Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 15, 2010

KOMUNIKASI

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:perbuatan menghantar matklumat; danproses untuk bertukar-tukar maksud; supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

PENDIDIKAN

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

SOSIOLOGI

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan,kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

PSIKOLOGI

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkahlaku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

ETIMOLOGI

Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil dari bahasa Belanda etymologie yang berakar dari bahasa Yunani; étymos (arti sebenarnya adalah sebuah kata) dan lògos (ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani ήτυμος (étymos, arti kata) dan λόγος (lógos, ilmu).Beberapa kata yang telah diambil dari bahasa lain, kemungkinan dalam bentuk yang telah diubah (kata asal disebut sebagai etimon). Melalui naskah tua dan perbandingan dengan bahasa lain, etimologis mencoba untuk merekonstruksi asal-usul dari suatu kata - ketika mereka memasuki suatu bahasa, dari sumber apa, dan bagaimana bentuk dan arti dari kata tersebut berubah.Etimologi juga cuba untuk membina semula maklumat mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama untuk memungkinkan mendapatkan maklumat langsung mengenai bahasa tersebut (seperti tulisan) untuk diketahui. Dengan membandingkan kata-kata dalam bahasa yang saling bertautan, seseor…

LINGUISTIK

Linguistik ialah kajian sainstifik tentang bahasa manusia.

EKONOMI

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran,pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah).Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adal…

ETNOLOGI

Etnologi merupakan perkataan yang berasaskan perkataan etnik, iaitu bangsa manusia. Etnologi merujuk kepada salah satu daripada cabang bidang sains antropologi , yang mengkaji rumpun bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain.

ARKEOLOGI

Arkeologi (dari Greek: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal, purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian") atau juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan.Arkeologi pada masa sekarang merangkumi pelbagai bidang yang berkait dan pelbagai. Sebagai contoh, penemuan mayat yang ditanam akan menarik minat pakar dari pelbagai bidang untuk mengkaji tentang pakaian dan jenis bahan digunakan, bentuk seramik dan cara penyebaran, kepercayaan melalui apa yang dikebumikan bersama mayat tersebut, pakar kimia yang mampu menentukan usia tapak galian melalui pereputan unsur seperti karbon 14, pakar genetik yang ingin mengetahui pergerakan manusia purba, dan pelbagai bidang lainnya.

ANTROPOLOGI

Antropologi merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam. Antropologi mempunyai beberapa cabang, antaranya adalah:-Antropologi budayaAntropologi fizikalAntropologi linguistikArkeologiEtnologi

(Kembali ke Sains Sosial)

SAINS SOSIAL (SOCIAL SCIENCE)

Sains Sosial (Social Science) merupakan penggunaan kaedah sainstifik untuk mengkaji bidang kemanusiaan di dunia ini. Ia juga dikenali sebagai Kajian Sosial. Bidang Sains Sosial merangkumi:AntropologiEkonomiLinguistikEtimologiPsikologiSosiologiPendidikanKomunikasiIstilah sains sosial mengikut A New Dictionary of Sociology (Mitchell, 1979) secara umumnya digunakan untuk sebarang bentuk pengajian yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. Secara khususnya, istilah tersebut memberi penekanan kepada penggunaan kaedah yang ilmiah atau scientific method dalam penelitian terhadap hubungan yang rumit dan kompleks antara manusia. Ini bermakna bahawa setiap penelitian yang dilakukan ke atas hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan itu mestilah dilakukan dengan cara yang saintifik, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan serta teruji oleh masa dan tempat.
ASAS SAINS SOSIAL Sebagai satu bidang ilmiah, sains sosial, seperti juga bidang sains tulen, mempunyai asas yang logikal dalam menghuraik…
Imej
Selamat Menyambut Hari Guru.

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

untuk maklumat lanjut sila layari http://www.moe.gov.my/hariguru/