Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 15, 2012

KONSEP NASIONALISME

Zulhilmi Paidi dalam buku Pendidikan Negara Bangsa menjelaskan nasionalisme secara mudahnya bolehlah dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen kebangsaan atau menaikkan bendera negara (Sodaro, 2001). Ia merupakan suatu elemen penting yang dijadikan sebagai pemangkin kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Ini dapat kita fahami kerana dengan semangat cintakan tanah leluhur yang sama, ia dapat memberi nilai perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam sesebuah negara . Ini kerana mereka semua berkongsi dan tinggal, mencari rezeki dan hidup makmur di tanah leluhur tersebut yang sama-sama mereka diami. Justeru itu, nasionalisme adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional. Kekuatan semangat nasionalisme yang digembleng menerusi tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha supaya maju juga menguta…