, rumah Maharaja L…

Persepsi salah perlu diperbetulkan

Imej
USAHA meningkatkan lagi jumlah pengambilan penuntut pascasiswazah di institusi pengajian tinggi terutama di universiti penyelidikan antara langkah terbaik.
Ini kerana usaha itu bakal menjana hasil penyelidikan tinggi dan menyemarakkan kecemerlangan industri pendidikan negara di peringkat global.


Malangnya, di tengah kerancakan itu ada pihak berpendapat ia umpama mempertaruhkan masa depan mahasiswa peringkat ijazah pertama kerana bilangannya di sesetengah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpaksa dikurangkan bagi memberi laluan kepada mahasiswa pascasiswazah.

Namun sesetengah pihak beranggapan, ia mampu mengundang konflik dan kontroversi jika tidak ditangani segera kerana membabitkan warga pengajian tinggi secara langsung.


Justeru, apakah harus dilakukan supaya tidak berterusan disalah anggap. Benarkah pendapat, masa depan mahasiswa ini ‘tergadai’ di tangan mahasiswa pascasiswazah?

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa berkata, tidak timbul…

DISAMPUK HANTU

Imej
MUADZAM SHAH: Sejak disampuk ‘hantu sekolah’ lebih lapan bulan lalu, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14, yang pada asalnya seorang remaja lemah-lembut dan patuh arahan keluarga, kini terpaksa diikat kaki dan tangannya kerana sering berkelakuan pelik serta ganas termasuk mahu keluar rumah dalam keadaan berbogel.
Keadaannya itu menyebabkan Siti Noraslinda yang dipanggil Alin oleh keluarganya sudah lapan bulan tidak ke sekolah sedangkan dia sebelum ini pelajar pintar.
Selain mempunyai kekuatan luar biasa berbanding ketika normal, Alin beberapa kali dilihat menangkap ikan di dalam akuarium rumahnya menggunakan tangan sebelum memicit ikan itu hingga mati serta mencabut sisik ikan itu satu persatu.

Ibu Alin, Siti Asiah Jaafar, 37, mendakwa anak kedua daripada empat beradik itu mula berkelakuan pelik sejak pulang dari sekolahnya Januari lalu dan ketika itu, Alin menjerit-jerit histeria selain tercungap-cungap dan meronta dengan kuat dalam usaha mahu melarikan diri daripada dipegang ahli k…

Kereta terbabas lantak tiang elektrik di Simunjan

Imej
MALANG...Kenderaan Perodua Kenari kelihatan terbalik di seberang parit setelah merempuh sebatang tiang bekalan elektrik berhampiran Masjid Daruk Hijrah.

SIMUNJAN, Ahad (18 Sept) - Penduduk di sekitar kawasan Taman Hijrah, Simunjan terputus bekalan elektrik selama lebih kurang lima belas jam apabila sebuah tiang elektik patah dirempuh oleh sebuah kenderaan awal pagi kelmarin.
Saksi iaitu Nasiman bin Men, 41, memberitahu beliau sedang menonton rancangan televisyen sekitar jam 1 pagi sebelum dikejutkan oleh bunyi dentuman kuat dari luar rumahnya.
“Saya kemudiannya mendengar suara orang meminta tolong di kawasan jalan raya berhampiran dengan kediaman rumah saya ini sebaik sahaja mendengar bunyi detuman terbabit.
“Setelah bergegas keluar sebaik sahaja mendengar bunyi berkenaan, saya mendapati bahawa sebuah kenderaan Perodua Kenari berwarna hitam telah terbabas di seberang parit dengan mangsa terdiri daripada pasangan remaja lelaki dan wanita,” katanya.
Kenderaan Perodua Kenari terbabit kata Nas…

Raya juga meriah dikalangan Iban muslim Simunjan

Imej
MERIAH...Sanak saudara Tr Sebli (berjalan) dari Kampung Kesindu ketika berkunjung ke rumah beliau pada hari pertama perayaan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Sibau Rimbau, Simunjan.
SIMUNJAN, Ahad (4 Sept) – Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011 berlangsung dengan penuh meriah di Kampung Sibau Rimbau, Simunjan yang dihuni oleh majoriti penduduk Iban beragama Islam bermula dari 30 Ogos hingga 3 September lepas.
Pemberita yang mengadakan kunjungan raya di kampung berkenaan mendapati bahawa sebilangan besar penduduk masih sibuk melayan kunjungan para saudara dan rakan-rakan mereka walaupun perayaan terbabit masuk pada sambutan hari kedua.
Ketua Kampung Sibau Rimbau, Sebli bin Hasan bersama isteri Mirca Banyeng ketika ditemui di rumahnya menjelaskan bahawa suasana sambutan perayaan Hari Raya tetap meriah di kalangan penduduk Iban beragama Islam di Kampung Sibau Rimbau pada setiap tahun.
“Suasana sambutan perayaan Hari Raya di sini tidak berbeza dengan suasana perayaan Hari Raya di perkampungan Me…

Chelsea menang penalti vs Fulham

Imej
LONDON - Beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua, Chelsea bernasib baik apabila menyingkirkan Fulham menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat tanpa jaringan hingga ke masa tambahan dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge, semalam.


