Catatan

Tunjukkan catatan dari September 15, 2011

Majlis Ramah Tamah Aidifitri Oleh Persatuan Pengajian Sosial

Imej
Insitut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR),14 September-Persatuan Pengajian Sosial telah berjaya menganjurkan majlis ramah tamah Aidilfitri peringkat Jabatan Kajian Sosial. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah IPGKTAR, Encik Rijeng Anak Jahet dan Timbalan Pengarah IPGKTAR, Encik Mohd. Lin, Ketua Jabatan Kajian Sosial, Puan Hajjah Adibah bin Ismail dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Kajian Sosial serta guru-guru pelatih opsyen Pengajian Sosial dan Pengajian Muzik. Pelbagai juadah hari raya telah di disediakan. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu hari raya oleh PPISMP Muzik 1611. Suasana yang meriah ini telah menjalinkan tali silaturahim antara pensyarah dan guru-guru pelatih tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. Hal ini menyahut serua kerajaan dalam misi menjayakan Pembinaan Negara Bangsa. Tahniah dan syabas Persatuan Pengajian Sosial yang berjaya menganjurkan majlis ini.

Safee mula tunjuk belang

Imej
KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin. Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay. Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu. "Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds. "Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah. "Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubun