Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 23, 2011

Malaysia 2-1 Lubnan, Tahniah Malaysia!!!

Imej
Pasukan Malaysia akhirnya menang ke atas Lebanon 2-1 dan layak untuk ke pusingan peringkat kumpulan.Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong pasukan kebangsaan. Tahniah kami ucapkan.Syabas Malaysia!

SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA

Imej
KEPENTINGAN SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA DALAM PEMBINAAN NEGARA

PENDAHULUAN
Dalam membincangkan tentang kepentingan sejarah perkembangan negara dalam pembinaan negara, elok rasanya terlebih dahulu kita mengetahui serba sedikit tentang ciri-ciri negara dan bangsa. Kemudian kita akan cuba pula memahami tentang sejarah perkembangan negara dan seterusnya kepentingannya sebagai pencetus semangat patriotisme, pembentukan jati diri dan asas perpaduan serta gagasan ‘Satu Malaysia’.

CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSATerdapat empat aspek utama dalam pembentukan negara dan bangsa. Aspek-aspek tersebut meliputi negara, kerajaan, perlembagaan dan bangsa. Negara merujuk kepada wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yang berwibawa. negara Malaysia meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kerajaan pula merujuk kepada institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang dan dasar tertinggi negara. Kerajaan Malaysia meliputi badan pelaksana, badan perundangan dan badan…