Skuad bimbingan Andres Villas-Boas dilihat berdepan masalah besar apabila pemain pertahanan, Alex dibuang padang dua minit sebelum rehat, kerana mengkasari pemain lawan.

Insiden itu menyebabkan pengadil memberi penalti kepada Fulham.

Namun, penalti Patjim Kasami sekadar terkena palang dan Chelsea berjaya bertahan sehingga 120 minit permainan untuk penentuan penalti.

Frank Lampard gagal menyempurnakan sepakan pertama namun itu tidak menjadi masalah apabila Moussa Dembele dan Bryan Ruiz menghampakan Fulham bagi memastikan Chelsea layak ke pusingan seterusnya.

"Semua orang saling berpandangan dan tertanya-tanya adakah sepakan terakhir yang dilakukan Ruiz masuk atau tidak. Penjaga garisan berada di situ dan keputusannya memihak kepada kit…

Kim Swee buatlah sesuatu!

Imej
KUALA LUMPUR – ‘Bagai langit dan bumi’, mungkin rumusan paling tepat menggambarkan jurang skuad Jepun dan skuad Olimpik Malaysia pada perlawanan kelmarin yang menyaksikan kita kecundang 0-2 kepada pasukan No. 1 Asia itu.

Jika tidak kerana kecekapan kapten pasukan yang juga penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, mungkin keputusan 0-2 itu bertukar kepada satu angka yang lebih menakutkan buat anak-anak buah Ong Kim Swee.

Itulah hakikatnya. Jika itulah persembahan terbaik yang dipamerkan oleh skuad Bawah 23 tahun negara, lupakan sahaja hasrat mahu mencipta sebarang kejutan ke atas dua lagi lawan yang akan ditemui dalam Kumpulan C, Syria dan Bahrain.

Beberapa jurulatih berpengalaman dan seorang tokoh bola sepak negara beranggapan selain menerima hakikat mutu bola sepak negara yang masih ketinggalan jauh di belakang negara matahari terbit itu, usaha memperbanyakkan perlawanan dengan pasukan kelas satu perlu dipergiatkan jika mahu melihat kita mampu berada dalam kelompok terbaik Asia.

Me…

Majlis Ramah Tamah Aidifitri Oleh Persatuan Pengajian Sosial

Imej
Insitut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR),14 September-Persatuan Pengajian Sosial telah berjaya menganjurkan majlis ramah tamah Aidilfitri peringkat Jabatan Kajian Sosial. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah IPGKTAR, Encik Rijeng Anak Jahet dan Timbalan Pengarah IPGKTAR, Encik Mohd. Lin, Ketua Jabatan Kajian Sosial, Puan Hajjah Adibah bin Ismail dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Kajian Sosial serta guru-guru pelatih opsyen Pengajian Sosial dan Pengajian Muzik.

Pelbagai juadah hari raya telah di disediakan. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya oleh PPISMP Muzik 1611. Suasana yang meriah ini telah menjalinkan tali silaturahim antara pensyarah dan guru-guru pelatih tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Hal ini menyahut serua kerajaan dalam misi menjayakan Pembinaan Negara Bangsa.

Tahniah dan syabas Persatuan Pengajian Sosial yang berjaya menganjurkan majlis ini.

Safee mula tunjuk belang

Imej
KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.

Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.

Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.

"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.

"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.

"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan…

Pendidik perlu kuasai media baru

Pendidik masa kini perlu mempunyai pengetahuan tinggi termasuk menguasai media baru bagi memastikan mereka dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk mendepani cabaran globalisasi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, guru dan ibu bapa mesti berusaha melahirkan generasi baru yang kualitatif untuk mengisi ruang pembangunan dunia tanpa sempadan yang semakin pesat dengan meningkatkan nilai-nilai murni dan disiplin tinggi masing-masing.
"Dalam proses globalisasi setiap individu mesti mempunyai komitmen dan daya tahan yang tinggi supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya masa depan," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan meraikan persaraan Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas), Taiping, Perak, baru-baru ini.
Justeru, ujar Zambry, ibu bapa dan pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri kehidupan gem…