AIRASIA Bhd (AirAsia) optimis kerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS

AIRASIA Bhd (AirAsia) optimis kerjasama dengan Penerbangan Malaysia (MAS) mampu meningkatkan perolehan kedua-dua syarikat terutama dalam operasi latihan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), jualan dan pengagihan serta katering, sekali gus membantu menyaingi Singapore Airlines (SIA) pada masa depan.
Pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, kerjasama operasi itu terutama MRO mampu menjadi saingan yang hebat kepada SIA kerana kedua-duanya menjadi syarikat penerbangan terkemuka dengan kekuatan masing-masing.

“Sudah lama Malaysia menjadi hab kedua berbanding Singapura dan ia patut diubah dengan gabungan ini kerana kita mampu membentuk dua syarikat penerbangan lebih hebat untuk bersaing dengan pesaing daripada luar negara serta menukar mentaliti pelanggan mengenai kedudukan negara dalam sektor ini.
“Kunci utama difokuskan untuk memacu kepada matlamat ini ialah memperhebatkan strategi menjana perolehan dari sudut kargo, rangkaian perniagaan, memperkukuhkan hab logistik, pengagihan dan jualan. Selain itu, katering kami mungkin tidak akan menggunakan Brahim’s dan mencari alternatif lain untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik,” katanya selepas menyertai Khazanah Megatrends Forum di Kuala Lumpur.

Katanya, gabungan akademi kedua-dua syarikat penerbangan itu juga memberi kesan yang baik kepada negara kerana ia mampu membentuk sebuah akademi penerbangan terbesar di Asia yang bakal melahirkan ramai jurutera dan juruterbang berkualiti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH