EKONOMI

Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek οίκος [oikos], 'rumah', and νέμω [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran,pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.

Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar:

  • ekonomi mikro: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu.
  • ekonomi makro: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peran pemerintah).

Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

7 elemen muzik

LATITUD DAN LONGITUD

LAGU FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH