Catatan

Tunjukkan catatan dari April 21, 2011

PROJEK CADANGAN STESEN MINI KAJI CUACA IPGKTAR

Imej
Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin Geografi Persekitaran yang didedahkan kepada pelajar-pelajar PISMP Semester 2. Teori yang dipelajari di bilik kuliah yang disampaikan oleh para pensyarah akan dimantapkan lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan. Bersesuaian dengan keperluan Pro Forma Kursus ini ianya menuntut pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang perlu diterokai. Oleh itu perolehan kemahiran dan pengetahuan ini tidak terhad melalui pembelajaran dalam bilik kuliah sahaja tetapi juga membuat praktikal atau pun kerja lapangan di luar. Maka unit pengajian sosial, mencadangkan untuk membina stesen mini kaji cuaca di IPGKTAR. Atas sokongan kuat daripada Ketua Jabatan Pn. Hjh. Adibah Bt. Ismail serta kelulusan daripada Yang Berbahagia Pengarah En. Rijeng AK Jahet, kami daripada pihak pensyarah dan pelajar PISMP Ambilan Januari 2011