Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 26, 2010

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaa Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik,sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Cabaran utama Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan ( The Way Forward ), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020: Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama se